PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN SIME DARBY-YAYASAN PENERAJU TUNAS POTENSI BURSARY 2018

Permohonan Biasiswa yayasan Sime darby-yayasan peneraju Tunas Potensi Bursary 2018 dibuka kepada lepasan SPM 2017/STPM 2017/
Asasi/Matrikulasi/Diploma bermula 19 Mac 2018 sehingga 11 April 2018.


Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan dan telah mendapat tempat di institusi Pendidikan Tinggi Awam. Anda adalah amat digalakan untuk membuat permohonan secepat mungkin. sebelum tarikh tutup bagi permohonan ini nanti.


Sime darby berkerjasama dengan Yayasan peneraju pendidikan bumiputera menawarkan Biasiswa YSD-TP Bursary. ini adalah satu program pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM / STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma tahun 2017 yang berasal daripada keluarga yang susah dan tujuannya adalah untuk membantu mereka mengikuti pengajian di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana(Degree) di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA).


Bagi lepasan SPM,pembiayaan ini hanya terbuka kepada mereka yang melanjutkan pengajian ke ke pringkat Diploma Sahaja. peringkat Asasi atau Matrikulasi tidak akan diterima.

 Senarai Kursus bagi permohonan YSD-TP Bursary


Senarai Universiti Awam bagi permohonan YSD-TP Bursary


Bagimanakah jika anda ingin memohon?

untuk sebarang permohonan, pelajar haruslah mengisi borang permohonan secara online sahaja di laman sesawang ini.


Yayasan Peneraju akan menyenarai pendekkan nama pemohon dan akan memaklumkan melalui email (sila pastikan email dan nomber telefon anda masih aktif)


TIPS-TIPS semasa sesi penilaian dan temuduga

i) anda perlu membawa alat tulis untuk menulis esei.

ii) Anda perlu sediakan dokument yang diperlukan semasa proses penilaian dan temuduga (akan dimaklumkan di dalam email)

iii) Anda boleh membawa salah satu Ibu /Bapa/Penjaga untuk datang dan mendengar sesi Taklimat sebelum sesi penilaian dan temuduga dijalankan

v) Anda digalakan pakaian formal dan sopan
    Lelaki- seluar panjang, baju kemeja dan tali leher
    Perempuan- Baju kurung/Blouse dan seluar atau skirt Panjang.
    kasut- Bertutup


Apabila anda berjaya dan menjadi salah satu penerima biasiswa ini, anda diwajibkan untuk menyertai Program pemupukan dan pembangunan pelajar atau dikenali sebagai "Nurture dan Development Programme", program ini akan dilakukan setahun sekali pada setiap tahun (semasa cuti semester) dan akan dimaklumkan oleh Pihak Yayasan Peneraju kepada anda.  dan program ini adalah bertujuan unutk meningkatkan sahsiah diri, kemahiran berkomunikasi, menerapkan ciri-ciri kepimpinan dan daya saing dalam diri pelajar.

Sila lihat lagi. soalan-soalan lazim

BIASISWA YSD-TP Busary

Sebarang Pertanyaan atau masalah teknikal sila hubungi

Email: ysdptp.bursary@yayasanpeneraju.com.my

Talian: 03-27279002 / 03-27279000

bagi mengetahui Tarikh tutup permohonan UPU 2018 dan status permohonan anda sila ke :-


TARIKH TUTUP UNTUK UPU ONLINE 2018 INFO PENTING KEPADA SEMUA