PENDIDIKAN MELALUI PENGALAMAN TERDAHULU- MQA APEL




Accreditation of Prior Experiential (APEL) atau dalam bahasa Melayunya Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu sesungguhnya memberi peluang kepada orang ramai untuk melanjutkan pelajaran.


Ia merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL telah lama diperkenalkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), tetapi ramai lagi yang tidak mengetahui mengenai APEL yang memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tiada kelayakan atau kurang kelayakan akademik untuk melanjutkan pengajian ke university awam dan institusi pengajian tinggi swasta. Secara amnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperolehi individu sama ada menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Ia juga program yang lebih unik kerana ia tidak menetapkan sebarang kelayakan akademik minimum, sebaliknya berdasarkan umur, pengalaman hidup dan kerjaya seseorang.

Program ini juga diwujudkan untuk menggalakkan seseorang individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal. Seterusnya, ini akan member peluang cerah dalam perkembangan kerjaya individu tersebut.
Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini, penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:-

*      Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);

*      Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);

*      Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); 
      dan
*      Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7) iaitu dalam empat bidang termasuklah pengurusan perniagaan, tekonologi maklumat, pendidikan dan persembahan seni.

Tambahan pula, program ini menyasar kepada kepelbagaian kemasukan dalam satu kelas pembelajaran, kepelbagaian komposisi pelajar dari lulusan minimum seperti Sijil Pembelajaran Malaysia (SPM) hingga golongan yang sudah bekerjaya dan bersara.
Oleh itu, orang ramai perlu merebut peluang menerusi APEL untuk memperbaiki kelayakan akademik masing-masing bagi meningkatkan kerjaya masing-masing.


Artikel : Nora