PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (PKNS)

Permohonan online biasiswa pinjaman kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS),Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) bagi tahun 2018/2019 akan dibuka.


Pemberitahuan suruhanjaya perkhidmatan Awam negeri Sarawak akan membuka permohonan online tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) . bagi pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Anak Jati Sarawak) yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia bagi sesi akademik 2018/2019.



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

Tawaran BPKNS adalah terbuka kepada pelajar baru dan yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) selaku urus setia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.

b. Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian IPTA sepenuh masa sahaja.

c. Terbuka kepada pelajar di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.

d. Telah mendapat surat tawaran daripada IPTA.

BIDANG-BIDANG PENGAJIAN TAJAAN

Kejuruteraan

i. Kejuruteraan Awam
ii. Kejuruteraan Mekanikal/Mekatronik
iii. Kejuruteraan Kimia
iv. Kejuruteraan Elektrik/Elektronik
v. Kejuruteran (Pertanian)
vi. Seni Bina, Seni Bina Landskap, Ukur Tanah, Ukur Bahan
Sains dan Sains Gunaan
i. Sains
ii. Sains (Alam Sekitar), Sains Perhutanan
iii. Sains dan Teknologi Makanan
iv. Sains Perikanan, Sains Pertanian, Hortikultur
v. Kesihatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran

Undang-undang

i. Undang-Undang
ii. Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam
iii. Undang-Undang Syariah
Pengurusan i. Pentadbiran Awam
ii. Perancang Bandar dan Wilayah
iii. Pembangunan/Pengurusan Sumber Manusia
Ekonomi dan Perniagaan i. Perakaunan
ii. Ekonomi, Perangkaan
iii. Pengurusan Harta Tanah

Sains Sosial

i. Pengajian Islam
ii. Sains Kognitif, Kaunseling

Teknologi Maklumat

i. Kejuruteraan Komputer
ii. Sains Komputer
iii. Teknologi Maklumat

Permohonan E-bantuan untuk kebajikan boleh dibuat disini.

KAEDAH PERMOHONAN 

Pemohon dikehendaki mengemaskini butiran peribadi dan membuat permohonan BPKNS Sesi 2018/2019 di dalam sistem E-Scholarship. Pemohon wajib mendaftar akaun Sarawak ID. Pemohon yang telah mengisi butiran peribadi perlu membuat permohonan BPKNS Sesi 2018/2019 bermula 12 Ogos 2018.

  1. Sila layari laman web e-scholarship di https://escholarship.sarawak.gov.my menggunakan pelayar web (Web Browser) Mozilla Firefox, Internet Explorer.
  2. Jika anda merupakan pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.
  3. Sekiranya anda pernah memohon e-scholarship, sila Log Masuk nombor Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID) untuk log masuk (log-in).
  4. Sekiranya anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk (log-in).
  5. Sila lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon. Kemudian, sila klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.
  6. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti. Maklumat permohonan yang telah dihantar tidak dapat diubah oleh pemohon. Sebarang perubahan hendaklah dikemukakan secara bertulis ke pejabat SPANS.
  7. Pastikan anda menyemak Semak Status Permohonan sebelum log keluar (log-out).
  8. SPANS berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap.Tempoh permohonan adalah dari 12 Ogos sehingga 25 Ogos 2018.

HUBUNGI

Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan pegawai di bahagian berkenaan iaitu Encik Ali Bin Mohamad dan Cik Corina Anak Bernard di 082-237251.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
BAHAGIAN BIASISWA PINJAMAN

Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

No. Tel : 082-237126/ 082-237135
No. Fax : 082-237258/ 082-237010

dapatkan info terkini pendidikan di Malaysia>> mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN UPSKILLING (SUPER HIGH INCOME PROGRAMME) [SHIP] YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA DIBUKA SEHINGGA TAHUN 2019

Permohonan skim pembiayaan upskilling super high income programme (SHIP) yayasan peneraju pendidikan bumiputera dengan kerjasama bank rakyat dibuka sehingga tahun 2019. sebuah program pembiayaan untuk membantu dan menghasilkan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi.


Bagi mereka yang mempunyai minat anda diperlawa untuk membuat permohonan secepat yang mungkin, dan permohonan ini boleh dibuat di mana-mana bank Rakyat yang terdekat dengan tempat anda. Program ini merangkumi pensijilan di dalam pelbagai industri yang boleh menawarkan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan kekurangan pekerja berkemahiran seperti Kedoktoran, Teknologi Maklumat, Perkhidmatan Kewangan dan lain-lain.

Lihat juga : Permohonan program penajaan pelajar perubatan bagi ijazah pertama JPA ke universiti perdana 2018

Jenis Pembiayaan 

Pembiayaan Pendidikan-i disediakan oleh Bank Rakyat

Syarat-syarat 

1. Warganegara Malaysia
2. Bumiputera
3. Berumur minimum 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun di akhir tempoh
pembiayaan
4. Pemohon mempunyai sumber pendapatan yang tetap
5. Pendapatan pemohon melebihi RM2,000
6. Telah mendapat tempat dalam institusi pengajian dan program-program
yang diiktiraf yang telah ditentukan oleh Yayasan Peneraju

Lihat juga: semakan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak anda melalui sistem SAPS

Tujuan Pembiayaan

  • Pembiayaan program pensijilan profesional dalam bidang-bidang tertentu di institusi terpilih

Jumlah Pembiayaan

  • RM200,000 


Penjamin

  • 1 orang

Kadar Keuntungan
• Tempoh pengajian
Bayaran keuntungan pembiayaan sahaja.
• Selepas tempoh pengajian
Bayaran ansuran penuh (jumlah pembiayaan beserta keuntungan).
(Bayaran ansuran penuh bermula sebaik tamat pembiayaan)

Senarai Institusi dan Kursus: Sila klik di sini

Borang Permohonan: Sila klik di sini

Senarai Semak Dokumen: Sila klik di sini

Sekiranya anda berminat sila hantar borang permohonan beserta dokumen-dokumen berkenaan ke

U/P: Super High Income Programme (SHIP)
Yayasan Peneraju
Mercu UEM, 15-1
Jalan Stesen Sentral 5
50470, KL Sentral
Kuala Lumpur

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan,
sila hubungi 03-27279063,
e-mel ke ship@yayasanpeneraju.com.my
atau layari
http://www.bankrakyat.com.my/education-financing-i

Dapatkan info pendidikan terkini di mypendidikanmalaysia.com

baca juga sumbermalaysia.com

PERMOHONAN ONLINE BAGI BANTUAN ZAKAT PELAJAR IPT (MAIDAM) BAGI DALAM DAN LUAR NEGARA 2019

Permohonan online bagi bantuan zakat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) (MAIDAM) bagi dalam dan luar negara 2019. Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan zakat  daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu untuk melanjutkan pengajian ke IPT di dalam dan luar negara anda digalakan untuk membuat permohonan.


Bantuan Zakat boleh dibuat secara online dan dibuka kepada penuntut daripada negeri Terengganu bermula pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Mac 2019.  Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM 2019 khusus kepada yang belum membuat permohonan pada tahun ini (2019)


Lihat juga :permohonan online bantuan awal pengajian yayasan bank rakyat

OBJEKTIF


  • Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.


ASNAF : Fisabililllah

SYARAT-SYARAT 


  •  Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  • Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Penghulu / Y.B.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.
  • Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.
  • Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  • Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.
  • Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .
  • Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.
  • Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.


KAEDAH PERMOHONAN

Muat turun borang permohonan dari laman rasmi MAIDAM di http://www.espmb.com/maidam_zakat

Borang Permohonan perlu di cetak dan dihantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing bersama-sama dokumen lengkap yang perlu dilampirkan.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.


Dapatkan info pendidikan di Malaysia melalui >> mypendidikanmalaysia.com

lihat juga informasi daripada sumbermalaysia.com

CARA DAN PANDUAN MEMBELI NOMBOR PIN PTPTN ONLINE

Cara dan panduan membeli nombor pin PTPTN Online, bagi mereka anda yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seperti Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan ingin membuat permohonan Pinjaman pengajian daripada PTPTN. Anda sudah semestinya wajib untuk membeli pin PTPTN sebelum membuat permohonan pinjaman pengajian anda.


Selalunya bagi mereka yang ingin membeli No. Pin PTPTN, anda terpaksa membeli No. Pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan anda. Dan terpaksa mengambil No. giliran dan juga beratur untuk menunggu giliran anda di panggil sebelum dapat membeli No. Pin PTPTN tersebut. pada hari ini, No. Pin PTPTN boleh dibeli melalui ONLINE di laman sesawang rasmi PTPTNPENTING anda MESTILAH mempunyai Akaun BSN dan telah berdaftar untuk membuat belian secara online melalui DEBIT KAD BSN anda.

Berikut adalah langkah untuk membeli No. Pin PTPTN online

Masuk ke portal rasmi PTPTN melalui link dibawah



anda akan dapat melihat pautan seperti diatas dan sila pilih "Pinjaman Pendidikan" seperti dalam bulatan merah.





Seterusnya sila pilih "Pemohon Pinjaman" untuk membeli No. Pin ptptn

Sila click "beli No. Pin PTPTN" untuk proses yang selanjutnya


Langkah seterusya, sila isikan butiran anda secara teliti 
  • No.Kad pengenalan 
  • Kata laluan (anda pilih sendiri)
  • Pengesahan kata laluan (sila ikut kata laluan yang anda buat sendiri)
  • e-mail (sila pastikan email masih aktif)


click pada ikon terakhir dan click "DAFTAR", Setelah itu pada bahagian BAYAR  sila masuk info kad debit anda untuk belian secara 'ONLINE' lengkapkan dan klik butang BAYAR.


Dapatkan info pendidikan di Malaysia melalui mypendidikanmalaysia.com


CARA MENAMBAH DEPOSIT SSPN-i / SSPN-i Plus MELALUI ONLINE BANKING

Cara menambah deposit SSPN-i atau SSPN-i Plus melalui online banking, jika dulu kita terpaksa ke kaunter bank untuk menambah deposit SSPN untuk simpanan anak-anak kita, namun tetapi pada hari ini semuanya menjadi mudah dan cepat.


Bagi anda yang tiada masa untuk mengambil nombor dan beratur untuk berurusan di Bank bagi menambah deposit SSPN anak-anak anda, sekarang ini anda boleh membuat penambahan deposit SSPN-i/SSPN-i Plus anak-anak anda melalui laman sewangan PTPTN yang baharu.

Lihat Juga: Cara dan panduan direct debit secara ONLINE

cara yang mudah dan cepat untuk anda

Sila masuk ke laman sewangan/website PTPTN >> http://www.ptptn.gov.my/



Sila pilih sama ada ingin menambah deposit SSPN-i ataupun SSPN-i Plus


Setelah anda membuat pilihan, pautan seperti ini akan keluar, dan sila pilih yang dibulatkan merah ini.


sila click "penambahan Deposit" untuk transaksi seterusnya..


anda perlu masukan Nombor SSPN-i atau SSPN-i Plus dan juga amaun(RM) yang ingin didepositkan dan setelah itu sila tekan hantar untuk proses seterusnya.

lihat juga: semakan kad Pengenalan Diri secara Online

selepas tu, anda perlu masukan butiran bank anda untuk membuat bayaran kepada PTPTN secara Online.


untuk mendapatkan informasi yang terbaharu mengenai pendidikan di Malaysia mypendidikanmalaysia.com
sumbermalaysia.com

HEBAHAN BAGI PERMOHONAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN TINGGI 2018 - BAITULMAL NEGERI SABAH

Hebahan bagi permohonan bantuan awal pendidikan tinggi perbadanan baitulmal negeri Sabah 2018, bagi warganegara Malaysia yang berasal daripada negeri Sabah dan salah seorang Ibu atau Bapa permohonan berasal dan dilahirkan daripada Sabah anda layak untuk membuat permohonan ini.


Bagi mereka yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam maupun swasta anda di perlawa untuk membuat permohonan.

Lihat juga: Tawaran dan permohonan Biasiswa Hong Leong bank 2018

Syarat-Syarat kelayakan

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 sehingga 20 tahun sahaja
  • hanya untuk pelajar yang baru/akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam Malaysia sahaja mengikut pemenggalan tempoh berikut:-
Tarikh tawaran Pengajian  

Julai sehingga September (Tarikh akhir 30 September)
Oktober sehingga Disember ( Tarikh akhir 31 Disember)

  • Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh Masa sahaja
  • Program yang ditawarkan mestilah mempunyai perakuan Penuh daripada Agensi kelayakan Malaysia (MQA)
  • Pendapatan Isi rumah dibawah RM 3,000.00, Kepada pemohonan yang mempunyai pendaoatan kasar Isi rumah RM 3001.00 hingga RM 5,000.00 dan tanggungan enam (6) orang ke atas masih layak untuk memohon.
  • Bantuan diberikan hanya SEKALI sahaja dalam bentuk tunai, bergantung kepada Lokasi IPT.
Document yang diperlukan 

  1. Kad pengenalan dan Sijil kelahiran (Pemohon, Ibubapa atau penjaga)
  2. Slip Gaji Pengesahan pendapatan (Pemohon, Ibubapa atau penjaga)
  3. Surat Tawaran Pengesahan dari pusat pengajian
  4. Salinan Buku akaun bank pemohon
  5. Sijil Nikah/cerai/kematian (jika berkenaan)

Anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui SAPS

*Perhatian untuk permohonan anda hendaklah pergi ke pejabat perbadanan baitulmal negeri Sabah yang berhampiran dengan Daerah anda untuk mengambil borang dan juga membuat penghantaran*
bagi mendapatkan informasi terkini mengenai pendidikan di Malaysia sila ke

lihat juga sumbermalaysia.com         

CARA DAN PANDUAN BAGI DIRECT DEBIT PTPTN SECARA ONLINE

Cara dan panduan bagi direct debit PTPTN secara Online, pada masa kini bagi anda yang ingin membuat bayaran pinjaman PTPTN atau bayaran untuk akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus bagi anak-anak anda. anda boleh melakukan semua ini melalui bayaran secara direct debit terus ke akaun PTPTN.


Jika dulu kita harus ke pejabat PTPTN yang berhampiran dan juga ke BANK yang berhampiran untuk membuat bayaran, melalui Sistem direct debit ini, anda boleh melakukan transaksi di mana-mana saja dan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan komputer, telepon pintar ataupun tablet.

Pembayaran Direct Debit ini adalah bertujuan untuk menyenangkan orang ramai bagi membuat bayaran untuk pinjaman PTPTN  dan juga untuk simpanan SSPN-i dan juga SSPN-i Plus.

Lihat juga


Langkah - langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :

1) Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank - bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.

2) Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.

3) Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.

4) Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.

5) Klik Mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.

6) Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada
Pusat Khidmat Pelanggan atau Aduan (iCare).

Cara dan Panduan bagi Direct Debit PTPTN secara Online

1) Sila masuk ke laman sewangan rasmi PTPTN >> www.ptptn.gov.my
dan pilih ikon Pembayaran Direct Debit.

2) sila pilih menu permohonan direct debit (transaksi yang anda ingin buat)

- Mohon direct debit Pinjaman (bagi yang ingin membayar pinjaman PTPTN
- Mohon direct debit SSPN-I (yang ingin membayar atau menambah simpanan anak anda)
-Mohon direct debit SSPN-I Plus (yang ingin membayar atau menambah simpanan anak anda)




3) Langkah seterusnya sila lihat panduan daripada MANUAL DIRECT DEBIT



dapatkan informasi pendidikan melalui mypendidikanmalaysia.com

lihat juga sumbermalaysia.com




SEMAKAN ONLINE AKAUN/PENYATA SSPN-i DAN SSPN-i Plus

Semakan Online akaun/penyata SSPN-i dan SSPN-i Plus boleh dibuat secara Online melalui platform Internet. Bagi ibubapa yang tidak mempunyai masa untuk datang ke pejabat PTPTN, anda boleh membuat semakan secara Online akaun/penyata SSPN-i dan SSPN-Plus pada bila-bila masa sahaja.


