BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2018 – SARJANA DAN PHD


Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2018 – Tawaran Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2017 peringkat Sarjana dan PhD kini dibuka untuk permohonan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, pihak JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Komanwel New Zealand (New Zealand Commonwealth Scholarship) tahun 2018 bagi Pengajian Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini kini dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2017.


Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/how-to-
apply/#comm
.
Permohonan calon-calon bukan kakitangan Kerajaan hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand.


Manakala, calon-calon kakitangan Kerajaan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand dan juga memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  3. Umur tidak melebihi 39 tahun pada 12 Oktober 2018
  4. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  5. Telah mengisytiharkan harta;
  6. Mencapai Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2013, 2014 & 2015) atau (2014, 2015 & 2016);
  7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA
  9. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 12 Oktober 2018);
  10. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  11. Tiadak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
  12. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai

KAEDAH PERMOHONAN BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND

Calon perlu memohon secara online melalui laman web http://www.esilav2.jpa.gov.my dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan (1 asal dan 1 salinan fotostat) selewat-lewatnya pada 28 Mac 2018 ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

CALON KAKITANGAN KERAJAAN
Calon yang terdiri daripada Kakitangan Kerajaan perlu memohon secara online melalui laman web http://www.esilav2.jpa.gov.my dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand.
Selain itu, pegawai perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2018.