CALON PERSENDIRIAN STPM 2019 - PANDUAN CARA DAN PERMOHONAN

Calon persendirian STPM 2019, panduan dan cara permohonan melalui sistem mpm.edu.my. Artikel ini adalah untuk memberikan garis panduan yang lengkap kepada bakal calon-calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun semasa.


Melalui portal Rasmi Majilis peperiksaan Malaysia ( MPM), kepada calon persendirian STPM, anda dikehendaki untuk membuat permohonan melalui Online, melalui system MPM tersebut.

Berikut adalah panduan yang akan membantu anda.

1) Anda perlu masuk ke Link ini. www.mpm.edu.my , dan setrusnya perlu ke sistem online di portal tersebut.


  1. Tekan pada logo "Calon Persendirian"
  2. Skrin log masuk dan daftar akan terpapar setalah pengguna memilih "calon Persendirian"
  3. Tekan Pada "Daftar Pengguna"

Peringatan; Calon dikehendaki untuk membuat pembelian Nomber Pin dari cawangan BSN sebelum mendaftar pengguna Portal



  • Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad pengenalan baru, tentera, Polis Pasport atau sijil Kelahiran.
  • Calon dikehendaki unutk isikan No. Kad pengenalan diri
  • Isikan nama penuh sperti di dalam sijil pengenalan diri.
  • isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal
  • kata Laluan (Maksimum 8 askara sahaja)
  • sila klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat.
Lihat Juga:


sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertma ke dalam portal:

Dashboard bagi pengguna portal akan terpapar. Menunjukan bahawa proses pendaftaran pengguna portal berjaya


LOG MASUK
  1. masukkan nombor kad pengenalan sebagai pengguna ID beserta simbol "-"
  2. masukkan katra laluan akaun portal
  3. Klik butang " Log Masuk"
  • Dashboard portal MeSP di paparkan setelah log masuk berjaya
  • Klik pada tab panel "peperiksaan"

klik pada menu pendaftaran > pendaftaran calon persendirian

  • skrin pendaftaran STPM akan dipaparkan
  • Klik pada ikon imej"Pendaftaran STPM"

  • Masukan no pin yang telah dibeli di cawangan BSN mengikut jenis peperiksaan
  • Klik butang :teruskan" sekiranya tekag mengisi No. Pin yang Sah
  • Masukan segala maklumat yang diperlukan
  • Pusat bagi menduduki ujian adalah berdasarkan kekosongan pada pusat berkenaan
  • pilih mata pelajaran yang hendak didaftarkan
  • kemudian tekan butang simpan yang berada di bawa sistem
  • Skrin maklumat calon akan dipaparkan sekiranya kemasukan maklumat berjaya
  • Klik "kemaskini" sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini.
  • Klik "Cetak Slip Pendafatran" sekiranya berpuas hati dengan semua maklumat. Slip perlu dicetak dan disimpan , ia akan digunakan bagi rujukan dari masa ke semasa kelak.
Semoga panduan ini memberikan manfaat kepada calon STPM persendirian pada tahun ini.

PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE TAHUN 1 (PELAJAR TINGKATAN 4) 2019 MA’ALIM AL-SUNAN LI DIRASATI AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Permohonan bagi kemasukan ke tahun 1 (Tingkatan 4) Ma'alaim Al-Sunan Li Dirasati Al-Nabawiyyah(MSN) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi kemasukan tahun 2019.




Permohonan adalah diperlawa kepada mereka yang mempunyai kelayakan untuk memasuki ke sekolah agama dibawah majlis agama islam wilayah persekutuan. Tawaran bagi kemasukan pelajar baharu ini telah dibuka sekarang dan tarikh tutup adalah 26 Disember 2018.

Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) ialah sebuah institusi pendidikan baharu yang ditubuhkan hasil cetusan idea daripada Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan di bawah naungan majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beroperasi di Bandar Seri Permaisuri (Cheras, Kuala Lumpur), fokus utama penubuhan MSN ini adalah untuk melahirkan cendiakawan Islam yang mahir dalam bidang hadis dengan menggabungkan sistem pembelajaran semasa Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga pembelajaran turath hadis.

KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN MSN

Konsep pelaksanaan pendidikan di MSN mempunyai 4 komponen utama iaitu:
1. Pembelajaran berasaskan KSSM dan ini meliputi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM.
2. Pengajian ilmu-ilmu hadis yang berkaitan.
3. Hafazan hadis-hadis pilihan beserta dengan matan ilmu islam.
4. Pengajian kitab-kitab hadis turath dan juga kontemporari.

KEISTIMEWAAN MSN

Antara keistimewaan MSN adalah:

1. Sekolah pertama di Wilayah Persekutuan yang menjalankan pengajian berasaskan turath hadis.
2. Pengajian di bawah seliaan sepenuhnya oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
3. Kos pengajian ditanggung oleh pihak MAIWP termasuk asrama dan makanan.
4. Pelaksanaan jadual penuh bermula pagi hingga malam.
5. Guru-guru yang berwibawa.

KELAYAKAN UMUM

Syarat umum pengambilan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan 4 yang telah selesai menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau setaraf dengannya.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


  1. Lelaki berwarganegara Malaysia (pelajar, ibu- bapa atau penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia), atau
  2. Keutamaan adalah bagi yang bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu (1) tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  3. Pemohon berumur 16 tahun pada tahun pengajian tingkatan 4.
  4. Mencapai kelayakan minimum 3A dalam peperiksaan PT3 dan sekurang-kurangnya mendapat Gred B dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
  5. Keutamaan diberikan kepada yang telah berjaya menghafaz sebanyak 15 juzuk Al-Quran. (sila lampirkan sijil yang berkaitan).
  6. Berminat dalam pengajian turath hadis.
  7. Memiliki akhlak dan keperibadian yang baik.
  8. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  9. Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga dan ujian bertulis.
  10. Lulus sesi temuduga dan ujian bertulis.

Lihat Juga:

Permohonan Online kemasukan Kolej Profesional Mara (KPM)
Panduan kelayakan kemasukan UPU 2019

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh dimuat turun dan borang yang lengkap perlu dikembalikan kepada alamat berikut:

Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN),
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Lot 22, Blok B (Bangunan Tadika Islam MAIWP Sumayyah),
Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras Kuala Lumpur

*Tulis pada sebelah kiri sampul:
“MA’ALIM AL-SUNAN”

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

26 DISEMBER 2018 SEBELUM JAM 5:00 PETANG.

Segala maklumat atau pertanyaan mengenai MSN, boleh diemelkan kepada alamat berikut:
msnmaiwp@gmail.com

atau

hubungi Ustaz Husaini di talian: 013-296 8513

Borang permohonan kemasukan MSN 2019

PERMOHONAN ONLINE BAGI SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS) PELAJAR IPT 2018/2019

Permohonan Online bagi Sumbangan pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) pelajar IPT 2018/2019, Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM 3,100,000.00 untuk membantu anak-anak kelahiran selangor yang sedang menuntut di IPT. Permohonan telah dibuka bermula pada 25 November 2018 , jam 12.01 malam sehingga 31 Januari 2019 jam 11.59 malam.


Anda adalah diperlawa untuk membuat permohonan bagi mendapatkan sumbangan ini. dan permohonan haruslah dibuat melalui online. Jika peruntukan telah mencapai had yang telah ditetapkan Permohonan akan ditutup lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan kepada umum.

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

SYARAT-SYARAT 

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Piv)Permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon)
  5. Pv)Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.
Dokument yang perlu disediakan dan perlu di muat naik melalui online
  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  • Bil api/bil air
  • Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji)
  • Borang/Surat Pengesahan Belajar Terkini
  • Borang Pengesahan Permastautinan Terkini
  • Penyata Akaun Bank (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  • Kad OKU (Jika Berkenaan)
  • Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
*Nota:Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
  1. Sijil
  2. Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  3. Diploma/Diploma Lanjutan
  4. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  5. Ijazah Sarjana (Master)
  6. Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon.
Lihat Juga:


Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Bagi permohonan yang telah diluluskan, anda akan menerima sebanyak RM 700.00

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan melayari laman web LZS di www.zakatselangor.com.my/spzas. Maklum balas status permohonan juga akan diemelkan kepada pemohon.


Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 

SISTEM SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) SESI 2018/2019

Sistem semakan online keputusan peperiksaan semester bagi program matrikulasi ( PSPM) sesi 2018/2019. Kepada calon PSPM anda boleh membuat semakan melalui online.


Melalui portal rasmi kementerian pendidikan Malaysia (KPM), calon-calon PSPM semester 1 dan 3 2018/2019 boleh mula membuat semakan online pada 5 Disember 2018 (Rabu) jam 10.00 pagi.

bagi membuat semakan calon boleh mengunakan beberapa kaedah iaitu:

a) LAMAN WEB
    Layari   http://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan
    Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Matrik

b) KOLEJ MASING-MASING
    Edaran slip keputusan peperiksaan.

c) TELEFON
    i. Kolej masing-masing.
    ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4108 atau 03-8884 4083.

Perhatian: Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019.

Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

Update: portal rasmi KPM

YAYASAN AXIATA- (PROGRAM TALENT YOUNG ) PROGRAM PEMBANGUNAN KETUA EKSEKUTIF MUDA 2019

Axiata Program Talent Young- Program Pembangunan Ketua Eksekutif Muda 2019, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan telco antara terbesar di Malaysia iaitu CELCOM menyediakan sebuah program pembangunan untuk bakat-bakat muda di Malaysia.


Program pembangunan kepimpinan selama dua tahun untuk profesional muda Malaysia dengan tumpuan kepada aplikasi dunia sebenar. Di peringkat ini, para peserta menguasai kemahiran dan pengetahuan kritikal melalui bengkel di mana alat perniagaan diperkenalkan, simulasi perniagaan di mana mereka ditonjolkan ke dalam peranan pembuat keputusan, serta cabaran perniagaan di mana mereka bekerja pada penyelesaian yang inovatif untuk masalah yang rumit semasa ditenggelamkan dalam pelbagai industri yang membentuk ekonomi Malaysia.

YCDP mempunyai satu pengambilan setiap tahun. Yuran program sebanyak RM 50,000.00 akan dikecualikan untuk semua peserta.

"Ketua Pegawai Eksekutif yang berkesan adalah penggiat yang tinggi kerana mereka bergerak lebih cepat dengan mencari cara untuk menjadikan kompleks mudah."

 OBJEKTIF

  • Anda akan meningkatkan kecekapan kepimpinan anda melalui satu siri pengalaman pembelajaran, simulasi perniagaan yang mencabar, dan bengkel.
  • Anda akan mendapat bimbingan, bimbingan, dan panduan peribadi secara keseluruhan sepanjang program 2 tahun.
  • Ini adalah peluang untuk anda berkomunikasi dengan pelajar Malaysia, graduan, dan profesional muda dari seluruh negara.
  • Ia adalah peluang bagi anda untuk mendedahkan diri anda dan menguji teori perniagaan dan kepimpinan terkini pada peringkat awal kerjaya anda.
  • Ia adalah peluang bagi anda untuk meningkatkan kebolehpasaran anda dengan membina kemahiran kritikal anda - kemahiran seperti komunikasi, pemikiran kritis, dan kreativiti.
  • Anda akan mendapat akses untuk belajar daripada sesi perkongsian pengetahuan yang berwawasan dengan panel pemimpin berpengaruh berpengaruh.
  • Menjadi sebahagian daripada persatuan alumni yang luar biasa sebaik sahaja anda menyelesaikan program tersebut.

MODUL

Kemahiran & Aplikasi Kritikal
-Memperkukuhkan komunikasi, pemikiran kritis dan kreativiti anda dengan bengkel yang dijalankan oleh pemimpin perniagaan yang berpengalaman

Kemahiran & Simulasi Perniagaan
-Pendedahan kepada pelbagai simulasi dan cabaran perniagaan yang membolehkan penggunaan pembelajaran anda lebih baik

Penyerapan Perniagaan
-Peluang untuk melibatkan diri dalam kemahiran yang berguna dalam persekitaran perniagaan pada tahap awal melalui program-program seperti; Program Shadow Leadership / C-Suite, merancang dan melaksanakan penyelesaian pada platform perniagaan digital, menambah nilai kepada perniagaan selama latihan selama 8 minggu dengan tujuan mengasah kemahiran ketajaman perniagaan anda

Pembelajaran Dalam Talian
-Memperkuatkan pemahaman Anda tentang kemahiran kritis dan bisnis melalui kolaborasi maya dan kajian kes dalam talian

Pelan Pembangunan Peribadi, Mentoring & Individu (IDP)
-Seorang jurulatih yang berdedikasi yang menyokong dan merapatkan anda pada setiap masa sepanjang 2 tahun, membantu anda untuk mempertajam kemahiran anda, meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan diri untuk mengetahui potensi sebenar anda


Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia, atau penduduk tetap.
  • Profesional muda dalam kumpulan usia 23 hingga 28 tahun yang kini tinggal di Malaysia.
  • Pengalaman kerja selama 1 tahun minimum.

Apakah keperluan minimum untuk memohon Program Pembangunan Ketua Pegawai Eksekutif Muda?
  • Pemohon dijangka menjadi profesional muda yang memegang ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana, sekurang-kurangnya. Pemohon juga harus dapat menunjukkan kualiti kepimpinan yang meyakinkan dan keinginan untuk belajar dan berkembang.
Lihat juga:


Di manakah saya memohon untuk Program Pembangunan Ketua Pegawai Eksekutif Muda?
  • Permohonan hendaklah dilengkapkan secara dalam talian di www.axiatafoundation.com. Sila ambil perhatian bahawa penyerahan manual tidak akan diterima.
Apakah proses permohonan?
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang di www.axiatafoundation.com. Adalah penting bahawa pemohon mengisi bahagian Pencapaian Kepimpinan, butir-butir Details, dan jujur ​​menjawab empat soalan (ini boleh dijawab melalui esei atau format video). Sebagai panduan, sila rujuk kepada bahagian yang kami cari.
Bilakah pemohon yang disenarai pendek dimaklumkan untuk menghadiri temuduga?
  • Proses penyenaraian singkat kami dilakukan secara rolling, dan pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri temu duga dalam proses yang sewajarnya.
Berapa banyak calon yang akan diambil dalam setiap kumpulan?
  • Yayasan Axiata sedang mencari untuk mengambil tidak lebih daripada 80 individu yang cemerlang setiap kohort.
Permohonan buat masa sekarang belum lagi dibuka. www.axiatafoundation.com

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN JANUARI 2019 PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

Permohonan Online bagi kemasukan Januari 2019 program Diploma kolej Profesional Mara (KPM) dibuka bermula pada 1 November 2018 sehingga 30 November 2018



Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun  2018, anda digalakan untuk membuat permohonan secepat mungkin untuk mengelakan anda tercicir daripada mendapat tempat di Kolej Profesional Mara (KPM).

Kolej Profesioanl Mara menawarkan Program Diploma lebih daripada 20 jenis Program Diploma yang telah mendapat pengiktirafan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia atau dikenali sebagai MQA.

Bagi permohonan Online anda boleh buat melalui Link ini.



Program dan tempat pengajian

Kolej Profesional MARA(KPM) mempunyai cawangan seperti dibawah:

Kolej Profesional MARA Beranang
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Manakala program-program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA(KPM) adalah seperti dibawah.

Diploma in Accountancy (DIA)
Diploma in Business Studies (DBS)
Diploma in Computer Science (DCS)
Diploma in Agro Business (DAB)
Diploma in Entrepreneurship (Den)
Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
Diploma in English Communication (DEC)
Diploma in Computer Networking (DCN)
Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
Diploma in International Business (DIB)
Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
Diploma in Marketing (DMk)
Certified Accounting Technician (CAT)

SYARAT KEMASUKAN


Lihat Juga.

Semakan Online bagi kelayakan masuk ke KPM
Permohonan Online kemasukan ke TVETMARA-KKTM,MJII dan IKM Januari 2019
Panduan Umum Senarai alamat dan Program KKTM dan IKM

Bagi mereka yang telah membuat permohonan melalui Online, anda boleh membuat semakan secara Online disini

Rayuan boleh dibuat melalui online selepas keputusan diumumkan melalui portal rasmi KPM. dan bagi mereka yang ingin mengemukan rayuan, anda boloeh berbuat demikian melalui link ini.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan sila hubungi talian yang disediakan 03-26134074 / 4075 / 4076 / 4077 / 4081

PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA PENERAJU HUFFAZ PINTAR 2019 - YAYASAN PENERAJU

Permohonan Program Biasiswa Peneraju Huffaz Pintar 2019 (Yayasan Peneraju) Tawaran Program Biasiswa Peneraju Huffaz Pintar kini dibuka untuk permohonan.


Sebuah program Biasiswa yang di anugerahkan oleh Yayasan Peneraju yang bertujuan melahirkan Huffaz yang cemerlang daripada kalangan B 40 dan Asnaf Tahfiz

Nama Program: PENERAJU HUFFAZ PINTAR (Pengajian Akademik Fast Track SPM & Pra SPM)

Tajaan Bersama: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) & Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)

Institusi Pengajian: Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah (AITAF), Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Keutamaan kami :

  • Mengutamakan adab, akhlak, disiplin dan sifat terpuji.
  • Cemerlang adab, akhlak dan disiplin, inshallah pasti cemerlang akademik.
  • Seminar Kerjaya & Halatuju Pelajar Huffaz
  • Guru pakar SPM yang berpengalaman mengajar pelajar huffaz.
  • Lokasi pengajian yang kondusif dan bertaraf kolej
  • Khidmat nasihat pengajian IPT dalam & luar negara
  • Jadual harian akademik berteraskan madrasah iaitu pengulangan hafazan Al-Quran
  • Bantuan kewangan disediakan kepada yang layak(dgn syarat tertentu)


Syarat-syarat Kelayakan:

Calon yang ingin melakukan permohonan di bawah program biasiswa ini perlu memenuhi kriteria berikut:


  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Berumur 16-17 tahun sahaja bagi program Pra SPM selama 2 tahun
  • Berumur 17-18 tahun sahaja bagi program Fast Track SPM selama 1 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan atau dalam kategori Asnaf
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk (keutamaan diberikan kepada huffaz 30 juzuk dan syahadah)
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar daripada sekolah tahfiz yang berdaftar
  • Benar-benar berminat mengikuti pengajian akademik dan pengulangan hafazan


Cara Memohon

1)Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman rasmi AITAF di https://my03.awfatech.com/akademifalah/sps/edaftar/reg.php
2) Penajaan terhad untuk 80 orang pelajar sahaja
3) Sila muat turun kedua-dua borang di bawah:
Borang Biasiswa (Pengesahan)
Borang Biasiswa (Senarai Semak)

Tarikh tutup: 21 November 2018.

Hubungi

Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Admin AITAF : 03 60345725
wasap.my/60162113424
wasap.my/601120891224

Laman Rasmi

PANDUAN BAGI SEMAKAN KELAYAKAN KEMASUKAN UPU AM DAN KHAS SECARA ONLINE BAGI SESI 2019/2020

Panduan bagi semakan kelayakan kemasukan UPU Am dan Khas secara Online. bagi mereka yang mempunyai keinginan dan minat untuk membuat permohonan kemasukan ke UA/IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Khasnya kepada lepasan SPM /STPM dan setaraf. Anda perlu mengetahui syarat kelayakan dan juga panduan yang betul sebelum membuat apa-apa permohonan melalui UPU. artikel ini, adalah bertujuan  untuk memberikan anda garis panduan yang sepatutnya.



Setiap tahun permohonan UPU Online akan dibuka pada awal tahun.

Tarikh permohonan online UPU bagi sesi 2019/2020 belum lagi ditetapkan.


Sistem semakan Online yang diwujudkan oleh JPT dan Politeknik adalah bagi membolehkan
para pelajar untuk membuat semakan Kursus yang bersesuaian dengan keputusan akademik mereka.
terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ditawarkan di kemasukan UPU Online.
oleh itu, sistem ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar dan seterusnya,
mengurangkan risiko untuk tidak mendapat tempat di IPT disebabkan memohon kursus yang diluar dari kelayakan akademik mereka.


Semakan Online Syarat Kelayakan Am dan Khas UPU Secara Online

Bermula pada bulan Mac 2015, Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam(UA) dan Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dirujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik.

Bagi lepasan SPM/STPM juga termasuk lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi dan STAM yang ingin membuat permohonan UPU.  semakan syarat dan kelayakan UPU iaitu syarat AM dan Khas bagi permohonan serta memilih program atau jurusan yang anda layak boleh dirujuk melalui sistem semakan berikut. Sistem semakan ini dapat memberikan pendiuan dan bantuan kepada pelajar dalam membuat semakan syarat kelayakan permohonan UPU termasuklah syarat semakan kelayakan pelbagai program Pengajian IPT.

Semakan yang dibuat melalui online, pelajar juga boleh menghadiri ke karnival pendidikan tinggi negara atau karnival Jom Masuk U di beberapa ZON di setitar Malaysia yang  dilakukan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia pada setiap tahun.
Syarat Am UPU

permohonan UPU online adalah terbuka kepada semua warganeraga Malsyaia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad peneganalan/My Kad sahaja. bukan warganegara hendaklah membuat permohonan terus ke UA yang berkaitan.

Syarat Am Kelayakan adalah mengikut kategori berikut:

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
  • Permohonan mestilah mempunyai SPM dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan bagi pemohon 
  • SPM, bermula pada tahun 2013. Matapelajaran Sejarah di Wajibkan LULUS. Credit/ Kepupujian dalam Bahsa Malaysia/Bahsa melayu kertas Julai diambil kira.
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA(STPM)
  • Pemohon harus mendaoat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian AM: atau
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM)
  • Mendapat sekurangnya pangakt Jayyid 
MALAYSIA UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
  • Mendapat sekurangnya tahap 1 (Band 1) dalam MUET. Tempoh Sah laku (5 Tahun) keputusan MUET yang diguna pakai adalah keputusan yang dikeluarkan mulai 01 Jan 2013
Syarat Khas UPU

Pemohon harus memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-panduan sebelum permohonan kemasukan ke UA bagi program pengajian lepasan STPM/Setaraf di lakukan. MUET Tahap 1(Band 1) adalah syarat khas kemasukan yang masih dilaksanakan oleh UA bagi program-program yang berasaskan bakat dan kecergasan.

Senarai sistem semakan bagi UPU Online

Berikut adalah senarai sistem semakan kelayakan UPU yang meliputi syarat AM dan Khas permohonan serta program pengajian. Dan haraga warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/ My Kad saja yang layak membuat permohonan.

1) e-panduan bagi kemasukan ke UA/Politeknik Premier

Sistem ini akan memaparkan maklumat seperti berikut:
  • Maklumat UA dan Politeknik Premier
  • Senarai Program pengajian yang ditawarkan
  • Syarat Khas Program
untuk membuat semakan ini, anda boleh layari pautan ini. sistem emas UPU atau Online MOHE

2)e-panduan Politeknik Konvensional/Metro. Kolej Komuniti dan ILKA

Bagi maklumat untuk semakan membuat permohonan ke Politeknik Konvensional/Metro,Kolej Komuniti dan ILKA.  Infomasi yang dipaparkan adalah termasuk SYARAT AM KEMASUKAN, Syarat Khas pemohonan program pengajian, senarai  program pengajian yang ditawarkan serta maklumta lain berkaitan seperti dibawah:


  • E-Panduan Politeknik Konvensional/Metro. Kolej Komuniti dn ILKA- e-panduan

anda juga boleh membuat semakan syarat kelayakanan program pengajian Politeknik di Politeknik premier, konvensional dan Metro: melalui esemak Politeknik

  • Sistem IMASCU

satu sistem semakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, panduan semakan di iMASCU

Maklumat Mengenai Permohonan UPU Online 2019


Untuk mendapatkan infomasi dan maklumat terkini mengenai permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, dan ILKA sesi 2018/2019. anda boleh layari.

Portal rasmi upu bahagian pengurusan Kemasukan PELAJAR
Facebook Rasmi bahagian pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
atau
Talian Helpline UPU di 03-8870 8200(waktu bekerja: Jam 7.30 pagi sehingga 5.30 Pm)

makluman kepada pelajar yang berminat untuk memasuki IPT berkaitan, anda boleh membuat semakan melalui panduan yang tekah diberikan.

PANDUAN BANTUAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MASUK KE IPT- PERKESO

bantuan pinjaman/pembiayaan pendidikan masuk ke  Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) kepada anak-anak pencarum Perkeso. Atau dikenali sebagai Faedah Pendidikan.


Pertubuhan keselamatan Sosial atau dikenali sebagai PERKESO adalah salah satu inisiatif kementerian bagi melindungi pekerja-pekerja yang berdaftar dengan PERKESO sekiranya mendapat apa-apa musibah/kemalangan semasa menjalankan kerja/tugas yang diarahkan oleh pihak majikan.

Selain daripada itu, PERKESO juga memberikan bantuan pinjaman atau pembiayaan bagi pendidikan tanggungan orang yang diinsuranskan dikenali sebagai FAEDAH PENDIDIKAN.

FAEDAH PENDIDIKAN

merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya orang berinsurans:

  1. Meninggal dunia akibat bencana pekerjaan
  2. Menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1)Pemohon hendaklah anak tanggungan kepada penerima faedah berikut :

  • Faedah Orang Tanggungan (FOT);
  • Pencen Penakat;
  • Pencen Ilat;
  • Faedah Hilang Upaya Kekal secara berkala.

2) Belum mencapai umur 21 tahun semasa mengemukakan permohonan; atau Sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, pemohon mestilah pernah menerima pinjaman PERKESO sebelumnya di peringkat Sijil / Diploma secara berterusan dan merupakan anak tanggungan penerima Faedah FOT / Pencen Penakat;

3) Belum Berkahwin;

4)Telah menerima tawaran daripada mana-mana Pusat Pengajian Tinggi dalam negara bagi mengikuti pengajian sama ada di peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga Tahap 3;

5)Telah membuat permohonan pinjaman dengan agensi pemberi pinjaman lain tetapi permohonan tersebut ditolak/gagal;

6)Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia;

7)Pengajian bersifat sepenuh masa;

8) Baki tempoh pengajian semasa memohon mestilah tidak kurang satu (1) tahun;

9)Jumlah kos yuran pengajian tidak melebihi kadar had maksima yang ditetapkan iaitu RM100,000.00 tidak termasuk perbelanjaan sara hidup;

10)Bagi pemohon yang menerima tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Kolej atau Universiti berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan penubuhannya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia (KPM);

11)Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPM;

12)Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, KPM dan telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi Penuh / Provisional daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang masih dalam tempoh sah laku;

13)Bagi pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga Tahap 3, kursus yang diikuti hendaklah mendapat sijil pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan sijil tersebut mestilah dalam tempoh sah laku ;

14)Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPM untuk mengikuti kursus berkenaan; Sekiranya kelayakan pemohon berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana yang dinyatakan di perkara (12) dan (13); dan

15)Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya.


 PERHATIAN :

Orang-orang berikut tidak layak memohon pinjaman ini:

  • Pelajar sekolah rendah atau menengah;
  • Adik-beradik orang berinsurans;
  • Pelajar peringkat matrikulasi / pra / asasi / foundation / sarjana / PhD

Pemohon yang pernah mendapat pinjaman PERKESO tetapi gagal / berhenti / membatalkan pinjaman sebelum tamat pengajian tidak layak memohon pinjaman kali kedua kecuali sekiranya telah menyelesaikan penuh baki pinjaman semasa.

Pembiayaan pinjaman hanya diberi untuk tempoh pengajian semasa sahaja.

Lihat Juga:

Tabung Dana Yayasan Pelajaran MARA
Cara permohonan Pinjaman PTPTN
Panduan Permohonan Kad Debit-i Bank Islam PTPTN

CARA PERMOHONAN

Permohonan pinjaman pendidikan perlu dibuat dengan memuat-turun borang di laman web rasmi PERKESO dan kemukakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut :

  • 1 keping gambar terkini pemohon berukuran passport;
  • 1 salinan sijil kelahiran yang telah disahkan ;
  • 1 salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
  • 1 salinan keputusan peperiksan peringkat PMR, SPM, STPM, Sijil, Foundation / A-Level / Matrikulasi / Diploma yang telah disahkan;
  • 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah yang telah disahkan;
  • Surat Tawaran Asal kemasukan ke IPT;
  • Surat pengesahan pendaftaran diri dari IPT / resit pembayaran pendaftaran / salinan kad pelajar;
  • Surat daripada IPT mengikut format PERKESO berhubung pengesahan kos yuran pengajian mengikut semester akademik terkini;
DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Pemohon yang bersetuju menerima tawaran pinjaman pendidikan hendaklah mendapatkan penjamin-penjamin dan menandatangani bersama dokumen PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN.


Sila klik disini

KADAR PERUNTUKAN

Peruntukan pembiayaan pinjaman pendidikan PERKESO hanya meliputi kos pengajian yang terdiri daripada yuran pendaftaran semester pertama, yuran pengajian, yuran peperiksaan dan yuran makmal untuk setiap semester manakala lain-lain yuran tidak dibiayai oleh PERKESO

Tiada peruntukan disediakan untuk kos elaun sara hidup pelajar :


Dibayar hanya kepada pelajar yang mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam

BAYARAN BALIK PINJAMAN

Pinjaman ini perlu dibayar balik bersama caj perkhidmatan oleh peminjam secara ansuran mengikut tempoh yang ditetapkan oleh PERKESO bermula pada bulan ke dua belas (12) daripada bulan terakhir peminjam menerima pembiayaan pinjaman pendidikan.

