Skim Bantuan Persekolahan- YAYASAN PELAJARAN MARA



Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 23hb November 2004. SBP ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekaligus "one-off" mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka. Skim Bantuan Persekolahan terbahagi kepada tiga kategori iaitu :-

  • Skim Bantuan Persekolahan Rendah - (SBP-R)
    SBP-R disasarkan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Mereka akan diberikan bantuan secara "one-off" sehingga RM 300.00 bagi menampung pembelanjaan persekolahan mereka.
  • Skim Bantuan Persekolahan Menengah - (SBP-M)
    SBP-M disasarkan kepada pelajar sekolah menengah bermula dari Tingkatan 1 hingga ke pelajar Tingkatan 5. Mereka akan diberi bantuan secara "one-off" sehingga RM 500.00 untuk menampung keperluan persekolahan mereka.
  • Skim Bantuan Persekolahan Insentif - (SBP-I)
    SBP-I melibatkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga pelajar - pelajar miskin. Mereka akan diberi pembiayaan bantuan secara "one-off" sebanyak RM 50.00 hingga RM 200.00 sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka dalam pelajaran di samping bagi membantu pelajar miskin dalam menampung perbelanjaan persekolahan mereka.

MISI SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN


  • Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat walaupun ditimpa bencana.
  • Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pemangkin kepada memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pelajar agar berada pada peringkat terunggul.
  • Untuk menjalinkan rangkaian strategik bersama individu dan agensi berpotensi dalam memastikan pelajar miskin terbela dan pendidikan diperkasa.
  • Untuk memastikan SBP sentiasa meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian dana bantuan persekolahan YPM.
  • Untuk memastikan bantuan yang bakal disalurkan sampai dan bermakna kepada pelajar miskin.
  • Untuk memastikan kakitangan SBP sentiasa boleh menerima inisiatif-inisiatif baru dari aspek pengukuhan modal insan.
  • Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan kepada budaya kerja cepat, tepat dan betul diterapkan di dalam budaya kerja kakitangan SBP.

OBJEKTIF SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN

  • Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.
  • Memastikan pelajar golongan pertengahan juga mendapat perhatian sewajarnya.
  • Berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat.
  • Memberi sokongan moral kepada ibubapa/keluarga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.

FAEDAH - FAEDAH PROGRAM

Pelajar
  • Nasib terbela.
  • Keperluan sekolah.
  • Tuisyen.
  • Peningkatan akademik.
Penyumbang
  • Tolakan cukai
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • YPM sebagai penyelaras aktiviti "hassle - free".
  • Boleh memilih lokasi sasaran.
  • Boleh memilih kumpulan sasaran.

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

  • Bumiputera warganegara Malaysia;
  • Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
  • Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak;
  • Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM.

KADAR BANTUAN DAN AGIHAN BANTUAN

KADAR BANTUAN

PENYALURAN DAN AGIHAN

Bantuan disalurkan kepada pelajar dalam bentuk kiriman wang atau wang pos atau seperti mana yang diputuskan oleh Pengurusan YPM. Agihan bantuan kepada pelajar terpilih adalah secara "one-off’.

CARA MEMOHON

Permohonan bantuan SBP boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
  • Borang Permohonan
  • Senarai Semak Permohonan
  • Surat Akuan Pengesahan Pendapatan



Permohonan terbuka sepanjang tahun. Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :
Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #sbp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

 # perhatian ini bukanlah website rasmi yayasan pelajaran MARA. untuk mendapatkan info sila masuk ke laman sesawang http://www.ypm.org.my/index.php/skim-dan-bantuan/bantuan-persekolahan/bantuan-persekolahan-pelajar-miskin