PINJAMAN PELAJARAN LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH (LBNK) 2016/2017

Pinjaman Pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) 2016/2017 – Tawaran Pinjaman Pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) sesi 2016/2017 kini dibuka untuk permohonan.


Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak negeri Kedah Darul Aman yang telah ditawarkan mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan untuk dipertimbangkan pinjaman pelajaran lembaga biasiswa negeri Kedah bagi peringkat-peringkat seperti berikut:
  • Ijazah Pertama / Diploma di Universiti Awam Tempatan dan
  • Sijil / Diploma di Politeknik seluruh Malaysia dan Kolej Komuniti.
SENARAI IPT TAJAAN LBNK
  • Universiti Awam: Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur/Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang/Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan/Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, P.Pinang/Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor/Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang/Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor/Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur/Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah/Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), K.Lumpur/Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak/Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah / Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak / Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu / Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) / Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis / Universiiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) / Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu / Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
    Dan semua IPTA Kerajaan yang tidak tersenarai di ata
  • emua UiTM seluruh negara.
  • Politeknik Seluruh Malaysia: Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang (PSP) / Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang / Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan (PPD) / Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA) / Politeknik Sultan Idris Shah Selangor, Sabak Bernam (PSIS) / Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO) / Politeknik Tanjung Malim, Perak (PTM) / Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang (SAS) / Politeknik Muadzam Shah, Pahang (PMS) / Politeknik Kota, Melaka (PKM) / Politeknik Merllimau, Melaka (PMM) / Politeknik Johor Bahru (PJB) / Politeknik Kota Bahru, Kelantan (PKB) / Politeknik Jeli, Kelantan / Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (PKK) / Politeknik Kota, Kuala Terengganu (PKT) / Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Terengganu (PSMZA) / Politeknik Kuching, Sarawak (PKS) / Politeknik Mukah, Sarawak / Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah (PTSB) / Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah (POLIMAS) / Politeknik Syed Sirajudin Arau, Perlis (PTSS)
    Dan semua Politeknik yang tidak tersenarai di atas.
  • Lain-lain IPT: Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) / Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) / Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) / Universiti Selangor, Selangor (UNISEL) / TATI University College – Kemaman, Terengganu, Malaysia / Institut Pertanian Malaysia
    Semua Kolej Komuniti seluruh negara.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
  1. Calon-calon mestilah terdiri daripada Anak Negeri Kedah Darul Aman iaitu :-
    • Calon dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman
    • Salah seorang daripada Ibu / Bapa lahir di Negeri Kedah Darul Aman
  2. Telah mendapat tawaran belajar SECARA SEPENUH MASA.
  3. Pusat pengajian DI DALAM NEGARA SAHAJA.
  4. Belum menerima Tajaan Pinjaman Pelajaran / Biasiswa / Penganjur dari mana-mana badan penajaan yang lain.
CARA-CARA MEMOHON
  1. Permohonan bolehlah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang:www.lbnk.gov.my ATAU pinjaman2016.lbnk.gov.my mulai 15 Ogos 2016 hingga 15 September 2016.
  2. Pastikan pemohon memahami terma dan syarat dia atas terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
  3. Pemohon dinasihatkan membaca panduan pengisian borang online terlebih dahulu sebelum membuat pengisian permohonan, muat turun panduan di sini.
  4. Pemohon dimestikan menggunakan alamat penuh dan bernombor yang lengkap semasa memohon.
  5. Pemohon diwajibkan menyertakan alamat e-mail dan nombor telefon pemohon sewaktu mengisi permohonan. Kegagalan menyertakannya menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.
  6. Pemohon diminta menyemak keputusan permohonan melalui laman web di atas. Tarikh semakan akan dipaparkan dalam laman web setelah selesai proses pemilihan. Pemohon yang gagal membuat semakan pada tarikh yang ditetapkan dikira tidak berjaya.
  7. Pemohon diminta menghantar dokumen untuk pengesahan setelah berjaya dalam permohonan. Sekiranya butiran tidak tepat dan mengandungi unsur meragukan LBNK berhak membatalkan permohonan tersebut.
PERINGATAN
  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan perkara ini adalah muktamad.
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas Tiga (3) Bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.
Hubungi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Unit Pinjaman Pelajaran di talian 04-774 4464 atau Kaunter UTC-LBNK di talian 04-736 0048.
04-7744464 / 4463 ( Unit Pinjaman )
04-7744452 ( Pentadbiran )
04-7744454 ( Fax )
pinjaman@lbnk.gov.my (e-mel)
Waktu Urusan Pejabat
8.00 am – 12.45 pm ( Ahad – Khamis )
2.00 pm – 5.00pm ( Ahad – Rabu )
2.00 pm – 3.30 pm ( Khamis )
Cuti – Jumaat, Sabtu dan Cuti Am