BIASISWA GAMUDA 2017

Biasiswa Gamuda 2017 – Tawaran Program Anugerah Biasiswa Gamuda sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan. Maklumat lanjut mengenai biasiswa Gamuda di bawah.



Selaras dengan cita-cita Kumpulan Gamuda untuk membangunkan individu yang serba boleh dan mampu untuk memacu pertumbuhan kumpulan itu, Program Anugerah Biasiswa Gamuda telah dicipta untuk menyediakan peluang kepada pelajar muda yang layak untuk menamatkan pengajian mereka, dalam masa yang sama mengasah pembangunan dalaman mereka untuk menjadi pemimpin masa depan Kumpulan ini.


KURSUS PENGAJIAN
  • Kejuruteraan (Awam / Mekanikal / Mekatronik / Elektrikal atau Alam Sekitar)
  • Ukur Bahan / Pengurusan Pembinaan
  • Sains Teknikal (Geologi / Geomatik)
  • Perbandaran & Perancangan Bandar
  • Sains Sosial / Business IT / Perakaunan
TAWARAN BIASISWA
Yuran dan perbelanjaan sara hidup
SYARAT KEPERLUAN
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan STPM terkini atau setaraf (contoh: A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma)
  • Seorang yang mahir dalam Bahasa Inggeris, memiliki kualiti kepimpinan, nilai-nilai yang betul dan watak, pembawaan, dan komitmen untuk mencapai kecemerlangan
  • Telah mendapat tempat di dalam mana-mana institusi bereputasi (iaitu universiti terbaik di dunia / Malaysia) pada masa temuduga untuk mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa
  • Menunjukkan keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan (contoh: dokumen sokongan kewangan)
  • Sanggup berkhidmat bersama Kumpulan Gamuda bagi tempoh yang ditetapkan selepas tamat pengajian
  • Tidak menjadi penerima biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain.
TEMPOH PERMOHONAN
Biasiswa Gamuda 2017 dibuka dari 12 Mac 2017 sehingga 11 April 2017.

KAEDAH PERMOHOAN
Permohonan adalah secara atas talian di laman sesawang rasmi Gamuda, layari pautan berikut untuk memulakan proses permohonan anda: https://ea.gamuda.com.my/eScholarship/eScholarship/Scholarship/online/Sch_Login.jsp