SISTEM SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) SESI 2018/2019

Sistem semakan online keputusan peperiksaan semester bagi program matrikulasi ( PSPM) sesi 2018/2019. Kepada calon PSPM anda boleh membuat semakan melalui online.


Melalui portal rasmi kementerian pendidikan Malaysia (KPM), calon-calon PSPM semester 1 dan 3 2018/2019 boleh mula membuat semakan online pada 5 Disember 2018 (Rabu) jam 10.00 pagi.

bagi membuat semakan calon boleh mengunakan beberapa kaedah iaitu:

a) LAMAN WEB
    Layari   http://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan
    Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Matrik

b) KOLEJ MASING-MASING
    Edaran slip keputusan peperiksaan.

c) TELEFON
    i. Kolej masing-masing.
    ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4108 atau 03-8884 4083.

Perhatian: Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019.

Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

Update: portal rasmi KPM