Bantuan RM100 Persekolahan 2016 Tarikh Pembayaran

Bantuan RM100 Persekolahan Sesi 2016, tarikh bayarannya dijangkan mula dikeluarkan bermula 15 Januari 2016. Ini selaras seperti mana yang telah dibentangkan oleh Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia  semasa sesi pembentangan Bajet 2016. Semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM100 daripada pihak kerajaan persekutuan. Pembayaran akan dibuat pada 15 Januari 2016 secara berperingkat di sekolah-sekolah di seluruh  Malaysia. Perlu diambil makluman bahawa, bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendapatan isi rumah RM3,000 dan kebawah sahaja.

Bantuan persekolahan 2016 ini dijangka memberi manfaat kepada lebih kurang 3.5 juta pelajar yang akan menelan peruntukan sebanyak RM350 juta. Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para ibubapa untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka.
Bantuan RM100 Persekolah Tarikh Pembayaran
Kepada pelajar yang layak tarikh pembayaran bantuan RM100 persekolahan sesi 2016 ialah:-

Tarikh Bayaran: Mulai 15 Januari 2016
Jumlah Bantuan: RM100 Ringgit sahaja.

Syarat Utama

a. Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100, kepada mereka yang penjaganya berpendapatan bawah RM3,000.

b. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak untuk menerima bantuan persekolahan RM100.