PANDUAN DAN TIPS MENGISI BORANG ONLINE BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI - KPM DI MALAYSIA

Kepada calon-calon sijil pelajaran Malaysia ( SPM) yang berminat untuk membuat permohonan online bagi kemasukan ke program Matrikulasi kementerian pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi TERKINI. anda disarankan untuk mendapatkan dan rujukan sebelum membuat apa-apa permohonan.


Berikut adalah panduan dan tips untuk mengisi borang permohonan online bagi kemasukan ke program matrikulasi kementerian pendidikan Malaysia(KPM).

Tatacara permohonan dalam talian.

1. Layari laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my

2. Klik pada menu Permohonan Baru

3. Masukkan No Kad Pengenalan dan no PIN. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan

4. Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan seperti senarai di bawah. (untuk panduan mengisi permohonan)


BAHAGIAN A (Pilihan Jurusan,Kolej dan Maklumat Peribadi)

1. Kategori Pemohon (Jenis sekolah pemohon)
A. Pemohon Dari Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
B. Pemohon Dari Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan Negeri
C. Pemohon Dari Maktab Rendah Sains Mara (Mrsm)
D. Pemohon Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas.
E. Pemohon Dari Sekolah Swasta
F. Lain-Lain (Selain Daripada Senarai Di Atas)

(Sila klik senarai yang berkaitan dengan jenis sekolah anda. Jika anda dari sekolah Bantuan Kerajaan, sila klik butang yang berkaitan)

2. Pilihan Jurusan/Aliran
(Sains)
(Kejuruteraan)
(Perakaunan)
(Perakaunan Profesional)

(Sila klik senarai jurusan/aliran pilihan anda. Jika anda memilih Jurusan Perakaunan, sila klik senarai yang berkaitan. Pastikan jurusan yang dipilih
layak dengan mata pelajaran SPM yang anda daftar)

3.a) Pilihan Kolej Yang Pertama
  b) Pilihan Kolej Yang Kedua
  c) Pilihan Kolej Yang Ketiga

Sila lihat senarai kolej matrikulasi di sini >> kolej matrikulasi 

(Sila klik kolej pilihan anda yang berbezamengikut keutamaan iaitu pilihan 1pilihan 2 dan pilihan 3 untuk anda ditempatkan sekiranya berjaya. Walau bagaimanapun anda diingatkan bahawa penempatan berdasarkan kekosongan tempat / logistik dan anda tidak dijamin mendapat tempat yang anda pilih)


4. Nama (Sedia ada)
5. Angka Giliran SPM (Sedia ada)
6. Kod Sekolah (Sedia ada)
7. No Kad Pengenalan (Sedia ada)
8. Tarikh Lahir Sedia ada ( Boleh diubah )
9. Kewarganegaraan Calon (Sila klik senarai yang berkaitan)
10. Jantina Calon (Sila pilih jantina)
11. Agama Calon (Sila klik senarai yang berkaitan)

12. Status OKU (Ya atau Tidak)
Jika Ya, Sila lengkapkan maklumat berikut:
No OKU
Kategori OKU (Tahap OKU Sila klik senarai dan lengkapkan maklumat yang berkaitan)

13. Bilangan Adik-beradik (Isi jumlah bilangan adik-beradik)
14. Mempunyai kembar (sila klik yang berkaitan)
15. NoKP Kembar (Jika ada kembar) (Isi ruangan yang disediakan)

BAHAGIAN B (Maklumat Keluarga dan Waris Terdekat)

Pelajar tinggal dengan (Sila lengkapkan semua maklumat yang mana berkenaan sahaja)

2. Jumlah Tanggungan
- Termasuk isteri dan anak yang tidak bekerja (Sila pilih jumlah tanggungan daripada
senarai yang diberi. Jika tiada tanggungan, sila pilih 0)
3. Pendapatan Keluarga Isi pendapatan keluarga. (Contoh 3000)
4. Nama Waris Kecemasan (Sila lengkapkan nama waris)
5. No. Telefon Waris Kecemasan (Isi maklumat nombor telefon)

6. Hubungan dengan pelajar SAUDARA MARA / WARIS KELUARGA ANGKAT (Sila klik senarai yang berkaitan)

Bahagian C (Alamat Tetap)

1. Alamat Tetap

(Sila taip alamat anda yang tetap dan terkini. Jika terlalu panjang, sila gunakan
singkatan.Contoh : BANDAR BARU SIMPANG PERTANG Jadikan : BB SPG PERTANG)

1. Pengakuan

(Sila baca dengan teliti. Anda tidak perlu menandatangani pengakuan dalam
borang permohonan melalui internet ini tetapi anda tertakluk terhadap
pengakuan ini. Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar dan saya bersetuju jika maklumat ini palsu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak menolak permohonan ini, menarik kembali
atau menamatkan pengajian saya di Program Matrikulasi pada bila-bila masa.)


semoga info ini berguna dan dapat membantu anda .

dapatkan info pendidikan di Malaysia melalui >> mypendidikanmalaysia.com