PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 MRSM BAGI SESI 2019

Permohonan online kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM bagi sesi kemasukan 2019. Permohonan telah dibuka kepada pelajar UPSR tahun 6 dan Pelajar PT3 Tingkatan 3 untuk membuat permohonan tanpa menunggu keputusan rasmi dikeluarkan.



Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM). bagi calon yang berminat anda digesa untuk membuat permohonan secepat mungkin. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.


Permohonan Online dibuka bermula pada 9 September 2018 dan akan ditutup pada 30 November 2018 sebelum tengah malam.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3.

Permohonan Online boleh dibuat melalui link ini.
>> permohonan tingkatan 1 MRSM <<
>> permohonan tingkatan 4 MRSM <<