PERMOHONAN ONLINE BAGI SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS) PELAJAR IPT 2018/2019

Permohonan Online bagi Sumbangan pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) pelajar IPT 2018/2019, Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM 3,100,000.00 untuk membantu anak-anak kelahiran selangor yang sedang menuntut di IPT. Permohonan telah dibuka bermula pada 25 November 2018 , jam 12.01 malam sehingga 31 Januari 2019 jam 11.59 malam.


Anda adalah diperlawa untuk membuat permohonan bagi mendapatkan sumbangan ini. dan permohonan haruslah dibuat melalui online. Jika peruntukan telah mencapai had yang telah ditetapkan Permohonan akan ditutup lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan kepada umum.

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

SYARAT-SYARAT 

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Piv)Permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon)
  5. Pv)Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.
Dokument yang perlu disediakan dan perlu di muat naik melalui online
  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  • Bil api/bil air
  • Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji)
  • Borang/Surat Pengesahan Belajar Terkini
  • Borang Pengesahan Permastautinan Terkini
  • Penyata Akaun Bank (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  • Kad OKU (Jika Berkenaan)
  • Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
*Nota:Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
  1. Sijil
  2. Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  3. Diploma/Diploma Lanjutan
  4. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  5. Ijazah Sarjana (Master)
  6. Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon.
Lihat Juga:


Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Bagi permohonan yang telah diluluskan, anda akan menerima sebanyak RM 700.00

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan melayari laman web LZS di www.zakatselangor.com.my/spzas. Maklum balas status permohonan juga akan diemelkan kepada pemohon.


Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Talian Zakat Selangor 1300-88-4343