HEBAHAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN BAGI TAHUN 2022

Permohonan Biasiswa penuh TunKU Abdul Rahman bagi tahun 2022 telah dibuka kepada yang berkelayakan, sehubungan dengan itu, anda diminta membuat permohonan dengan cepat agar tidak tercicir.



BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR)- (IJAZAH SARJANA MUDA)

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) ialah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar berpotensi tinggi, layak dan mempunyai cita-cita tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Memandangkan Biasiswa memberi tumpuan kepada pembangunan holistik dan kecemerlangan berasaskan nilai, penerima Biasiswa akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memberi impak positif dalam komuniti mereka sekarang dan pada masa hadapan.

 

Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan serta berminat boleh membuat permohonan di laman web http://www.yayasantar.org.my/ dan untuk maklumat terkini,pelajar boleh  ikuti laman sosial YTAR di https://linktr.ee/yayasantar


Tarikh Tutup permohonan adalah  31 Mac 2022