PERMOHONAN ONLINE DAN TAWARAN BIASISWA KERAJAAN JEPUN(MONBUKAGAKUSOHO:MEXT) YOUNG LEADER'S PROGRAM TAHUN 2019

Permohonan online bagi tawaran biasiswa kerajaan jepun(monbukagakusho:mext) Young Leader's Program tahun 2019. Bagi mereka yang mempunyai niat untuk melanjutkan pengajian adalah diperlawa untuk membuat permohonan.


Bagi generagi muda yang mempunyai niat untuk ingin berjaya dalam bidang yang khusus, Program pemimpin muda(Young Leader's Program-YLP) membuka peluang kepada anda, Sebuah program biasiswa akademik yang dianugerahkan oleh kementerian pendidikan, kebudayaan, sains dan teknologi(MEXT) dari kerajaan Jepun. Tujuan utama adalah menyediakan profesional muda dari negara-negara yang berbeza untuk peranan kepimpinan masa depan dalam bidang masing-masing dengan membolehkan mereka meneruskan pengajian peringkat sarjana di universiti pilihan Jepun.

Objektif 

1. Membina pemimpin kebangsaan masa depan di negara-negara Asia dan rantau lain
2. Buat rangkaian manusia yang komprehensif di kalangan pemimpin negara
3. Mewujudkan hubungan mesra antara negara-negara yang terlibat, termasuk Jepun
4. Meningkatkan kualiti perancangan dasar di negara peserta

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat untuk memohon kemudahan Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Young Leaders’ Programme (YLP) Scholarships for 2019 bagi pengajian peringkat Sarjana secara sepenuh masa.

BIDANG TAJAAN

Pemohon biasiswa YLP boleh memilih dalam mana-mana bidang pengajian yang berikut:

(1) Pentadbiran Perniagaan,
(2) Undang-undang,
(3) Sekolah Kerajaan – Pentadbiran Awam,
(4) Tadbir Urus Tempatan. Tempoh satu tahun program ini ditetapkan untuk dimulakan pada bulan Oktober 2019 dan kelas akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.

Lihat Juga:


KAEDAH PERMOHONAN

Semua permohonan YLP diproses melalui pihak autoriti yang mengesyorkan secara spesifik untuk setiap kursus. Untuk borang permohonan, garis panduan, dan pertanyaan lain mengenai YLP, sila rujuk pautan di bawah:


Tarikh tutup permohonan adalah 12 Oktober 2018

Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan sila Hubungi:

HUBUNGI

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
Telefon: 03-8885 3546



MOHE SETARA 2017 BAGI KEDUDUKAN UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MALAYSIA

(MOHe) SETARA 2017 bagi kedudukan universiti-universiti di Malaysia, Penilaian SETARA adalah menyelaras semula metrik penilaian Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (HE)


Ia direka bentuk untuk membantu universiti untuk membina asas yang kuat iaitu menyampaikan tiga fungsi teras (pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan) melalui metrik penilaian dan penilaian yang sesuai. Ia juga dibangunkan untuk mempromosikan kecemerlangan institusi secara keseluruhan serta mengenali kepelbagaian di kalangan institusi.

Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HLI) terbahagi kepada tiga kategori: -


  • Universiti matang: Universiti dengan sekurang-kurangnya 15 tahun penubuhan
  • Universiti yang berkembang: Universiti dengan kurang daripada 15 tahun penubuhan
  • Kolej Universiti: Kolej Universiti 
University College dan Emerging University diharapkan dapat menyatukan profil institusi dan pengajaran. Walaupun Universiti Mature dijangka melibatkan lebih banyak aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan. Hanya HLI dengan kohort lepasan diberi nilai.




Berikut adalah keputusan SETARA 2017 mengikut kategori



6 STAR- OUTSTANDING


  1. INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY
  2. MONASH UNIVERSITY MALAYSIA
  3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  4. UNIVERSITI MALAYA
  5. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  6. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
  7. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  8. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

5 STAR- EXCELLENT 

  1. CURTIN UNIVERSITY SARAWAK MALAYSIA
  2. SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS
  3. THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA CAMPUS
  4. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
  6. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
  7. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  8. UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
  9. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
  10. ASIA PACIFIC UNIVERSITY OF TECHNOLOGY & INNOVATION
  11. INTERNATIONAL CENTRE FOR EDUCATION IN ISLAMIC FINANCE
  12. MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY
  13. SUNWAY UNIVERSITY
  14. UCSI UNIVERSITY
  15. TAYLOR’S UNIVERSITY
  16. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
  17. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
  18. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
  19. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN
  20. KOLEJ UNIVERSITI SAINS PERUBATAN CYBERJAYA
  21. LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE


4 STAR- VERY GOOD

  1. AIMST UNIVERSITY
  2. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  3. UNIVERSITI MULTIMEDIA
  4. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  5. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  6. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
  7. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  8. AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY
  9. ASIA E UNIVERSITY
  10. CITY UNIVERSITY
  11. INTI UNIVERSITY
  12. MAHSA UNIVERSITY
  13. MALAYSIAN INSTITUTE FOR SUPPLY CHAIN INNOVATION
  14. NEWCASTLE UNIVERSITY MEDICINE MALAYSIA
  15. PERDANA UNIVERSITY
  16. SEGI UNIVERSITY
  17. UNIVERSITI HELP
  18. UNIVERSITI INFRASTRUKTUR KUALA LUMPUR
  19. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
  20. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
  21. UNIVERSITI NILAI
  22. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
  23. UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
  24. KDU UNIVERSITY COLLEGE
  25. KOLEJ UNIVERSITI HOSPITALITI BERJAYA
  26. KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
  27. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
  28. KOLEJ UNIVERSITI TATI
  29. KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ANTARABANGSA TWINTECH


3 STAR-GOOD

  1. OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
  2. UNIVERSITI SELANGOR
  3. ASIA METROPOLITAN UNIVERSITY
  4. MALAYSIA UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY
  5. MANIPAL INTERNATIONAL UNIVERSITY
  6. UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY
  7. UNIVERSITI TEKNOLOGI KREATIF LIMKOKWING
  8. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN
  9. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
  10. KOLEJ UNIVERSITI WIDAD
  11. KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLEGE
  12. LINTON UNIVERSITY COLLEGE



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); 2 STAR- SATISFACTORY

  1. QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK
Lihat juga:

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPARUH MASA UiTM BAGI GOLONGAN BEKERJA

Permohonan Online program Diploma dan Sarjana Muda separuh Masa UiTM bagi golongan bekerja telah dibuka untuk permohonan  bermula 03 September 2018. ini adalah untuk sesi kemasukan pengambilan MAC 2019.



Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Melalui Institut Pendidikan Neo (iNED) telah membuka peluang kepada golongan yang bekerja untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Sarjana Muda(kepujian) dalam bidang yang ditawarkan oleh UiTM. Melalui Program separuh Masa UiTM ini, golangan yang bekerja dapat memberikan masa mereka untuk melanjutkan pelajaran.

Salah satu syarat penting di mana-mana organisasi, Taraf pendidikan adalah amat penting untuk memajukan organisasi tersebut, maka peluang talah dibuka kepada anda yang berminat untuk memajukan diri dalam bidang yang anda ceburi.


BERIKUT ADALAH PANDUAN PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)


  • Setiap permohonan akan dikenakan bayaran WANG PROSES sebanyak RM15 (tidak akan dikembalikan). Bayaran perlu dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengambilan Pelajar iNED. 
  • Sila Baca SYARAT KEMASUKAN terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan, untuk mengenalpasti program yang akan dipohon.
  • Sila pastikan anda mengisi semua maklumat yang BETUL dan TEPAT di dalam borang permohonan. Ruang bertanda (*) Wajib diisi. Pihak UiTM berhak menolak permohonan jika maklumat yang diisi didapati tidak benar.
  • Sila pastikan anda membuat semakan keatas maklumat yang telah diisi di dalam borang permohonan anda dengan teliti. Pastikan anda menekan butang SAH dan Hantar bagi menghantar borang permohonan.
  • Permohonan yang dibuat selepas tarikh tutup akan diproses untuk sesi pengambilan sesi akan datang.
  • Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 30 orang bilangan pelajar yang mendaftar bagi setiap program dan kampus.Calon yang layak tetapi tidak ditawarkan kerana tidak mencukupi 30 orang pelajar akan ditawarkan program pilihan yang lain atau ditawarkan pada sesi pengambilan akan datang.

*Tertakluk kepada pindaan.

Lihat Juga:


SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan adalah mengikut program yang ditawarkan.

sila klik pautan dibawa untuk melihat syarat kelayakan dan juga program ditawarkan


Permohonan untuk kemasukan ke program ini bolehj dibuat melalui link ini PERMOHONAN UiTM

Untuk mendapatkan bantuan, anda boleh hubungi number phone dibawah:


Bhg Pengambilan Pelajar

 03-5544 2609 / 03-5544 8351 / 03-5544 8353

Bantuan Teknikal

 03-5544 8174


SKIM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB)

Skim Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hadiah latihan persekutuan separa biasiswa (HLPSB) adalah satu penajaan oleh kerajaan persekutuan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk mengikuti pengajian lanjutan secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara atau di Luar negara.



Bagi kakitangan kerajaan yang merupakan pegawai kumpulan P&P yang sedang berkhidmat dan telah di sahkan perkhidmatannya adalah layak untuk mendpatkan HLPSB, ini adalah bertujuan untuk membantu mereka.

Penajaan TIDAK termasuk pegawai perkhidmatan bukan gunasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Agensi/Badan Berkanun yang telah diswastakan/dikorporatkan/diasingkan sistem saraannya.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan P&P yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan
  • Umur tidak melebihi 46 tahun bagi pengajian PhD dan 50 tahun bagi pengajian Sarjana
  • Purata markah LNPT 85% ke atas bagi 3 tahun berturut-turut dan genap 12 bulan bagi setiap tahun
  • Telah mendapat kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya berbaki 3 semester pada tarikh tutup permohonan
  • Tidak mendapat penajaan daripada agensi penaja yang lain bersih dari pertuduhan/tindakan tatatertib telah terima tawaran dan memulakan pengajian

Lihat juga:



PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI :

Unit Penawaran Dalam Perkhidmatan
Emel : penawaranldp@jpa.gov.my
03-8885 3546

SEMAKAN SECARA ONLINE BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA BAGI TAHUN 2018

Semakan secara online bantuan kewangan ASASI Institusi PengajianTInggi Awam (IPTA) bagi tahun 2018 kini boleh dibuat melalui website ini.



Bagi mereka yang mendapat tempat dan tawaran bagi mengikuti pengajian asasi di IPTA yang terpilih di Malaysia, Pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan tajaan untuk membantu mereka yang telah mendapat tempat di IPTA yang terpilih.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu anda, menerusi program bantuan kewangan asasi IPTA. anda ada diberikan bantuan berbentuk wang Tunai, ini adalah bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mahasiswa/mahasiswa yang ingin memulakan pengajian di peringkat ASASI.

Anda boleh melakukan semakan sama ada anda layak menerima bantuan kewangan asasi atau sebaliknya melalui pautan laman rasmi KPM di bawah.



Lihat Juga:



Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

HUBUNGI

Sebarang bertanyaan, sila hubungi:

Unit SLAB/SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Talian Hotline : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839

TAWARAN DAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN BAGI SESI TAHUN 2019

Tawaran dan Permohonan sekolah kawalan bagi sesi Tahun 2019 dibuka kepada calon-calon murid-murid UPSR tahun 2018 untuk membuat permohonan. ini adalah untuk sesi kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2019.


kementerian pendidikan Malaysia(KPM) memperlawa murid-murid yang mengambil UPRS tahun 2018 untuk membuat permohonan. bermula pada tahun 2018, permohonan online bagi kemasukan ke Sekolah Kawalan tidak lagi dibuka kepada umum, Permohonan mestilah melalui Borang Manual edaran pendidikan Negeri atau pun melalui sekolah rendah masing-masing.

Berikut adalah jenis sekolah kawalan yang terdapat di Malaysia

  1. Sekolah Kawalan / Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  2. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  4. Kelas Kawalan/ Kelas Premier
  5. Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  6. Kelas Aliran Agama (KAA)
Lihat Juga:

PANDUAN DAN CARA KEMASKINI MAKLUMAT EMAIL DAN NO. TELEFON SECARA ONLINE DI PORTAL PTPTN

Panduan dan cara kemaskini maklumat email dan No. telefon secara Online di Portal PTPTN  boleh dibuat pada bila-bila masa saja.


Pengemaskian Maklumat peminjam PTPTN adalah amat penting dilakukan oleh abda yang mempunyai pinjaman pengajian PTPTN. adalah adalah kerana pihak PTPTN perlu memberikan anda info yang terbaharu (jika ada) pada bila-bila masa.

Maklumat seperti Email dan No. Telefon adalah satu maklumat yang wajib diberikan oleh peminjam kepada Pihak PTPTN.

Jika dahulunya, untuk mengemaskini maklumat anda perlu ke kuanter PTPTN yang terdekat dengan anda untuk berurusan, tetapi sekarang anda boleh melakukan traksaksi ini melalui Pc, Laptop, Tablet ataupun Smart Phone anda pada bila-bila masa dan dimana-mana anda berada.

Melalui Portal PTPTN anda boleh melakukan pengemaskinian butiran maklumat anda.

Sila masuk ke Link ini >> https://www.ptptn.gov.my/mail/Utama


Pautan seperti diatas akan kelaur di screen anda, sila log masuk dengan memasukkan malumat seperti No. MyKad anda dan No. Pinjaman anda dan tekan Log Masuk untuk proses yang seterusnya.

Sila lengkapkan maklumat anda seperti yang dikehendaki dalam borang online tersebut.

Lihat Juga:


PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN BAGI PENGAMBILAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI DISEMBER 2018

Permohonan Online bagi kemasukan pengambilan politeknik dan kolej Komuniti sesi disember 2018, telah dibuka bermula pada 10 Ogos 2018 jam 5.00 petang.


Peluang dibuka kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian di politeknik dan Kolej Komuniti. Kementerian Pendidikan Malaysia(KPT) memperlawa lepasan sijil SPM, Politeknik, Kolej Komuniti , Institut Pertanian, Perda-Tech, Kemahiran Mara dan Kemahiran Malaysia yang berkelayakan untuk membuat permohonan bagi program sijil dan Diploma Politeknik dan Kolej Komuniti.


Bagi mereka yang ingin memohon program Pra diploma,Sijil dan Diploma anda boleh buat melalui link ini >> http://www.politeknik.edu.my/eborang/logineborang.asp

Bagi mereka yang inigin memohon program Sijil Kemahiran Khas anda boleh buat melalui link ini >> http://www.politeknik.edu.my/eborang/loginkhas.aspx

Nota Penting

  • Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak
Lihat Juga:

PERMOHONAN UITM DESTINI ANAK BANGSA- TAWARAN KEMASUKAN ATLET BERPRESTASI TINGGI

Permohonan online UiTM destani anak bangsa, Tawaran bagi kemasukam Atlet Berprestasi Tinggi bagi tahun 2018 kini sedang dibuka untuk permohonan.


UiTM membuka permohonan bagi atlet negeri mahupun negara untuk membuat permohonan masuk ke Pra-Diploma Perdangan (Sepenuh Masa). Melalui program Destani Anak Bangsa UiTM pelajar berpeluang untuk membuat permohonan terus tanpa melalui permohonan ke UA melalui UPU.

Syarat-syarat kemasukan


  • Warganegara Malaysia
  • Keputusan SPM tidak boleh melebihi daripada 5 tahun daripada tahun semasa
  • Atlet Negeri atau Atlet Negara
  • 3 Subjek kredit/kepujianh termasuk bahasa Melayu, Lulus bahasa Inggeris, matematik dan lulus sejarah(mula digunapakai 2013)

Cara Permohonan

Calon hendaklah memuat turun borang melalui online dan serahkan kembali selepas melengkapkan info yang diperlukan pada borang tersebut ke Cawangan UiTM bagi proses yang selanjutnya.

Borang permohonan boleh didapati melalui online

  >>  https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD

Dokument Sokongan bagi permohonan

  1. Kad pengenalan dan sijil lahir calon,ibu dan Bapa
  2. Sijil Kematian/cerai bagi Ibu dan Bapa(Bagi yang berkenaan)
  3. Sijil SPM Ulangan 2011-2016
  4. Slip gaji atau pengesahan pendapatan Ibu /Bapa
  5. Sijil Sukan tertinggi 2017-2017
Lihat Juga:

SEMAKAN ONLINE & SMS KEPUTUSAN MUET SESSION 2 BAGI TAHUN 2018

Semakan online keputusan MUET session 2 bagi tahun 2018, kepada anda yang mengambil peperiksaan Malaysia University English Test (MUET) sama ada calon melalui sekolah menengah (form 6) ataupun calon persendirian anda boleh membuat semakan keputusan anda sekarang.

Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (DEGREE) anda wajib untuk mengambil Malaysian University English Test (MUET), ini adalah salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

Sistem Online untuk semakan keputusan MUET telah dibuka bermula pada 14 September 2018 jam 10.00 pagi dan tarikh akhir adalah pada 13 Oktober 2018 sehingga jam 6.00 pm

untuk membuat semakan online anda boleh ke Link ini.

>> Semakan keputusan MUET session 2, 2018



selain daripada itu, anda juga boleh membuat semakan melalui SMS:

MUET  RESULT  No.KP & SMS ke 15888

lihat Juga:





SYARAT DAN TIPS KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA(MRSM) BAGI TINGKATAN 1 DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Syarat dan tips kemasukan ke maktab rendah sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 1 di semenanjung Malaysia. Sistem permohonan Online bagi MRSM akan dibuka kepada umum bagi membuat permohonan bagi setiap tahun.


Bagi mereka yang mempunyai anak yang berada di tahun 6 bagi tahun semasa, kemungkinan anda ingin membuat permohonan bagi kemasukan ke MRSM untuk anak anda. berikut adalah syarat yang perlu anda tahu sebelum melakukan permohonan.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi
dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan
berintegriti. MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM BAGI TAHUN SEMASA yang berminat serta cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke tingkatan 1 MRSM  di Semenanjung Malaysia.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan
rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai berkeperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  •  Memiliki sikap diri yang positif.
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.Memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering
and Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM, adalah seperti berikut:
  1. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) 
  • Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

  • Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil subjek Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiah selain subjek teras yang lain.

iii. MRSM Program SPMRSM Cambridge IGCSE

  • Program SPMRSM Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah Sistem Pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE dalam tempoh lima tahun pengajian. Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di tingkatan empat dan SPM semasa di tingkatan lima.

iv. MRSM Program SPMRSM IB Middle Years Programme (MYP)

  • Program SPMRSM IB MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.

iv. MRSM Program SPMRSM Teknikal

  • SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu kejuruteraan robotik, kejuruteraann mekanikal dan kejuruteraan elektrikal dari Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

A. CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE :
Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu secara dalam talian (online). Pemohon perlu layari laman web berikut untuk mendapatkan kata laluan permohonan. https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Pengambilan kata laluan permohonan adalah percuma.

B. MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE :
Sila rujuk Lampiran 1. Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

C. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OSA)

Pemohon juga perlu menjawab Online Self-Assessment bagi subjek Keperibadian dan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan. Pemohon perlu mengisi nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment adalah tertakluk kepada MRSM
Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan. Cetakan borang permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu dibawa ke pusat ujian semasa UKKM.

D. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)
DAN TEMUDUGA

Pemohon yang layak menduduki UKKM akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Kelayakan menduduki UKKM ini akan dimaklumkan selepas keputusan UPSR diumumkan. Pemohon perlu log masuk semula ke dalam sistem permohonan melalui laman web
https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp untuk memilih pusat ujian UKKM. Pemilihan pusat ujian ini akan dibuka selama seminggu. Sila rujuk laman web MARA dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh dan pusat ujian yang telah dipilih berdasarkan kekosongan. Pemohon yang berjaya ditawarkan UKKM mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah
disahkan ke pusat ujian yang dipilih.

D. TARIKH TUTUP

Tarikh akhir permohonan secara online adalah tertakluk kepada MRSM

Lihat juga:



E. MAKLUMAT TAMBAHAN

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online tidak akan dipertimbangkan. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

SYARAT UMUM DAN TIPS KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BAGI TINGKATAN 4 SEMENANJUNG MALAYSIA

Syarat umum dan tips bagi kemasukan ke maktab rendah sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 4 semenanjung Malaysia. Setiap tahun MRSM akan membuka permohonan melalui online untuk kemasukan ke Tingkatan 4 di semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan sarawak.


Bagi mereka mempunyai niat untuk memasuki ke MRSM tingkatan 4 anda perlu mengetahui beberapa syarat sebelum membuat permohonan anda.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu,
teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang
yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TINGKATAN TIGA bagi tahun semasa berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 pada setiap tahun di Semenanjung Malaysia.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga
berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.
Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan
memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
Memiliki sikap diri yang positif.

  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.
Terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM, adalah seperti berikut:

i)MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM)
  • Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) MRSM Program SPMRSM Teknikal
SPMRSM Teknikal
  • Menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. 

MRSM Sains Keusahawanan
  • SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui subjek prinsip perakaunan dan ekonomi asas.

A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  • Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolahdi Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaranMatematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.

B. CARA MEMOHON KATA LALUAN :

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu secara dalam talian (online). Pemohon perlu layari laman web berikut untuk mendapatkan kata laluan permohonan.

https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

Pengambilan kata laluan permohonan adalah percuma.

C. MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE :

Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp.
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara.gov.my

D. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OSA)
Pemohon juga perlu menjawab Online Self-Assessment bagi subjek Keperibadian dan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan. Pemohon perlu mengisi nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment. Cetakan borang permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu dibawa ke pusat ujian semasa UKKM.

Lihat Juga:


D. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh yang ditetapkan. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
secara online. Pemohon perlu membawa cetakan borang permohonan dan
semua dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian yang telah dipilih.
NOTA : Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar borang permohonan secara online tidak akan dipertimbangkan.

E. SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM
Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3  (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematikdan Sains.

F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

Tarikh akhir permohonan secara online adalah ditetapkan pada setiap tahun oleh MRSM, sila rujuk link ini >> Permohonan Online MRSM 


SEMAKAN SENARAI LENGKAP MAKTAB RENDAH SAINS MARA(MRSM) DI MALAYSIA

Semakan senarai lengkap maktab sains rendah MARA (MRSM) di Malaysia terkini, bagi ibubapa yang mempunyai anak yang telah berjaya mendapatkan penempatan di MRSM sama ada Tingkatan 1 mahupun Tingkatan 4, sudah mestinya anda ingin berurusan dengan MRSM di tempat anak anda ditempatkan.



Bagi memudahkan urusan, Berikut adalah senarai untuk semakan lengkap bagi Maktab Sains Rendah MARA(MRSM) di seluruh Malaysia.

Maktab Rendah Sains MARA

MRSM Pengkalan Chepa 
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan
No. Tel.: 09-7738252, 7738396
No. Faks. : 09-7738254

MRSM Kuantan
Jalan Tok Sira, Alor Akar
25250 Kuantan, Pahang
No. Tel.: 09-5674439, 5675194
No. Faks.:09-5674644

MRSM Kuala Terengganu 
Wakaf Tengah
Mengabang Telipot
21030 Kuala Terengganu
Terengganu
No.Tel : 09-6696344, 6696345
No. Faks. : 09-6696087

MRSM Muar 
Km 10 Jalan Bakri
84200 Muar,
Johor
No. Tel.: 06-9866201, 9866202
No. Faks. : 06-9866300

MRSM Tun Ghafar Baba 
Jalan Simpang Kerayong
77000 Jasin, Melaka
No.Tel : 06-5291443, 5291677
No. Faks. : 06-5291915

MRSM Balik Pulau 
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
No. Tel.: 04-8669493, 8669499
No. Faks.: 04-8668371

MRSM Taiping  
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping, Perak
No. Tel.: 05-8073022, 8084228
No. Faks. : 05-8077627

MRSM Terendak 
76200 Terendak,
Melaka
No.Tel : 06-3571009, 3573008
No.Faks : 06-3573049

MRSM Beseri 
Batu 8 1/2,
Jalan Kaki Bukit
01000 Kangar,
Perlis
No. Tel.: 04-9381489, 9381488
No. Faks. : 04-9381363

MRSM Kuala Berang
Pejabat Pos Kuala Berang
Peti Surat 31
21700 Kuala Berang
Terengganu
No.Tel : 09-6812586, 6812573
No. Faks. : 09-6812486

MRSM Pasir Tumboh
Desa Darulnaim
16150 Pasir Tumboh, Kelantan
No. Tel.: 09-7650067, 7651866
No. Faks. : 09-7654132

MRSM Kuala Klawang
Jalan Titi, Kuala Klawang
71600 Jelebu, Negeri Sembilan
No. Tel.: 06-6112561, 6112568
No. Faks. : 06-6112567

MRSM PDRM Kulim 
PKN Polis Hutan (PPH)
KM 5, Jalan Junjung
09000 Kulim, Kedah
No. Tel.: 04-4905640, 4905658
No. Faks. : 04-4900084

MRSM Serting 
Bandar Baru Serting
72100 Serting
Negeri Sembilan
No. Tel.: 06-4582013, 4582010
No. Faks.: 06-4582011

MRSM Gerik 
Bukit Nasah, Kenayat
Peti Surat 7,
33300 Gerik, Perak
No. Tel.: 05-7913272, 7910273
No. Faks. : 05-7910270

MRSM Kuching
Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 Kuching
Sarawak
No. Tel.: 082-447439, 447589
No. Faks. : 082-447435

MRSM Muadzam Shah 
Pesiaran Dara
Bandar Muadzam Shah
26700 Muadzam Shah, Pahang
No. Tel.: 09-4523424, 4523425
No. Faks. : 09-4523423

MRSM Kota Putra 
Jalan Bukit Keluang
22200 Besut
Terengganu
No. Tel.: 09-6957688, 6957699
No. Faks. : 09-6957677

MRSM Langkawi 
Lot PT 2146
Jalan Kisap, Mukim Kuah
07000 Langkawi, Kedah
No. Tel.: 04-9698201, 9698204
No. Faks. : 04-9664528

MRSM Lenggong 
Changkat Berangan
33400 Lenggong
Perak
No. Tel.: 05-7671200, 76

MRSM Mersing  
Lot 2824, Km 6
Jalan Jamaluang
86800 Mersing, Johor
No. Tel.: 07-7995520, 7995179
No. Faks. : 07-7993316

MRSM Pendang 
Jalan Jenun
06750 Pendang
Kedah
No.Tel : 04-7583851, 7583857, 7583858
No.Faks : 04-7593855
MRSM Jeli  (2001)
Kg Gemang
17700 Ayer Lanas
Kelantan
No. No. Tel.: 09-946 7884, 9467885
No. Faks. : 09-9467886

MRSM Tun Dr Ismail 
Jalan Benut, Jelutong
82100 Ayer Baloi
Pontian, Johor
No. Tel.: 07-6933744, 6933745
No. Faks. : 07-6933746

MRSM Tun Ghazali Shafie 
Km 7 Jalan Kuala Lipis
27200 Kuala Lipis
Pahang
No. Tel.: 09-3121162, 3123030
No. Faks.: 09-3121389

MRSM Kota Kinabalu  
Peti Surat 50167
88722 Putatan
Kota Kinabalu
Sabah
No. Tel.: 088-755213, 755214
No. Faks.: 088-755209

MRSM Transkrian 
Mukim Transkrian
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang
No. Tel.: 04-5941877, 5941889
No. Faks. : 04-5941876

MRSM Batu Pahat  
Jalan Simpang Lima Separap
83000 Batu Pahat
Johor
No. Tel.: 07-4102977, 4102864
No. Faks. : 07-4102545

MRSM Kuala Kubu Bharu
KM 8 Jalan Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Baru
Selangor
No. Tel.: 03-60643944, 60643907
No. Faks. : 03-60643949

MRSM Kuala Krai
Kampung Padang Sembilan
Km 4, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang,
18000 Kuala Krai
Kelantan
No. Tel.: 09-9669060, 9660060
No. Faks. : 09-9606066

MRSM  Pasir Salak
KM 4, Jalan Tanjung Tualang
36800 Kampung Gajah
Perak
No. Tel.: 05-6313349, 6313549
No. Faks. : 05-6313116

Lihat Juga:

MRSM Besut 
Jalan Tembila
Kampung Raja
20200 Besut
Terengganu
No. Tel.: 09-6958468, 6958462
No. Faks.: 09-6956044

MRSM  Gemencheh 
Lot P.T. 6016 dan 5282 Mukim Gemencheh
Kampung Sungai Dua, Jalan Besar
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
No. Tel.: 06-4348528, 4348755
No. Faks. : 06-4348384

MRSM  Alor Gajah
Lot 1720,
Mukim Ayer Pa'abas
78000 Alor Gajah
Melaka
No. Tel.: 06-5520001, 5520010
No. Faks. : 06-5520140

MRSM  Kubang Pasu
Lot 1929 (Lot Lama 518), Jalan Kampung Gelong
Kampung Hutan Terabak,
Mukim Gelong, Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra, Kedah
No. Tel.: 04-9170695, 04-9170697
No. Faks. : 04-9170699

MRSM  Merbok
Di Atas Lot 1413, 1315, 1315 dan PT 1408 
Jalan Taman Bujang
Mukim Bujang
08400 Daerah Kuala Muda, Kedah
No. Tel.: 04-4575762, 04-4575764
No. Faks. : 04-4575671

MRSM  Kepala Batas
Lot 8784, Mukim 6
Jalan Bertam
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
No. Tel.: 04-5755542, 5755650
No. Faks. : 04-5755496

MRSM Tun Mustapha 
Peti Surat 61275,
91022 Tawau,
Sabah
No. Tel.: 089-911655
No. Faks. : 089-911544

MRSM Felda (Trolak) 
Jalan Meranti 2,
Felda Jaya Utara,
35600 Sungkai, Perak
No. Tel.: 05-4388499
No. Faks. : 05-4388599

MRSM Pengkalan Hulu
Lot2097, Lot 2103
KM 1, Jalan Baling
33100 Pengkalan Hulu, Perak
No. Tel.: 04-4778427
No. Faks. : 04-4778489

MRSM Bentong 
Lot 2650 dan 1945,
KM 63 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak,
Mukim Bentong, 28700 Bentong, Pahang
No. Tel.: 09-2222869 
No. Faks. : 02-2222936  
MRSM Betong  
Lot 175, Entaban Land District,
Jalan Feeder
95700 Betong, Sarawak
No. Tel.: 083-471652, 471606
No. Faks. : 083-471617

Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP)
Changkat Berangan
33400 Lenggong
Perak
No. Tel : 05-7968472
No. Faks : 05-7676461
MRSM Mukah
Lot 910, Blok 76, Mukah Land District
Jalan Service Centre
Peti Surat 1296
96400 Mukah, Sarawak
No. Tel.: 084 - 874207, 084 - 874095
No. Faks. : 084 - 874208

MRSM Tun Abdul Razak
Pulau Serai, KM 9, Jalan Kuantan - Pekan,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
No.Tel : 09-4260175/176
No. Faks. : 09-4260170
MRSM Tumpat 
Lot 1090 & Lot 1405, Mukim Tujoh,
Jalan Pengkalan Kubor,
16200 Pengkalan Kubor,
Tumpat, Kelantan
No. Tel.: 09-7215015
No. Faks. : 09-7215002

MRSM Baling
Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman
No.Tel : 04-4702882
No. Faks. : 04-4702800
MRSM Parit 
Lot 3836,
Mukim Belanja
32800 Daerah Perak Tengah
Perak
No. Tel.  :  05 - 377 5002 / 5003 (am)
No. Faks.  :  05 - 377 5004

MRSM Johor Bahru
PTD 198869, Persiaran Sinaran Ilmu
Bandar Seri Alam
81780 Masai
Johor Darul Takzim
No. Tel.: 07 - 387 7201, 387 7202
No. Faks. : 07 - 387 7204

MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
Education Hub
Batu 10, Jalan Sungai Batang
90000 Sandakan
Sabah
No. Tel.: 089 - 225609
No. Faks. : 089 - 225610

MRSM Sultan Azlan Shah
KM13, Jalan Kangsar-Gerik
33020 Liman Kati
Kuala Kangsar
Perak
No. Tel.: 05-7524900, 05-7524902 
No. Faks. : 05-7524901

MRSM YT Ketengah
Jalan Sultan Sulaiman
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Al-Muktafi Billah Shah
Tel : 09-8221133
No. Fax: 09-8221099

MRSM Sungai Besar
Mukim Sungai Panjang
45300 Sabak bernam
Selangor
No. Tel : 03-32161243
No. Faks : 03-32161504

MRSM Arau
Jalan ULU Pauh
FELCRA Ulu Pauh
02600 Pauh, Perlis


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});MRSM Semporna 
Kampung Bantayan
Jalan Tagasan
91308 Semporna, Sabah

Semoga info ini akan dapat membantu anda.

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 MRSM BAGI SESI 2019

Permohonan online kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM bagi sesi kemasukan 2019. Permohonan telah dibuka kepada pelajar UPSR tahun 6 dan Pelajar PT3 Tingkatan 3 untuk membuat permohonan tanpa menunggu keputusan rasmi dikeluarkan.



Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM). bagi calon yang berminat anda digesa untuk membuat permohonan secepat mungkin. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.


Permohonan Online dibuka bermula pada 9 September 2018 dan akan ditutup pada 30 November 2018 sebelum tengah malam.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3.

Permohonan Online boleh dibuat melalui link ini.
>> permohonan tingkatan 1 MRSM <<
>> permohonan tingkatan 4 MRSM <<

TAWARAN BIASISWA YAYASAN SIME DARBY- PROGRAM SARJANA MUDA (INDONESIA)

Tawaran Biasiswa yayasan Sime Darby- program Sarjana Muda (Indonesia). yayasan sime darby memperlawa yang berkelayakan untuk membuat permohonan.


Bagi Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang berkelayakan dan juga pemegang diploma dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh MQA untuk membuat permohonan bagi tajaan biasiswa penuh bagi melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di universiti di Indonesia yang diluluskan oleh YSD.

YSD sedang mencari calon Malaysia yang cemerlang yang telah mencapai pencapaian akademik yang cemerlang, menunjukkan kualiti kepimpinan yang cemerlang serta menumpukan masa untuk memberi kesan kepada masyarakat menerusi aktiviti kokurikulum mereka.

syarat-syarat 

  • Rakyat Malaysia;
  • Umur 25 tahun atau lebih rendah;
  • STPM / Diploma (minimum CGPA sekurang-kurangnya 3.00);
  • Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan sebanyak RM10,000 dan ke bawah;
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, acara sukan dan khidmat masyarakat;
  • Kualiti kepimpinan yang kuat melalui pelbagai kedudukan kepimpinan yang diadakan di sekolah dan masyarakat;
  • Kemahiran komunikasi yang baik.

Nota penting: Calon-calon yang berminat yang berada pada tahun pertama mereka (semester 1 & semester 2) di universiti tempatan teruja untuk memohon.

Bidang pengajian 

Kursus berkaitan Kejuruteraan dan Sains:

  • Kejuruteraan mekanikal
  • Pertanian dan Perladangan berkaitan

Nota: Biasiswa untuk kursus selain daripada yang disebutkan di atas tidak tersedia.

Lihat juga:


Senarai universiti di Indonesia yang diterima oleh YSD untuk program biasiswa:

  1. Institut Teknologi Bandung (ITP)
  2. Institut Pertanian Bogor (IPB)

Biasiswa penuh termasuk yuran tuisyen, elaun hidup, elaun buku, elaun komputer, elaun perkapalan, dan tiket penerbangan untuk permulaan dan akhir pengajian.

Penerima biasiswa akan berpeluang menjalani Program Pembangunan Sarjana dan pengalaman pendedahan kerja melalui latihan dalam Kumpulan Syarikat Sime Darby.

Setelah tamat pengajian, para sarjana akan dikehendaki berkhidmat untuk Kumpulan Syarikat Sime Darby selama 5 hingga 6 tahun, bergantung kepada nilai biasiswa.

Bagi permohonan online akan dibuka setiap awal tahun.
sila lihat disini untuk permohonan Biasiswa

SEMAKAN ONLINE PENYATA PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN

Semakan online penyata pinjaman pendidikan PTPTN, kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


Hari ini, hampir semua transaksi yang anda ingin lakukan boleh melalui online, dan kita boleh katakan "semua dihujung jari anda" termasuklah transaksi semakan penyata pinjaman pendidikan PTPTN. Dengan ini anda boleh membuat semakan melalui Komputer anda ataupun melalui smart Phone anda.

Bagi mereka yang pernah belajar di Institusi pengajian Tinggi (IPT) samaada AWAM mahupun SWASTA sudah semestinya anda ada membuat pinjaman pendidikan PTPTN untuk membayar yuran pengajian anda. Dan pembayaran balik pinjaman wajib kepada peminjam PTPTN.

Lihat Juga:


Melalui Penyata Online pinjaman pendidikan PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik anda. jadi anda boleh melihat semua transaksi yang anda telah buat dengan mudah, tepat dan pantas.

Cara-cara membuat semakan.

Anda perlu click link ini >> https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
dan pautan seperti dibawah akan keluar di screen anda.


  • Sila masukan nombor Kad Pengenalan anda dan click





PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TINGGI (SPIN)-YAYASAN PELAJARAN MARA

Permohonan skim pembiayaan pendidikan tinggi(SPIN)- yayasan pelajaran Mara memperlawa permohonan kepada yang berkelayakan.


Skim Pembiayaan Pendidikan Tinggi (SPIN) diwujudkan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan sekolah untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian tinggi yang diiktiraf dan berdaftar di bawah SPIN YPM.

Pelaksanaan Program Peluang Kedua bukan sekadar langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tetapi ia juga merupakan usaha dalam memberi dorongan dan sokongan kepada mereka yang memperolehi keputusan akademik yang sederhana dan tidak mendapat tempat atau tawaran dimana-mana institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan juga tidak memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kemudahan pembiayaan pendidikan yang disediakan membolehkan golongan pelajar ini mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Pra-Diploma, Sijil Am dan Profesional, Sijil Kemahiran dan Asas (Foundation) yang mana selalunya tidak mendapat tajaan atau tidak banyak kemudahan pembiayaan dari badan-badan penaja utama atau sedia ada.

MISI

  • Memberi peluang kedua kepada pelajar Bumiputera yang tercicir meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti berkelayakan.
  • Membuka peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar dengan mengamalkan konsep "Train & Place".
  • Menyumbang kepada keperluan tenaga mahir negara dengan membiayai kursus-kursus kemahiran yang menjamin kebolehpekerjaan.
  • Menerapkan nilai jati diri dan nasionalisme kepada kumpulan sasaran.
  • Melebarkan jaringan "networking" dengan rakan strategik pendidikan YPM dan rakan industri.

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kedua kepada pelajar Melayu dan Bumiputera yang tercicir meneruskan pengajian.
  • Menyumbang kepada keperluan tenaga kerja mahir.
  • Membantu usahawan pendidikan Bumiputera.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

FAEDAH - FAEDAH

Kumpulan Sasaran

  1. Peluang kedua untuk menyambung pengajian.
  2. Meningkatkan taraf sosio  ekonomi keluarga.
  3. Meningkatkan taraf pendidikan.
  4. Meningkatkan jati diri dan nasionalisme.
  5. Penyumbang


Mendapat tolakan cukai pendapatan

  1. Melahir dan memperkukuhkan usahawan Bumiputera dalam bidang pendidikan
  2. Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  3. Membantu mengurangkan keciciran pelajar Bumiputera.
  4. Mempromosi syarikat penyumbang.
  5. Amal Jariah

 PERMOHONAN PEMBIAYAAN

1. SYARAT - SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  • Pemohon mestilah seorang Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah telah menerima tawaran kemasukan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Pra-Diploma, Asas (Foundation), Matrikulasi, Sijil Kemahiran atau peringkat lain dan di dalam bidang atau kursus pengajian yang diluluskan oleh YPM serta di institusi pengajian tinggi yang berdaftar di bawah SPIN.
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
  • Pemohon tidak menerima bantuan/pinjaman pendidikan penuh dari mana-mana badan penaja/pihak.

2. PENYALURAN PEMBIAYAAN

  • Jumlah pembiayaan tertakluk kepada kadar maksima seperti diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan YPM.
  • Pembiayaan dilakukan HANYA kepada pelajar yang mengikuti pengajian sehingga TAMAT kursus pengajian yang diambil.
  • Pembiayaan yuran pengajian akan disalurkan terus kepada institusi pengajian tinggi dan mengikut kadar yang diluluskan bagi kursus pengajian yang diikuti oleh pelajar. 
Lihat Juga:

3. TATACARA PERMOHONAN DAN KELULUSAN

  • Institusi yang berhasrat untuk berdaftar dengan YPM boleh menghubungi pegawai YPM bagi tujuan permohonan pendaftaran.
  • Kelulusan permohonan bergantung kepada penilaian YPM dan terhad kepada jumlah peruntukan tahunan yang ada.
  • Melengkapkan Borang Permohonan Skim Dana Pendidikan Tinggi SPIN yang boleh diperolehi di Institusi berdaftar dengan YPM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); 4. PROGRAM / KURSUS PENGAJIAN

Setiap program atau kursus pengajian yang dibiayai MESTILAH telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia, (Malaysian Qualifications Agency(MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia atau lain-lain Badan Pensijilan yang diiktiraf.

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi

Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273


PROGRAM JANGKA MASA PENDEK INSTITUT KEMAHIRAN MARA DITAWARKAN

Program jangka masa pendek institut kemahiran Mara ditawarkan, bersesuaian dengan Tvet yang ingin diterapkan oleh pihak MARA. Program yang ditawarkan ini adalah salah satu Program yang memberikan kemahiran yang baik kepada pelajar sebelum masuk ke alam pekerjaan.


IKM ini juga memberikan peluang kemahiran yang baik kepada belia-belia yang kurang daripada segi keputusan akademik mereka, mereka yang dilatih oleh tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah dan juga yang mempunyai pengalaman dalam bidang mereka.

Program jangka masa pendek dalam kemahiran selalunya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk satu tahap kemahiran yang diambil.

Buat masa ini, ada 11 institut kemahiran MARA yang menawarkan program Jangka Masa Pendek iaitu:
  • Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman, Terengganu
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Johor
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong, Perak
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan, Pahang
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka
  • Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu
  • Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya, Selangor
  • Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah
  • Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak
Lihat Juga: