SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI SESI AMBILAN JUN 2019

Semakan online keputusan Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi ambil sesi Jun 2019, akan dibuka tidak lama lagi, semakan secara online boleh di buat melalui portal rasmi Upu.


Sistem online untuk membuat semakan keputusan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti akan dibuka bermula pada 06 Mei 2019 jam 6.00 petang. ini adalah untuk sesi pengambilan Jun 2019 bagi lepasan SPM.

Kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ini adalah saat-saat yang dinantikan oleh anda, dimana sistem UPU akan dibuka untuk semakan dibuat, anda disarankan untuk membuat semakan secepat yang mungkin, bagi membuat persediaan yang perlu sebelum masuk ke Politeknik dan Kolej Komuniti.


Bagi mereka yang tidak mendapat tempat di Politeknik, anda boleh mengemukan rayuan untuk kemasukan, dan rayuan boleh dibuat pada 6 Mei 2019, dan bagi pendafataran pelajar pula akan bermula pada 23 Jun 2019.

Semakan Online boleh dilakukan di Link ini.

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=program&kat=d