BANTUAN KEPADA ANAK JOHOR TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR

Bantuan kepada anak Johor tabung latihan kemahiran Johor daripada yayasan Johor dibuka untuk membantu anak-anak kelahiran dari negeri Johor. ini adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri untuk membantu golongan orang susah bagi pembiayaian anak-anak mereka.


Kepada mereka yang ingin membuat permohonan, seharusnya anda perlu juga tahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Johor ini. ini akan memberikan anda panduan sebelum membuat permohonan.Keutamaan diberikan kepada mereka adalah : Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multi skill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)


Cara permohonan




Adakah anda ingin mengetahui syarat kemasukan JPJ Malaysia bagi lulusan SPM, Sila click disini.

Syarat Permohonan


  • Bermastautin tetap di negeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
  • Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
  • Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
  • Jenis Pensijilan:Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
  • Bidang latihan  yang  ditaja adalah  bidang  yang  menjadi  tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang   pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
  1. Hospitaliti dan Pelancongan
  2. Minyak & Gas
  3. Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor


kadar Bantuan

Contoh kiraan  :

Nama : Alif 
Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor
Penaja : PTPK / YPJ

Hutang keseluruhan pinjaman dengan PTPK : RM 15,000
Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000

Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak PTPK, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik pelajar.
Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada badan penaja masing-masing.


pendidikan di Malaysia di mypendidikanmalaysia.com

dapatkan sumber yang akan memberikan panduan terkini; sumbermalaysia.com