KARVINAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA(KPTN) 2016

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) atau dikenali juga sebagai Karnival Jom Masuk IPT datang lagi untuk kali ke-12 di tahun 2016.
Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini membekalkan maklumat terkini berkenaan program-program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2016/2017.
Berikut adalah kalendar atau jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016yang menyatakan tarikh serta lokasi program ini diadakan.





Masa Karnival Jom Masuk IPT 2016


Berikut adalah waktu mula dan tamat karnival. Masuk ke Karnival Jom Masuk IPT/U adalah percuma.
  • 9:00 pagi - 6:00 petang (Semenanjung Malaysia)
  • 8:30 pagi - 5:30 petang (Sabah & Sarawak)
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi UPU di talian helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.
Semoga maklumat yang diperolehi dapat membantu bakal mahasiswa dalam membuat pilihan tepat sebelum memohon ke UA / IPTA / ILKA.