PROGRAM BANTUAN KEWANGAN KEPADA PELAJAR KOLEJ KOMUNTI- KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program bantuan kewangan kepada pelajar Kolej Komuniti (Kementerian Pendidikan Malaysia) KPM, adalah salah satu bantuan yang disediakan oeleh kerajaan untuk membantu pelajar yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.


Kolej Komuniti adalah sebuah kolej yang dimiliki oleh Kerajaan dibawah kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kolej ini menawarkan program kemahiran kepada pelajar-pelajarnya.


OBJEKTIF

Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.


GOLONGAN SASARAN

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

PERINGKAT PENGAJIAN

Sijil


TEMPAT PENGAJIAN

Kolej Komuniti


SYARAT

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil) ;
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Lihat Juga:



PERMOHONAN / PERTANYAAN

Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839