PROGRAM JANGKA MASA PENDEK INSTITUT KEMAHIRAN MARA DITAWARKAN

Program jangka masa pendek institut kemahiran Mara ditawarkan, bersesuaian dengan Tvet yang ingin diterapkan oleh pihak MARA. Program yang ditawarkan ini adalah salah satu Program yang memberikan kemahiran yang baik kepada pelajar sebelum masuk ke alam pekerjaan.


IKM ini juga memberikan peluang kemahiran yang baik kepada belia-belia yang kurang daripada segi keputusan akademik mereka, mereka yang dilatih oleh tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah dan juga yang mempunyai pengalaman dalam bidang mereka.

Program jangka masa pendek dalam kemahiran selalunya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk satu tahap kemahiran yang diambil.

Buat masa ini, ada 11 institut kemahiran MARA yang menawarkan program Jangka Masa Pendek iaitu:
  • Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman, Terengganu
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Johor
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong, Perak
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan, Pahang
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka
  • Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu
  • Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya, Selangor
  • Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah
  • Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak
Lihat Juga: