BIASISWA ANTARABANGSA DEVELOPING SOLUTIONS DI UNIVERSITI NOTTINGHAM, UK

Universiti Nottingham di bawah program biasiswa Developing Solutions menawarkan biasiswa ijazah lanjutan bagi Sarjana Masters kepada pelajar antarabangsa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian mereka di Universiti berkenaan.

Biasiswa ini membuka peluang kepada pelajar luar negara untuk belajar di sebuah negara maju yang dapat mendedahkan pelajar kepada tahap penyelidikan terkini sekaligus berpeluang untuk memperoleh pengetahuan yang berkaitan dalam bidang pengajian yang diceburi.
Ditubuhkan pada 2001, biasiswa antarabangsa Developing Solution menawarkan 105 biasiswa yang merangkumi:
  • 30 x 100% yuran pengajian
  • 75 x 50% yuran pengajian
SYARAT KELAYAKAN
Anda dikira layak untuk memohon biasiswa ini sekiranya anda:
  1. Warganegara (atau tetap bermastautin di) Afrika, India atau salah satu daripada negara-negara Komanwel (termasuk Malaysia).
  2. dikelaskan sebagai seorang pelajar luar negara untuk tujuan bayaran Yuran DAN
  3. belum pernah lagi belajar di luar negara asal anda (Keutamaan diberikan kepada calon yang tidak pernah belajar di luar negara asal mereka. Pelajar yang sedang belajar di UK tidak layak untuk memohon.) DAN
  4. pada masa ini tidak belajar di mana-mana kampus Universiti Nottingham atau bukan siswazah University of Nottingham DAN
  5. menerima tawaran untuk memulakan program ijazah sarjana sepenuh masa, termasuk MRes, di Nottingham bagi ambilan pengajian bulan September 2016 dalam Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Sains dan Fakulti Sosial Sains.
PS: Hanya pelajar yang telah mendapat tawaran untuk memulakan program sepenuh masa ijazah sarjana untuk September 2016 di Universiti Nottingham boleh memohon biasiswa ini.
CARA MEMOHON
HUBUNGI
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan di pihak anda, sila hubungi:
The University of Nottingham South East Asia Office
International Student Section
2nd Floor, Chulan Tower
3 Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
ATAU
International Office
C Floor, YANG Fujia Building
Jubilee Campus, Wollaton Road
Nottingham, NG8 1BB, UK
Tel: +44 (0)115 951 5247
Fax: +44 (0)115 951 5155
Email: scholarship-assistant@nottingham.ac.uk
Tarikh Tutup Permohonan: 22 April 2016