PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN (uniSHAMS) TAJAAN PENUH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH 2018/2019

Permohonan biasiswa Pendidikan (uniSHAMS) Tajaan penuh lembaga zakat negeri Kedah  2018/2019 kini dibuka kepada anak-anak kelahiran daripada negeri Kedah.


Pemohon adalah diperlawa untuk membuat permohonan bagi mendapatkan tajaan Penuh Biasiswa Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah ( UniSHAMS).

Biasiswa Penuh bagi program adalah seperti dibawah:

DIPLOMA

1) Diploma Perakaunan
2) Diploma Pengajian Islam
3) Diploma Perbankan Islam
4) Diploma Tahfiz Wal Qiraat

IJAZAH

1) Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian
2) Ijazah Sarjan Muda Usuluddin Dengan Kepujian
3) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
4) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam Dan Kewangan) Dengan Kepujian
5) Pembiayaan keseluruhan pengajian DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Baca juga: Permohonan kemasukan Ijazah sarjana Muda kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) sesi ambilan 2018 UMS dan USIM

Syarat Kelayakan

-Islam.
-Anak Negeri Kedah atau bermastautin di Negeri Kedah.
-Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup.
-Pelajar untuk tahun pertama pengajian sesi 2018/2019 sahaja
-Tidak menerima sebarang tajaan,biasiswa atau pinjaman.
-Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke Tahun pertama pengajian sesi 2018/2019*
-Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 matapelajaran dan lulus BM
-Memperoleh CGPA 3.5 ke atas @ setaraf bagi Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies /STPM/STAM yang diiktiraf

Cara Memohon

Borang boleh dimuat turun secara PERCUMA di laman web

https://www.zakatkedah.com.my/mohon-zakat/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 16 OGOS 2018

Boleh hubungi/Alamat Pos
Bahagian Pendidikan Dan Inovasi Agihan
Aras 5, Menara Zakat Alor Setar ,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah

dapatkan info terkini pendidikan di mypendidikanmalaysia.com