PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA PENERAJU HUFFAZ PINTAR 2019 - YAYASAN PENERAJU

Permohonan Program Biasiswa Peneraju Huffaz Pintar 2019 (Yayasan Peneraju) Tawaran Program Biasiswa Peneraju Huffaz Pintar kini dibuka untuk permohonan.


Sebuah program Biasiswa yang di anugerahkan oleh Yayasan Peneraju yang bertujuan melahirkan Huffaz yang cemerlang daripada kalangan B 40 dan Asnaf Tahfiz

Nama Program: PENERAJU HUFFAZ PINTAR (Pengajian Akademik Fast Track SPM & Pra SPM)

Tajaan Bersama: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) & Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)

Institusi Pengajian: Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah (AITAF), Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Keutamaan kami :

  • Mengutamakan adab, akhlak, disiplin dan sifat terpuji.
  • Cemerlang adab, akhlak dan disiplin, inshallah pasti cemerlang akademik.
  • Seminar Kerjaya & Halatuju Pelajar Huffaz
  • Guru pakar SPM yang berpengalaman mengajar pelajar huffaz.
  • Lokasi pengajian yang kondusif dan bertaraf kolej
  • Khidmat nasihat pengajian IPT dalam & luar negara
  • Jadual harian akademik berteraskan madrasah iaitu pengulangan hafazan Al-Quran
  • Bantuan kewangan disediakan kepada yang layak(dgn syarat tertentu)


Syarat-syarat Kelayakan:

Calon yang ingin melakukan permohonan di bawah program biasiswa ini perlu memenuhi kriteria berikut:


  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Berumur 16-17 tahun sahaja bagi program Pra SPM selama 2 tahun
  • Berumur 17-18 tahun sahaja bagi program Fast Track SPM selama 1 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan atau dalam kategori Asnaf
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk (keutamaan diberikan kepada huffaz 30 juzuk dan syahadah)
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar daripada sekolah tahfiz yang berdaftar
  • Benar-benar berminat mengikuti pengajian akademik dan pengulangan hafazan


Cara Memohon

1)Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman rasmi AITAF di https://my03.awfatech.com/akademifalah/sps/edaftar/reg.php
2) Penajaan terhad untuk 80 orang pelajar sahaja
3) Sila muat turun kedua-dua borang di bawah:
Borang Biasiswa (Pengesahan)
Borang Biasiswa (Senarai Semak)

Tarikh tutup: 21 November 2018.

Hubungi

Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Admin AITAF : 03 60345725
wasap.my/60162113424
wasap.my/601120891224

Laman Rasmi