KARNIVAL PENDIDIKAN MALAYSIA 2018 - TARIKH DAN LOKASI


Sudahkah anda bersedia untuk menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018? Kepada anda yang berkeinginan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya di universiti-universiti awam Malaysia, inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pengajian lanjutan di institut pengajian tinggi mengikut kursus pilihan anda!

Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang juga dikenali sebagai Kanival Jom Masuk IPT ini memberi peluang kepada anda untuk melanjutkan pengajian menerusi pameran pendidikan di sana.
Bagi memudahkan anda mengatur aktiviti anda sepanjang karnival berlangsung, berikut admin kongsikan kalendar karnival yang kini di sebanyak 16 zon mengikut lokasi dan tarikh.



Jangan lupa untuk atur jadual aktiviti anda dan ayuh turut serta bersama hadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 mulai 27 &2 8 JANUARI 2018 (Sabtu & Ahad). Lebih banyak dan sudah semestinya lebih hebat dari biasa. Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara, pembiayaan pendidikan, melalui sesi konsultasi bersama BPKP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang.