BIASISWA YAYASAN KUOK 2017

Biasiswa Yayasan Kuok 2017/2018 – Tawaran Biasiswa Yayasan Kuok sesi akademik 2017/2018 kini dibuka untuk permohonan.


Yayasan Kuok Berhad (Yayasan Kuok) menawarkan biasiswa untuk membantu pelajar miskin yang mahu melanjutkan pengajian di universiti Awam (UA) di Malaysia dan Singapura. Tawaran adalah membabitkan pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa untuk sesi akademik pada tahun 2017/2018.


Bagi UA ia meliputi Biasiswa Kuok Keng Kang bernilai RM15,000 setahun, Biasiswa Goh Ing Sing untuk Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM) bernilai RM15,000 setahun, Biasiswa Kuok Khoon Hong sebanyak RM15,000 setahun dan Biasiswa Wilmar bernilai RM15,000 setahun.
Manakala biasiswa untuk UA Singapura pula adalah Biasiswa Wilmar bernilai RM27,000 dan Biasiswa Yayasan bernilai RM85,000 setahun untuk pelajar baharu yang menerima Geran Yuran Pengajian Kementerian Pendidikan Singapura.
Pinjaman bebas faedah
Calon yang layak tetapi tidak dipilih untuk biasiswa itu akan dipertimbangkan untuk Bantuan Kewangan Pinjamandermasiswa Yayasan Kuok.
Bahagian pinjaman adalah bebas faedah dan perlu dibayar balik secara ansuran bulanan selepas tamat pengajian.
Nilai Bantuan Kewangan Pinjamandermasiswa Yayasan Kuok bernilai dari RM12,000 hingga RM14,000 setahun bergantung kepada kursus pengajian di UA di Malaysia, manakala UA Singapura adalah bernilai RM27,000 setahun.
Bagi pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di laman sesawang www.kuokfoundation.com dan tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2017.
INFO: Pelajar yang belajar kursus diploma, luar kampus, matrikulasi dan asas tidak layak untuk memohon.
Sila kemukakan SATU borang permohonan sahaja. Pemohon akan dipertimbangkan untuk semua kategori anugerah sewajarnya. Untuk muat turun borang permohonan, klik di SINI.
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.