SKIM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB)

Skim Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hadiah latihan persekutuan separa biasiswa (HLPSB) adalah satu penajaan oleh kerajaan persekutuan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk mengikuti pengajian lanjutan secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara atau di Luar negara.



Bagi kakitangan kerajaan yang merupakan pegawai kumpulan P&P yang sedang berkhidmat dan telah di sahkan perkhidmatannya adalah layak untuk mendpatkan HLPSB, ini adalah bertujuan untuk membantu mereka.

Penajaan TIDAK termasuk pegawai perkhidmatan bukan gunasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Agensi/Badan Berkanun yang telah diswastakan/dikorporatkan/diasingkan sistem saraannya.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan P&P yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan
  • Umur tidak melebihi 46 tahun bagi pengajian PhD dan 50 tahun bagi pengajian Sarjana
  • Purata markah LNPT 85% ke atas bagi 3 tahun berturut-turut dan genap 12 bulan bagi setiap tahun
  • Telah mendapat kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya berbaki 3 semester pada tarikh tutup permohonan
  • Tidak mendapat penajaan daripada agensi penaja yang lain bersih dari pertuduhan/tindakan tatatertib telah terima tawaran dan memulakan pengajian

Lihat juga:



PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI :

Unit Penawaran Dalam Perkhidmatan
Emel : penawaranldp@jpa.gov.my
03-8885 3546