KEMAS KINI BORANG PERMOHONAN MASUK KE MATRIKULASI 2016/2017

Pelajar SPM 2015 yang telah membuat permohonan melalui internet untuk kemasukan ke Matrikulasi bagi sesi 2016, anda diminta untuk mengemaskini maklumat anda di laman sesawang kementerian pendidikan Malaysia www.moe.gov.my bermula pada 10 Februari 2016 sehingga 24 Februari 2016.




Pemohon dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan tidak melebihi 3 kali. Sila buat semakan permohonan untuk memastikan samada maklumat permohonan telah disimpan atau tidak.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi
Semakan keputusan permohonan matrikulasi untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak, boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2016.

Sebarang soalan dan masalah boleh diajukan kepada Bahagian Matrikulasi (BMKPM) melalui nombor telefon 03-88844083 atau layari laman web http://www.moe.gov.my/v/bm.