PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT(4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2019

Permohonan Online bagi kemasukan ke Tingkatan empat (4) ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi kemasukan pelajar tahun 2019 telah dibuka untuk permohonan.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperlawa pelajar-pelajar tingkatan tiga (3) tahun 2018 untuk membuat permohonnan secara online bermula pada 1 November 2018 sehingga 16 Disember 2019.

Ini adalah terbuka kepada anak-anak anda yang mempunyai kelayakan dan telah mengambil peperiksaan Pernilaian Tafsiran 3 (TP3) adalah digalakan untuk membuat permohonan dengan segera untuk mengelakan tercicir daripada permohonan.

Lihat Juga:

Permohonan Online kemasukan ke timgkatan 1 SBP tahun 2019
Syarat Umum kemasukan ke MRSM
Syarat Umum Kemasukan ke MRSM tingkatan 4

PANDUAN AM PERMOHONAN

  • Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
  • Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab  pemohon dan boleh menyebabkan PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
  • PEMOHON DIKEHENDAKI MENYEMAK semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum MENCETAK.
  • Pengemaskinian boleh dilakukan SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN

PANDUAN KHUSUS DAN PANDUAN PERMOHONAN

Maklumat 1-5 akan dipaparkan berdasarkan data daripada lembaga peperiksaan Malaysia

  • NAMA PEMOHON
  • NO. KAD PENGENALAN
  • ANGKA GILIRAN
  • JANTINA
  • KOD DAN NAMA SEKOLAH
  • KEWARGANEGARAAN
  • AGAMA
  • KETURUNAN
  • STATUS MURID
  • PILIHAN SBP - Hanya satu Pilihan SBP sahaja dan adalah WAJIB diisi. *Penawaran tidak tertakluk kepada sekolah yang di pohon.
  • PILIHAN ALIRAN - Sila Nyatakan Pilihan Aliran Pemohon bagi setiap SBP yang dipilih.
  • NAMA BAPA Sila nyatakan Nama Penuh Bapa Kandung atau Bapa Angkat berdaftar pada Sijil Lahir.
  • NO. MYKAD BAPA Sila nyatakan No. Mykad Bapa.
  • KEWARGANEGARAAN BAPA
  • PEKERJAAN BAPA-Sila nyatakan pekerjaan bapa pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan
  • SEKTOR PEKERJAAN BAPA
  • BAPA MERUPAKAN ALUMNI SBP- Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
  • NAMA IBU Sila nyatakan Nama Penuh Ibu Kandung atau Ibu Angkat berdaftar seperti pada Sijil Lahir.
  • NO. MYKAD IBU- Sila nyatakan No. Mykad Ibu.
  • KEWARGANEGARAAN IBU
  • PEKERJAAN IBU -Sila nyatakan Pekerjaan Ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.
  • SEKTOR PEKERJAAN IBU
  • IBU MERUPAKAN ALUMNI SBP- Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
  • NAMA PENJAGA-Sila nyatakan nama penuh penjaga pemohon dengan mengisi maklumat berkaitan
  • HUBUNGAN PENJAGA DENGAN MURID-Sila nyatakan hubungan penjaga dengan pemohon dengan mengisi maklumat berkaitan.
  • PENDAPATAN BULANAN BAPA/PENJAGA- Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan bapa/penjaga pemohon dengan memilih maklumat berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
  • PENDAPATAN BULANAN IBU- Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
  • BILANGAN TANGGUNGAN
  • ALAMAT SURAT MENYURAT

Isikan ruangan yang disediakan dengan alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

Perhatian : Sila gunakan singkatan yang mudah difahami jika ruang yang disediakan tidak mencukupi.

Isikan alamat anda dalam ruangan disediakan:
Contoh:Jika alamat anda ialah 'No. 191 Taman Kota Idaman, Jalan Damansara, 60405 KUALA  LUMPUR', isikan:
ALAMAT POS
NO 191, TAMAN KOTA IDAMAN
JALAN DAMANSARA
POSKOD : 60405
BANDAR : KUALA LUMPUR


  • POSKOD- Isikan ruangan poskod dengan betul.
  • NEGERI- Sila pilih nama negeri tempat tinggal pemohon.
  • BANDAR- Sila pilih nama bandar pemohon.
  • NOMBOR TELEFON BIMBIT. (Rujuk Info)-Sila nyatakan Nombor Telefon Bimbit yang boleh dihubungi.
  • NOMBOR TELEFON- Sila nyatakan Nombor Telefon Rumah atau Pejabat yang boleh dihubungi.

untuk membuat permohonan sila klik link ini https://sst4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm