SYARAT UMUM DAN TIPS KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BAGI TINGKATAN 4 SEMENANJUNG MALAYSIA

Syarat umum dan tips bagi kemasukan ke maktab rendah sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 4 semenanjung Malaysia. Setiap tahun MRSM akan membuka permohonan melalui online untuk kemasukan ke Tingkatan 4 di semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan sarawak.


Bagi mereka mempunyai niat untuk memasuki ke MRSM tingkatan 4 anda perlu mengetahui beberapa syarat sebelum membuat permohonan anda.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu,
teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang
yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TINGKATAN TIGA bagi tahun semasa berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 pada setiap tahun di Semenanjung Malaysia.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga
berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.
Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan
memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
Memiliki sikap diri yang positif.

  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.
Terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM, adalah seperti berikut:

i)MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM)
  • Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) MRSM Program SPMRSM Teknikal
SPMRSM Teknikal
  • Menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. 

MRSM Sains Keusahawanan
  • SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui subjek prinsip perakaunan dan ekonomi asas.

A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  • Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolahdi Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaranMatematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.

B. CARA MEMOHON KATA LALUAN :

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu secara dalam talian (online). Pemohon perlu layari laman web berikut untuk mendapatkan kata laluan permohonan.

https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

Pengambilan kata laluan permohonan adalah percuma.

C. MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE :

Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp.
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara.gov.my

D. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OSA)
Pemohon juga perlu menjawab Online Self-Assessment bagi subjek Keperibadian dan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan. Pemohon perlu mengisi nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment. Cetakan borang permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu dibawa ke pusat ujian semasa UKKM.

Lihat Juga:


D. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh yang ditetapkan. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
secara online. Pemohon perlu membawa cetakan borang permohonan dan
semua dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian yang telah dipilih.
NOTA : Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar borang permohonan secara online tidak akan dipertimbangkan.

E. SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM
Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3  (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematikdan Sains.

F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

Tarikh akhir permohonan secara online adalah ditetapkan pada setiap tahun oleh MRSM, sila rujuk link ini >> Permohonan Online MRSM