Sila Klik Disini

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.

anda dinasihatkan untuk kterus ke pejabat PERKESO yang terdekat dengan anda. atau hubungi

Talian Khidmat Pelanggan
1-300-22-8000
email: perkeso@perkeso.gov.my



TABUNG DANA YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM)

Tabung Dana Yayasan Pelajar Mara (YPM), adalah bertujuan untuk membantu belia-belia golongan bumiputera dalam memberikan pembiayaan bantuan dari segi pendidikan.


PENUBUHAN DAN TUJUAN

Penubuhan Tabung Dana YPM yang dinamakan sebagai KUMPULAN WANG YAYASAN PELAJARAN MARA adalah seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969, klausa 5 (1) yang menyatakan “ Bagi maksud membolehkan YPM menjalankan tugas-tugas dan tujuan-tujuannya yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, maka hendaklah diadakan suatu Kumpulan Wang bernama Kumpulan Wang Yayasan”.

Penubuhan tabung dana ini adalah bertujuan untuk memberi biasiswa, pinjaman, pemberian dan lain-lain bantuan kewangan kepada anak Bumiputera bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dan seterusnya membantu mereka ke arah usaha untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup dan sosio-ekonomi golongan Bumiputera. Selain dari itu, dana terkumpul ini juga adalah bagi membiayai pelaksanaan aktiviti dibawah program-program strategik yang telah diatur oleh YPM.

SUMBER DANA

Bagi mengisi tabung dana KUMPULAN WANG YPM, sumber daripada pelbagai kumpulan dan kategori penyumbang dikenalpasti merangkumi:-

  • Sumbangan Badan Korporat Dan Individu
  • Sumbangan Anak Syarikat YPM
  • Pulangan Pelaburan YPM
  • Sumbangan Ahli Komuniti MARA
  • Hasil daripada Aktiviti Amal


PENGURUSAN DANA

Penggunaan dana Kumpulan Wang YPM adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan YPM 1969 manakala pengurusan dan pengendalian dana adalah di atas kelulusan Lembaga Pengarah YPM dan Majlis MARA. Dasar penggunaan dana yang telah ditetapkan berdasarkan kepada pecahan dimana 70% digunakan untuk melaksanakan program-program strategik YPM dan skim-skim pembiayaan dan bantuan pendidikan, 20% digunakan bagi tujuan pelaburan dan 10% untuk tujuan pengurusan. Pelaburan merupakan usaha YPM untuk menjana sumber dana yang berterusan bagi masa hadapan agar tidak lagi bergantung berat kepada sumbangan pihak luar. Bagi membantu YPM dalam menjalankan aktiviti pelaburan, satu badan penasihat iaitu Panel Pelaburan telah ditubuhkan oleh Majlis MARA.

Lihat Juga:

Biasiswa Baharu Yayasan palajar Mara(YPM) untuk bumiputera (TANJAK)
Program Peneraju Skil
Program Skim Bantuan Khas - YPM

SKIM-SKIM SUMBANGAN

Pelbagai kaedah dan skim sumbangan dirangka bagi memudahkan para penderma untuk menyumbang. Tiga pilihan Skim Sumbangan yang disediakan untuk individu dan syarikat korporat untuk menyumbang ialah:-

  • Skim Keluarga Angkat
  • Skim Kumpulan Wang YPM


HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Bahagian Pembangunan Dana
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #bpd

PROGRAM PENERAJU SKIL - CIDB MALAYSIA & YAYASAN PENERAJU (PENYELIA KESELAMATAN TAPAK)

Permohonan online bagi kemasukan sesi Januari/Februari 2019 kini dibuka kepada yang kelayakan untuk mengikuti program peneraju skil bagi program PENYELIA KESELAMATAN TAPAK Permohonan akan ditutup pada 15 Disember 2018.


Program Peneraju Skil dijalankan untuk memberi peluang kepada pekerja di dalam bidang Kesihatan & Keselamatan. Peserta akan menduduki peperiksaan kompetensi dan membolehkan peserta memohon sebagai Orang Yang Kompeten bagi Penyelia Tapak Bina di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia(JKKP). Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam bidang pembinaan.

Syarat Permohonan

  • Bumiputera warganegara Malaysia Berumur 21 – 40 tahun
  • Mempunyai ijazah Sarjana Muda / Diploma dalam bidang Pembinaan dengan minima 1 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan Kesihatan & Keselamatan ATAU Memperolehi sijil SPM/SPMV/MCE dengan minimum 6C untuk subjek BM, BI, Matematik dan 8E untuk Sains dan lulus 2 subjek lain dengan minima 3 tahun pengalaman dalam bidang Kesihatan & Keselamatan Sihat tubuh badan
  • Sedang dan boleh bekerja di tapak pembinaan serta luar daerah


Peluang yang ditawarkan

  • Peluang pekerjaan dalam industri Pembinaan semenanjung Malaysia.

Bayaran yang dikenakan kepada calon

  • Program Peneraju Skil Site Safety Supervisor adalah program pembiayaan pendidikan boleh ubah. Pelatih hanya perlu membayar balik jumlah maksimum 20% kepada Yayasan Peneraju.

program ini di buka kepada calon dari seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, latihan akan dijalankan di Training Room, CIDBH sahaja.


Peluang pekerjaan selepas tamat latihan


  • Tawaran pekerjaan di dalam bidang Pembinaan akan diberikan kepada pelatih selepas tamat tempoh latihan. Pelatih akan diberi peluang untuk bekerja dalam bidang Pembinaan bergantung kepada prestasi pelatih sepanjang kursus dijalankan.

Adakah Pelatih akan terikat kepada YAyasan Peneraju

  • Pelatih hanya terikat dengan Yayasan Peneraju sehingga bayaran 20% kepada Yayasan Peneraju diselesaikan.


Jenis bantuan diberikan

  • Yuran pengajian(training kit, modules, venue, site visit arrangement, trainer fee) Yuran peperiksaan Program Pemupukan & Pembangunan (Pre-assessment Workshop) Makan & Minum

PROSES PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi Yayasan Peneraju di www.yayasanpeneraju.com.my

bentuk sesi penilaian 

  • Pengesahan dokumen Temuduga
  • Pemeriksaan kesihatan

Semua pelatih yang berjaya akan dihubungi melalui telefon.

Lihat Juga:

Program Peneraju Skil(pegawai keselamatan dan kesihatan)
Program Skim Bantuan Khas-Yayasan Pelajaran MARA
Program Bantuan Kewangan kepada Pelajar Kolej Komuniti

STRUKTUR PROGRAM


  • Berapa lamakah program ini akan berlangsung dan apakah komponen yang terkandung? Program akan berjalan selama 14 hari yang merangkumi 10 hari kelas teori, 2 hari Program Pemupukan dan Pembangunan serta 2 hari peperiksaan.
  • Nurture and Develop’ di dalam program Skil adalah ditekankan melalui program pemupukan dan pembangunan yang merangkumi aspek disiplin dan jatidiri di kalangan pelatih seperti `Pre-assessment Workshop yang merangkumi Current Health & Safety Issues, Spot Questions, Past Year Questions, Practical Presentation Training, Presentation Skills/Method, Presentation Contents and Mock up presentation & examination session.

Permohonan telah dibuka untuk membuat permohonan secara online sila Klik MOHON

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Wakil CIDB Holdings di 03-4042 8880 (Isfarudin / Anis / Julaila) atau
e-melkan ke: industry.relations@cidbholdings.com.my


Wakil Yayasan Peneraju di 03-2727 9080 (Haslina) atau

e-melkan ke penerajuskil@yayasanpeneraju.com.my

PROGRAM PENERAJU SKIL-CIDB MALAYSIA & YAYASAN PENERAJU (PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN)

Permohonan online bagi kemasukan sesi Januari/Februari 2019 kini dibuka kepada yang kelayakan untuk mengikuti program peneraju skil bagi program pegawai keselamatan dan kesihatan Permohonan akan ditutup pada 15 Disember 2018


Program ini adalah sebuah program  kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Yayasan Peneraju. Menurut Seksyen 29 (2) OSHA 1994 mengatakan keperluan bagi setiap majikan untuk menggaji Orang Yang Kompeten sebagai Pegawai Keselamatan & Kesihatan ditempat kerja. Tugas pegawai ini adalah untuk memastikan pematuhan kepada akta serta mempromosi kod keselamatan pekerjaan ditempat kerja. Program ini direka untuk memenuhi
keperluan akta tersebut dan secara khususnya kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peraturan 1997. Peserta juga boleh mendaftar sebagai Orang Yang Kompeten* bagi Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) 

Lihat Juga:


Syarat-syarat Permohonan 
  • Bumiputera warganegara Malaysia Berumur 21 – 40 tahun
  • Mempunyai ijazah Sarjana Muda / Diploma dalam bidang Pembinaan dengan minima 3
  • tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan Kesihatan & Keselamatan ATAU Memperolehi sijil SPM/SPMV/MCE dengan minimum 6C untuk subjek BM, BI, Matematik dan 8E untuk Sains dan lulus 2 subjek lain dengan minima 5 tahun
  • pengalaman dalam bidang Kesihatan & Keselamatan Sihat tubuh badan
  • Sedang dan boleh bekerja di tapak pembinaan serta luar daerah


Peluang yang ditawarkan kepada pelatih Peneraju Skil Safety & Health Officer
  • Peluang pekerjaan dalam industri Pembinaan semenanjung Malaysia.


Bayaran yang dikenakan kepada calon 
  • Program Peneraju Skil Safety & Health Officer adalah program pembiayaan pendidikan boleh ubah. Pelatih hanya perlu membayar balik jumlah maksimum 20% kepada Yayasan Peneraju.


Program ini di buka kepada calon daripada semua negeri

Ya, program ini di buka kepada calon dari seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, latihan akan dijalankan di Training Room, CIDBH sahaja.

Peluang pekerjaan selepas tamat latihan

Tawaran pekerjaan di dalam bidang Pembinaan akan diberikan kepada pelatih selepas tamat tempoh latihan. Pelatih akan diberi peluang untuk bekerja dalam bidang Pembinaan bergantung kepada prestasi pelatih sepanjang kursus dijalankan.


Permohonan boleh dibuat disini, sila klik MOHON


Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Wakil CIDB Holdings di 03-4042 8880 (Isfarudin / Anis / Julaila) atau 


Wakil Yayasan Peneraju di 03-2727 9080 (Haslina) atau 

PROGRAM PENERAJU SKIL(SEKTOR PEMBINAAN)- CIDB MALAYSIA & YAYASAN PENERAJU

Program peneraju skil(sektor pembinaan)- CIDB Malaysia & Yayasan Peneraju bertujuan untuk membantu anak-anak muda bumiputura luntuk lebih berdayasaing.


Sebuah program  kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Yayasan Peneraju. Program jangka pendek ini akan memberi fokus kepada penganjuran latihan penyeliaan/pengurusan dan pemupukan kemahiran teknikal dengan menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan kewangan, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu seterusnya menceburi bidang kerjaya yang berpendapatan tinggi khususnya dalam sektor pembinaan.

Permohonan Online bagi sesi kemasukan Januari/Februari 2019 kini dibuka sekarang dan tarikh tutup adalah pada 15 Disember 2018

Program-program yang ditawarkan adalah:


Penyelia Keselamatan Tapak Bina (Site Safety Supervisor)- klik sini untuk mohon
Pegawai Keselamatan & Kesihatan (Safety & Health Officer)- Klik sini untuk mohon
Pengendali Perancah Tahap 3 (Scaffolder Erector Level 3) - Klik sini untuk mohon

Kelebihan Program:


  • Meningkatkan kemahiran diri dalam memenuhi keperluan industri
  • Meningkatkan potesi kebolehgajian dan kebolehpasaran
  • Peluang untuk mendapatkan sijil pentauliahan secara Biasiswa
  • Peluang penempatan kerja dalam bidang industri pembinaan Malaysia
  • Meningkatkan tahap mutu dan produktiviti industri pembinaan Malaysia

Pembiayaan merangkumi:

  • Yuran Latihan & peperiksaan
  • Makan & Minum
  • Insurans
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Wakil CIDB Holdings di 03-4042 8880 (Isfarudin / Anis / Julaila) atau e-melkan ke: industry.relations@cidbholdings.com.my


Wakil Yayasan Peneraju di 03-2727 9080 (Haslina) atau e-melkan ke penerajuskil@yayasanpeneraju.com.my

SEMAKAN ONLINE BAGI SENARAI TASKA YANG BERDAFTAR DAN DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN

Semakan online bagi senarai TASKA yang berdaftar dan diiktiraf oleh kerajaan bagi tahun 2018/2019.

Artikel ini adalah bagi membantu para ibubapa/penjaga bagi membuat semakan yang sepatutnya sebelum mendaftarkan anak-anak memasuki taska ataupun pusat asuhan di seluruh Malaysia.

Sehingga kini, kita banyak mendengar isu-isu pusat Taska/Asuhan yang mendera anak-anak kecil dibawah jagaan mereka. Bagi pusat Taska yang berdaftar dan diiktiraf oleh kementerian pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat perkara seperti ini tidak akan terjadi, ini adalah disebabkan pusat-pusat Taska/Asuhan ini mempunyai SOP yang perlu dipatuhi.


Kadar kelahiran yang tinggi di Malaysia menjadikan pusat Taska/Asuhan ini mempunyai permintaan yang tinggi, bagi Ibubapa/penjaga yang bekerja, mereka sudah semestinya akan menghantar anak-anak mereka ke pusat Taska/Asuhan.

Bagi menyemak senarai TASKA BERDAFTAR sila klik link ini.

SEMAK DISINI


Lihat juga:

Cara daftar SSPN
Cara menambah deposit SSPN i/SSPN i Plus secara Online
Tabung Pendidikan Colgate 2018 untuk anak-anak anda

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT(4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2019

Permohonan Online bagi kemasukan ke Tingkatan empat (4) ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi kemasukan pelajar tahun 2019 telah dibuka untuk permohonan.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperlawa pelajar-pelajar tingkatan tiga (3) tahun 2018 untuk membuat permohonnan secara online bermula pada 1 November 2018 sehingga 16 Disember 2019.

Ini adalah terbuka kepada anak-anak anda yang mempunyai kelayakan dan telah mengambil peperiksaan Pernilaian Tafsiran 3 (TP3) adalah digalakan untuk membuat permohonan dengan segera untuk mengelakan tercicir daripada permohonan.

Lihat Juga:

Permohonan Online kemasukan ke timgkatan 1 SBP tahun 2019
Syarat Umum kemasukan ke MRSM
Syarat Umum Kemasukan ke MRSM tingkatan 4

PANDUAN AM PERMOHONAN

  • Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
  • Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab  pemohon dan boleh menyebabkan PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
  • PEMOHON DIKEHENDAKI MENYEMAK semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum MENCETAK.
  • Pengemaskinian boleh dilakukan SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN

PANDUAN KHUSUS DAN PANDUAN PERMOHONAN

Maklumat 1-5 akan dipaparkan berdasarkan data daripada lembaga peperiksaan Malaysia

  • NAMA PEMOHON
  • NO. KAD PENGENALAN
  • ANGKA GILIRAN
  • JANTINA
  • KOD DAN NAMA SEKOLAH
  • KEWARGANEGARAAN
  • AGAMA
  • KETURUNAN
  • STATUS MURID
  • PILIHAN SBP - Hanya satu Pilihan SBP sahaja dan adalah WAJIB diisi. *Penawaran tidak tertakluk kepada sekolah yang di pohon.
  • PILIHAN ALIRAN - Sila Nyatakan Pilihan Aliran Pemohon bagi setiap SBP yang dipilih.
  • NAMA BAPA Sila nyatakan Nama Penuh Bapa Kandung atau Bapa Angkat berdaftar pada Sijil Lahir.
  • NO. MYKAD BAPA Sila nyatakan No. Mykad Bapa.
  • KEWARGANEGARAAN BAPA
  • PEKERJAAN BAPA-Sila nyatakan pekerjaan bapa pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan
  • SEKTOR PEKERJAAN BAPA
  • BAPA MERUPAKAN ALUMNI SBP- Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
  • NAMA IBU Sila nyatakan Nama Penuh Ibu Kandung atau Ibu Angkat berdaftar seperti pada Sijil Lahir.
  • NO. MYKAD IBU- Sila nyatakan No. Mykad Ibu.
  • KEWARGANEGARAAN IBU
  • PEKERJAAN IBU -Sila nyatakan Pekerjaan Ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.
  • SEKTOR PEKERJAAN IBU
  • IBU MERUPAKAN ALUMNI SBP- Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
  • NAMA PENJAGA-Sila nyatakan nama penuh penjaga pemohon dengan mengisi maklumat berkaitan
  • HUBUNGAN PENJAGA DENGAN MURID-Sila nyatakan hubungan penjaga dengan pemohon dengan mengisi maklumat berkaitan.
  • PENDAPATAN BULANAN BAPA/PENJAGA- Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan bapa/penjaga pemohon dengan memilih maklumat berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
  • PENDAPATAN BULANAN IBU- Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
  • BILANGAN TANGGUNGAN
  • ALAMAT SURAT MENYURAT

Isikan ruangan yang disediakan dengan alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

Perhatian : Sila gunakan singkatan yang mudah difahami jika ruang yang disediakan tidak mencukupi.

Isikan alamat anda dalam ruangan disediakan:
Contoh:Jika alamat anda ialah 'No. 191 Taman Kota Idaman, Jalan Damansara, 60405 KUALA  LUMPUR', isikan:
ALAMAT POS
NO 191, TAMAN KOTA IDAMAN
JALAN DAMANSARA
POSKOD : 60405
BANDAR : KUALA LUMPUR


  • POSKOD- Isikan ruangan poskod dengan betul.
  • NEGERI- Sila pilih nama negeri tempat tinggal pemohon.
  • BANDAR- Sila pilih nama bandar pemohon.
  • NOMBOR TELEFON BIMBIT. (Rujuk Info)-Sila nyatakan Nombor Telefon Bimbit yang boleh dihubungi.
  • NOMBOR TELEFON- Sila nyatakan Nombor Telefon Rumah atau Pejabat yang boleh dihubungi.

untuk membuat permohonan sila klik link ini https://sst4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm