YAYASAN KEMAJUAN ISLAM NASIONAL

BANTUAN PENDIDIKAN

Bantuan pendidikan hanya diberikan kepada pelajar dari sekolah rendah dan menengah sahaja dari segi pembelian buku dan pembayaran yuran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bantuan Pendidikan terbahagi kepada 2 iaitu bantuan persekolahan dan bantuan bagi menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS).

Bermula tahun 2011-2014

Pada peringkat permulaan, pihak YAKIN memberikan bantuan pembayaran yuran pendaftaran ke IPTA/IPTS kepada pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran dari IPTA/IPTS dan jurusan yang diambil mestilah mendapat pengiktirafan dari ‘Malaysian Qualifications Agency’ (MQA).

Namun yang demikian, bantuan bagi pembayaran yuran pendaftaran ke IPTA/IPTS telah dimansuhkan bermula 31 Disember 2014.

Bermula 1 Januari 2015

Bantuan yuran pendaftaran atau pendidikan ke IPTA/IPTS telah digantikan dengan Tabung Pendidikan YAKIN bermula 1 Januari 2015. Pemansuhan ini dilakukan kerana pihak YAKIN mendapati bantuan yang diberikan tidak mencukupi untuk membantu pelajar-pelajar membayar yuran pengajian mereka kerana pihak YAKIN hanya membayar yuran pendaftaran sahaja. Disebabkan itu, terdapat ibu bapa yang terpaksa meminjam wang dari ‘Ah Long’ atau menggadaikan harta benda mereka untuk melangsaikan bayaran yuran anak-anak mereka. Maka, setelah membuat pinjaman dengan ‘Ah Long’dengan kadar faedah yang tinggi, ibu bapa terpaksa menanggung bebanan yang tinggi dan terpaksa kembali merujuk kepada YAKIN untuk membantu mereka. Setelah pihak YAKIN mendapati bantuan yang diberikan tidak banyak membantu, maka kami mewujudkan Tabung Pendidikan YAKIN.
 TABUNG PENDIDIKAN YAKIN
Tabung Pendidikan YAKIN ditubuhkan untuk memberikan pinjaman kewangan tanpa faedah kepada ibu atau bapa pelajar yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000.00 sebulan. Pinjaman ini diberikan semata-mata untuk membantu anak-anak ahli KIMMA mendapatkan pendidikan di peringkat tinggi dan sekaligus meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah kerana tiada bayaran faedah dikenakan.

Pinjaman ini akan merangkumi semua kos pembayaran yuran seperti yuran pendaftaran, yuran pengajian, yuran asrama, lain-lain yuran serta yuran atau peralatan pembelajaran. Penubuhan Tabung Pendidikan YAKIN akan dapat mengelakkan ibu bapa pelajar daripada mengambil tindakan yang lebih berisiko seperti memajak gadai harta atau meminjam dari ‘ah long’.
Tabung Pendidikan YAKIN juga ditubuhkan bagi memastikan pelajar mengambil serius pengajian mereka jika berbanding apabila mereka mendapat bantuan pendidikan secara percuma memandangkan ibu bapa mereka perlu membayar balik pinjaman pendidikan.
YAKIN berharap pada zaman globalisasi ini, tiada lagi anak-anak India Muslim yang ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh masalah kewangan ibu bapa.
Pinjaman akan diberikan kepada ibu atau bapa pelajar dan memerlukan seorang penjamin iaitu pelajar sendiri. Satu perjanjian telah disediakan di mana peminjam dan penjamin hendaklah menandatangani dokumen tersebut bagi memastikan peminjam membayar balik jumlah pinjaman. Peminjam hanya dikenakan bayaran dokumentasi dan setem hasil sebanyak RM100.00.
BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SILA KE LAMAN SESAWANGAN