PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA] SESI KEMASUKAN TAHUN 2018 DI UMS DAN USIM

Permohonan kemasukan program ijazah sarjana muda kaunseling (penyalahgunaan dadah) [SPADA] sesi kemasukan 2018 di universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Bagi pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) adalah diperlawa untuk membuat permohonan kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018.  Program ini merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester).



Kepada PPP yang berminat serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat).

1) Surat Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018 >> MUAT TURUN

2) Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 1/2018 >> MUAT TURUN

3) Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 2/2018 >> MUAT TURUN

4) Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 3/2018 >> MUAT TURUN

5) Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan KPM(BT) LD 4/2018 >> MUAT TURUN

6) Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD5/2018 >> MUAT TURUN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan:

Urus Setia
Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-83217138 I Faks : 03-8321 7101

Dapatkan info terkini mengenai pendidikan di Malaysia melalui >> mypendidikanmalaysia.com