PERMOHONAN ONLINE SESI KE-2 KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UITM / ASASI UNDANG-UNDANG UITM DAN SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN PENERAPAN PRA DIPLOMA BAGI TAHUN 2018/2019

Permohonan online sesi ke-2 kemasukan program Diploma Uitm/ Asasi undang-undang dan sarjana muda sains senibina bagi lepasan SPM/setaraf dan penerapan pra diploma bagi tahun 2018


Bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajian di UITM anda diperlawa untuk membuat permohonan bagi sesi kemasukan yang ke-2. yang mula dibuka pada 9 Julai 2018 jam 12.00 tengah hari sehingga 27 Ogos 2018 jam 12.00 Tengah hari

Lihat Juga : Permohonan online Muet terakhir tahun 2018

i) DIPLOMA UITM (KEMASUKAN JAN 2019) 

ii) ASASI UNDANG-UNDANG UITM (KEMASUKAN NOVEMBER 2018)

iii) SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA (KEMASUKAN MAC 2019)

Panduan Sebelum Membuat Permohonan

1. Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]

2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan


3. Sila kenalpasti Kategori Anda


4. Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]

 Lihat juga: Permohonan online bagi program DPLI 2018 Universiti Malaya sesi ambilan SEPTEMBER 2018

Semasa Mengisi Borang Permohonan

1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda

2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)

3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda

4. Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan

5. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Jika diterima, anda boleh juga memohon pinjaman pelajaran PTPTN untuk membantu anda semasa dalam pembelajaran.

Selepas Membuat Permohonan

1. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.

2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.

3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Bagi mendapatkan info yang lanjut sila ke website UITM

{https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=D#dialog2}

BORANG PERMOHONAN ASASI DAN DIPLOMA




Lihat Juga Info berkenaan pendidikan di Malaysia >> www.mypendidikanmalaysia.com