PROGRAM PENERAJU SKIL-CIDB MALAYSIA & YAYASAN PENERAJU (PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN)

Permohonan online bagi kemasukan sesi Januari/Februari 2019 kini dibuka kepada yang kelayakan untuk mengikuti program peneraju skil bagi program pegawai keselamatan dan kesihatan Permohonan akan ditutup pada 15 Disember 2018


Program ini adalah sebuah program  kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Yayasan Peneraju. Menurut Seksyen 29 (2) OSHA 1994 mengatakan keperluan bagi setiap majikan untuk menggaji Orang Yang Kompeten sebagai Pegawai Keselamatan & Kesihatan ditempat kerja. Tugas pegawai ini adalah untuk memastikan pematuhan kepada akta serta mempromosi kod keselamatan pekerjaan ditempat kerja. Program ini direka untuk memenuhi
keperluan akta tersebut dan secara khususnya kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peraturan 1997. Peserta juga boleh mendaftar sebagai Orang Yang Kompeten* bagi Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) 

Lihat Juga:


Syarat-syarat Permohonan 
  • Bumiputera warganegara Malaysia Berumur 21 – 40 tahun
  • Mempunyai ijazah Sarjana Muda / Diploma dalam bidang Pembinaan dengan minima 3
  • tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan Kesihatan & Keselamatan ATAU Memperolehi sijil SPM/SPMV/MCE dengan minimum 6C untuk subjek BM, BI, Matematik dan 8E untuk Sains dan lulus 2 subjek lain dengan minima 5 tahun
  • pengalaman dalam bidang Kesihatan & Keselamatan Sihat tubuh badan
  • Sedang dan boleh bekerja di tapak pembinaan serta luar daerah


Peluang yang ditawarkan kepada pelatih Peneraju Skil Safety & Health Officer
  • Peluang pekerjaan dalam industri Pembinaan semenanjung Malaysia.


Bayaran yang dikenakan kepada calon 
  • Program Peneraju Skil Safety & Health Officer adalah program pembiayaan pendidikan boleh ubah. Pelatih hanya perlu membayar balik jumlah maksimum 20% kepada Yayasan Peneraju.


Program ini di buka kepada calon daripada semua negeri

Ya, program ini di buka kepada calon dari seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, latihan akan dijalankan di Training Room, CIDBH sahaja.

Peluang pekerjaan selepas tamat latihan

Tawaran pekerjaan di dalam bidang Pembinaan akan diberikan kepada pelatih selepas tamat tempoh latihan. Pelatih akan diberi peluang untuk bekerja dalam bidang Pembinaan bergantung kepada prestasi pelatih sepanjang kursus dijalankan.


Permohonan boleh dibuat disini, sila klik MOHON


Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Wakil CIDB Holdings di 03-4042 8880 (Isfarudin / Anis / Julaila) atau 


Wakil Yayasan Peneraju di 03-2727 9080 (Haslina) atau