PROGRAM SKIM BANTUAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN PENDIDIKAN MARA (SBKP)

Program skim bantuan Khas pendidikan Yaysan Pendidikan Mara (SBKP) adalah satu program yang membantu pelajar-pelajar yang ditimpa kesusahan akibat kemalangan ataupun bencana.


Satu pendekatan yang dibuat oleh Yayasan Pendidikan Mara (YPM) untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesusahan. khususnya Bumiputera, yang ditimpa kesusahan akibat kemalangan atau bencana untuk meneruskan pembelajaran mereka. Ini termasuk pembelajaran di sekolah ataupun di mana-mana institusi pengajian.

MISI


  • Untuk memastikan SBKP berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat walaupun ditimpa bencana.
  • Untuk memastikan SBKP berperanan sebagai pemangkin kepada memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pelajar agar berada pada peringkat terunggul.
  • Untuk menjalinkan rangkaian strategik bersama individu dan agensi berpotensi dalam memastikan pelajar miskin terbela dan pendidikan diperkasa.
  • Untuk memastikan SBKP sentiasa meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian dana bantuan persekolahan YPM.
  • Untuk memastikan bantuan yang bakal disalurkan sampai dan bermakna kepada pelajar miskin.
  • Untuk memastikan kakitangan SBKP sentiasa boleh menerima inisiatif-inisiatif baru dari aspek pengukuhan modal insan.
  • Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan kepada budaya kerja cepat, tepat dan betul diterapkan di dalam budaya kerja kakitangan SBKP.


OBJEKTIF

Memberi bantuan kewangan untuk membantu perbelanjaan bagi meneruskan persekolahan selepas ditimpa bencana alam/kemalangan.

Memastikan pelajar Bumiputera yang mengalami kesusahan mampu meneruskan persekolahan.

Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.

Memberi sokongan moral kepada ibubapa/keluarga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.

FAEDAH - FAEDAH

Pelajar

  • Nasib terbela.
  • Keperluan sekolah.
  • Bantuan kewangan.
  • Meneruskan persekolahan.

Penyumbang
  • Tolakan cukai
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • YPM sebagai penyelaras aktiviti "hassle - free".
  • Boleh memilih lokasi sasaran.
  • Boleh memilih kumpulan sasaran.


KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

  1. Bumiputera warganegara Malaysia;
  2. Sedang belajar, samada di sekolah/institusi pengajian kerajaan atau swasta;
  3. Mengalami kesusahan yang mengganggu aktiviti pembelajaran akibat daripada sesuatu kemalangan atau bencana;
  4. Mengemukakan permohonan bertulis;
  5. Mendapat pengesahan pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan.


JENIS BANTUAN

Bantuan Segera

Sejumlah wang diberikan kepada pemohon bagi mengurangkan kesusahan akibat daripada kemalangan atau bencana yang menimpa pemohon/keluarga pemohon. Jumlah maksima Bantuan Segera ialah dihadkan kepada RM500.00 sahaja bagi setiap keluarga mengikut budi bicara Ketua Pegawai Eksekutif YPM berdasarkan Laporan Penilaian yang dikemukakan.

Lihat Juga:

Bantuan Dana Ehsan-YPM
Senarai harga bagi pembelian pin BSN untuk Pendidikan
Program Bantuan Kewangan pelajar kolej komuniti

Bantuan Pakaian, Peralatan dan Kemudahan Pembelajaran

Sejumlah wang yang diperlukan bagi membiayai perolehan pakaian, peralatan atau kemudahan yang musnah/hilang akibat sesuatu kemalangan atau bencana. Jumlah bantuan ini adalah mengikut jumlah sebenar perbelanjaan dan tertakluk kepada Prosedur Perolehan YPM.

Sila lihat di sini, portal rasmi YPM


PERMOHONAN DAN KELULUSAN

Permohonan boleh dikemukakan kepada YPM dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian dan keputusan Pengurusan YPM.

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #sbp