PERMOHONAN ONLINE BAGI BANTUAN ZAKAT PELAJAR IPT (MAIDAM) BAGI DALAM DAN LUAR NEGARA 2019

Permohonan online bagi bantuan zakat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) (MAIDAM) bagi dalam dan luar negara 2019. Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan zakat  daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu untuk melanjutkan pengajian ke IPT di dalam dan luar negara anda digalakan untuk membuat permohonan.


Bantuan Zakat boleh dibuat secara online dan dibuka kepada penuntut daripada negeri Terengganu bermula pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Mac 2019.  Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM 2019 khusus kepada yang belum membuat permohonan pada tahun ini (2019)


Lihat juga :permohonan online bantuan awal pengajian yayasan bank rakyat

OBJEKTIF


  • Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.


ASNAF : Fisabililllah

SYARAT-SYARAT 


  •  Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  • Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Penghulu / Y.B.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.
  • Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.
  • Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  • Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.
  • Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .
  • Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.
  • Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.


KAEDAH PERMOHONAN

Muat turun borang permohonan dari laman rasmi MAIDAM di http://www.espmb.com/maidam_zakat

Borang Permohonan perlu di cetak dan dihantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing bersama-sama dokumen lengkap yang perlu dilampirkan.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.


Dapatkan info pendidikan di Malaysia melalui >> mypendidikanmalaysia.com

lihat juga informasi daripada sumbermalaysia.com