Ptptn telah menaik tarafkan laman sewangannya, ini adalah bertujuan untuk lebih memudahkan para ibubapa bagi membuat semakan penyata akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus anak-anak anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan di laman sesawangan PTPTN yang baharu :

Langkah Pertama: Sila klik ke laman web https://www.ptptn.gov.my . Kemudian klik icon dalam bulatan merah.

*(anda boleh memilih sama ada ingin menyemak penyata SSPN-i ataupun SSPN-i Plus) sila pilih salah satu sahaja.*

Kemudian klik Semakan Penyata seperti dalam bulatan merah di bawah


Langkah Kedua -  Masukkan no KP pendeposit dan klik cari


Langkah ketiga "Image" seperti dibawah akan muncul dan anda akan dapat melihat akaun yang telah didaftarkan keluar. sila klik bulatan merah seperti dibawah


Langkah Keempat:Paparan dibawah akan keluar, sila daftarkan dulu bagi pengguna baru sebelum boleh LOG MASUK.



Langkah Lima : Sila isikan butiran seperti dibawah:-


Langkah Keenam:Setelah selesai mendaftar anda boleh LOG MASUK dan melihat penyata anak anda di akaun simpanan SSPN i/SSPN i Plus


untuk semakan SSPN-i atau SSPN-i Plus sebenarnya tidak jauh berbeza dengan yang lama. dan semoga info ini dapat berguna bagi ibubapa yang ini membuat semakan penyata anak-anak mereka.

Lihat juga:



Dapatkan info terkini pendidikan di Malaysia melalui mypendidikanmalaysia.com

Dapatkan informasi yang dapat membantu anda melalui sumbermalaysia.com


PENEMPATAN DARJAH 1 TAHUN 2019(SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN)

Penempatan darjah 1 tahun 2019 boleh dibuat semakan online keputusan bagi penempatan sekolah rendah anak anda. bagi ibubapa yang telah membuat permohonan kemasukan ke darjah 1 tahun 2019 melalui online yang dibuka pada 1 Mac 2018 dan ditutup pada 30 April 2018 yang lalu. Anda sudah semestinya ingin mengetahui keputusan penempatan anak anda di  sekolah rendah yang telah anda mohon untuk mereka.


Ini adalah masa yang amat penting bagi sesetangah ibubapa yang mempunyai anak kali pertama masuk ke alam persekolahan. dan sudah semestinya anda ingin membuat persediaan awal seperti baju sekolah, beg sekolah buku-buku dan alat-alat tulis untuk melengkapkan mereka sebelum bermulanya sekolah pada awal tahun 2019.

Lihat juga
panduan dan cara semakan SAPS online
Kalender Takwim Persekolahan tahun 2019
Permohonan Online Ke Program Vokasinal tahun 2019


Berikut adalah cara untuk anda semak keputusan penempatan anak anda:-

Semakan telah dibuka bermula pada 1 Ogos 2018.


Untuk membuat semakan:

1. Sila layari laman https://public.moe.gov.my/

2. Log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan semasa memohon sebelum ini.

3. Setelah berjaya log masuk sila semak status pendaftaran.

4. Pastikan semua maklumat betul dan tepat.

5. Sila cetak surat yang dilampirkan dan hantar ke sekolah yang dimohon untuk proses perakuan.



* kepada ibubapa yang tidak berjaya mendapat penempatan anak anda di sekolah rendah yang anda pilih, jangan risau anda masih boleh membuat permohonan rayuan*
Rayuan ini boleh dibuat sekiranya ingin membuat penukaran sekolah atau permohonan untuk menempatkan anak di sekolah yang dipilih tidak berjaya. Sila rujuk manual proses Permohonan Rayuan Sekolah yang disertakan.

Tarikh rayuan : 1 Ogos 2018 sehingga 30 Ogos 2018

PENTING


Ibubapa haruslah membuat pengesahan penempatan sekolah anak yang telah diluluskan dan ditetapkan secara online bagi memastikan anak tempat anak anda disekolah tersebut dalam tarikh 1 Ogos 2018 sehingga 30 Ogos 2018

untuk mendapatkan informasi pendidikan Malaysia sila ke laman sewangan:
mypendidikanmalaysia.com

TERBARU: dapatkan Info terkini di sumbermalaysia.com




PERMOHONAN ONLINE PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM) 2018

Permohonan online pendidikan jarak jauh universiti utara malaysia (UUM) 2018 kini dibuka kepada anda untuk membuat permohonan. Permohonan online ini dibuka  sehingga jam 11.59 pm pada 31 Ogos 2018.



Bagi golongan yang sudah bekerja yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ( Degree), anda diperlawa untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup. pembelajaran Pendidikan Jarak Jauh ini juga dibuka kepada semua kakitangan Bank Rakyat/ anak syarikat atau ahli anggota Bank Rakyat.

Lihat juga : permohonan Bantuan Awal Pengajian(BAP)

Permohonan Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia (PJJ-UUM)

Permohonan hanya diterima secara atas talian di portal YBR (www.yayasanbankrakyat.com.my).

Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.


Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.

Syarat Kelayakan Memohon

1) Warganegara Malaysia.

2) Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.

3) Terbuka kepada semua kakitangan Bank Rakyat/ anak syarikat atau ahli anggota Bank Rakyat

4) Tempoh perkhidmatan 3 tahun keatas.

5) Permohonan terbuka kepada peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

6) Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.


anda boleh click link ini untuk membuat pendaftaran terus

https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/pdpa-form


untuk mendapatkan Informasi terkini mengenai pendidikan di Malaysia
mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN AWAL PENGAJIAN (BAP) YAYASAN BANK RAKYAT (YBR) 2018

Program Tajaan Yayasan Bank Rakyat- Bantu awal Pengajian Yayasan bank Rakyat 2018. Bagi mereka yang telah melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta anda boleh membuat permohonan.



Bantuan awal Pengajian ini cuma akan diberikan "ONE OFF" sahaja, ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ibubapa anda.

Cara permohonan

1) Permohonan hanya diterima secara atas talian di portal YBR (www.yayasanbankrakyat.com.my).

2) Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.

Baca juga: 

Permohonan biasiswa penuh UniSHAM

Tawaran Biasiswa Bank Rakyat (PPPU)

Permohonan Biasiswa CIMB
 

3) Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.

4) Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan

Syarat Kelayakan Permohonan

- Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
- Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
- Pemohon merupakan pelajar semester pertama
-Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.

untuk membuat permohonan anda boleh ke
https://application.yayasanbankrakyat.com.my/


Dapatkan info pendidikan di mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN (uniSHAMS) TAJAAN PENUH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH 2018/2019

Permohonan biasiswa Pendidikan (uniSHAMS) Tajaan penuh lembaga zakat negeri Kedah  2018/2019 kini dibuka kepada anak-anak kelahiran daripada negeri Kedah.


Pemohon adalah diperlawa untuk membuat permohonan bagi mendapatkan tajaan Penuh Biasiswa Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah ( UniSHAMS).

Biasiswa Penuh bagi program adalah seperti dibawah:

DIPLOMA

1) Diploma Perakaunan
2) Diploma Pengajian Islam
3) Diploma Perbankan Islam
4) Diploma Tahfiz Wal Qiraat

IJAZAH

1) Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian
2) Ijazah Sarjan Muda Usuluddin Dengan Kepujian
3) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
4) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam Dan Kewangan) Dengan Kepujian
5) Pembiayaan keseluruhan pengajian DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Baca juga: Permohonan kemasukan Ijazah sarjana Muda kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) sesi ambilan 2018 UMS dan USIM

Syarat Kelayakan

-Islam.
-Anak Negeri Kedah atau bermastautin di Negeri Kedah.
-Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup.
-Pelajar untuk tahun pertama pengajian sesi 2018/2019 sahaja
-Tidak menerima sebarang tajaan,biasiswa atau pinjaman.
-Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke Tahun pertama pengajian sesi 2018/2019*
-Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 matapelajaran dan lulus BM
-Memperoleh CGPA 3.5 ke atas @ setaraf bagi Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies /STPM/STAM yang diiktiraf

Cara Memohon

Borang boleh dimuat turun secara PERCUMA di laman web

https://www.zakatkedah.com.my/mohon-zakat/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 16 OGOS 2018

Boleh hubungi/Alamat Pos
Bahagian Pendidikan Dan Inovasi Agihan
Aras 5, Menara Zakat Alor Setar ,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah

dapatkan info terkini pendidikan di mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA] SESI KEMASUKAN TAHUN 2018 DI UMS DAN USIM

Permohonan kemasukan program ijazah sarjana muda kaunseling (penyalahgunaan dadah) [SPADA] sesi kemasukan 2018 di universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Bagi pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) adalah diperlawa untuk membuat permohonan kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018.  Program ini merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester).



Kepada PPP yang berminat serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat).

1) Surat Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018 >> MUAT TURUN

2) Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 1/2018 >> MUAT TURUN

3) Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 2/2018 >> MUAT TURUN

4) Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 3/2018 >> MUAT TURUN

5) Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan KPM(BT) LD 4/2018 >> MUAT TURUN

6) Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD5/2018 >> MUAT TURUN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan:

Urus Setia
Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-83217138 I Faks : 03-8321 7101

Dapatkan info terkini mengenai pendidikan di Malaysia melalui >> mypendidikanmalaysia.com


SEMAKAN ONLINE TAWARAN GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) DAN PROFESIONAL DEVELOPMENT PROGRAMME (Pro-P)

Semakan online tawaran Graduate excellent programme (GrEP) dan profesional development programme (Pro-P) 2019/2020 boleh dibuat sekarang.


Program dibawah bahagian penganjuran Pelajaran MARA (BPP) adalah sebuah program untuk membantu golongan bumiputera bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dan juga melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Kemudahan pinjaman pelajaran MARA adalah berbentuk pinjaman boleh ubah untuk pelbagai peringkat pengajian.

Lihat juga: Permohonan ke program penajaan pelajar perubatan bagi ijazah pertama jabatan Perkhidmatan Awam ke universiti perdana 2018

Bagi mereka yang telah membuat permohonan Online untuk program ini, anda boleh membuat semakan secara Online melalui link dibawah

>> http://online05.mara.gov.my/SemakanTawaran/


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan 

sila hubungi:

03-2613 2117/35032/32067 (9.00 pg -1.00 ptg),(2.30 ptg - 4.30 ptg)

atau melalui email

pascasiswazah@mara.gov.my

Untuk mendapatkan info berkenaan pendidikan di Malaysia sila ke

www.mypendidikanmalaysia.com


SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MELALUI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (S.A.P.S) ONLINE

Dengan cara mudah anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui sistem Analisis peperiksaan sekolah (S.A.P.S) online.



Bagi anda yang belum tahu bagaimana untuk membuat semakan melalui sistem analisis peperiksaan sekolah(S.A.P.S) anda boleh melihat:

Panduan dan Cara semakan S.A.P.S terkini melalui link ini >> Panduan SAPS

Bagi membuat semakan keputusan peperiksaan anda >> Sistem SAPS

Nota Penting:

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:

-Keputusan pelajar dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.

-Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5


*Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini*

untuk mendapatkan info berkenaan dengan pendidikan di Malaysia sila klik link ini. >> mypendidikanmalaysia.com