PERMOHONAN BIASISWA INDIA (AYUSH SCHOLARSHIP)

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup untuk pelajar Malaysia mengemukakan permohonan untuk 20 biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam perubatan tradisional di India dilanjutkan sehingga 12 Julai ini.

Suruhanjaya Tinggi India di sini, dalam kenyataan pada Rabu berkata pembiayaan pendidikan tersebut adalah di bawah Skim Biasiswa Ayurveda, Yoga & Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH) bagi sesi akademik 2016-2017.

Biasiswa bagi tempoh 5 tahun setengah itu menawarkan bayaran termasuk yuran tuisyen, geran kecemasan, elaun sara hidup, dan elaun sewa rumah.
Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Suruhanjaya Tinggi India.
Kursus yang ditawarkan adalah Ijazah Sarjana Muda Perubatan Ayurveda dan Pembedahan (BAMS), Ijazah Sarjana Muda Perubatan Siddha dan Sains (BSMS), Ijazah Sarjana Muda Perubatan Unani dan Pembedahan (BUMS) dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Homeopati dan Pembedahan (BHMS).
Pemohon boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India di talian 03-62052350 sambungan 203 atau e-mel di alamat edu@indianhighcommission.com.my.
Maklumat lanjut sila layari pautan berikut : http://indianhighcommission.com.my/