PERMOHONAN BAGI SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Permohonan bagi skim latihan akademik bumiputra (SLAB) dan skim latihan akademik latihan IPTA (SLAI).



Skim latihan ini adalah untuk membantu mereka yang mempunyai kelayakan yang tinggi untuk mencapai kualiti ke tahap yang baik. salah satu skim latihan yang akan membantu meningkatkan pencapaian anda.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf bagi mencapai 75% di Universiti Penyelidikan (RU) dan 60% di Universiti Bukan Penyelidikan pada tahun 2015.
  • Merupakan sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  • Menambahkan keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin, menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN SASARAN

Tutor, felo dan pensyarah di IPTA


PERINGKAT PENGAJIAN

Ijazah Kedoktoran atau setaraf

TEMPAT PENGAJIAN

Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan

IKATAN PERJANJIAN

Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan KPT bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA, maka baki kontrak tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu bermula dari tarikh pegawai melapor diri selepas menamatkan pengajian.
Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanjian, tindakan ganti rugi akan dikenakan.

SYARAT AM

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja;
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain;
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti;
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib;
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal);
  • Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.
Lihat juga:

PERMOHONAN / PERTANYAAN


Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839