Tabung Usahawan Siswazah (TUS)- SME Bank

Kemudahan Kewangan Khusus Untuk Graduan
Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk Tabung Usahawan Siswazah [TUS].
Peruntukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
SME Bank telah berjaya melahirkan para Usahawan Siswazah yang berjaya menambahkan pendapatan diri melalui perniagaan justeru meningkatkan enjin pertumbuhan negara.Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang mempunyai perniagaan sedia ada.
Ciri – Ciri TUS
  • Pembiayaan dari RM20,000 hingga RM500,000
  • Pembiayaan sehingga RM750,000 boleh diberi bagi pengambilan-alihan syarikat sahaja (untuk pembiayaan aset tetap sahaja)
  • Kadar keuntungan (tokokan) 4% setahun baki bulanan
Kelayakan
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya memiliki Diploma yang diiktiraf MQA
  • Menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun
Jaminan
  • Tiada Penjamin
    • Bagi pembiayaan bangunan/ premis perniagaan.
    • Untuk pembiayaan sehingga RM100,000.
  • Penjamin
    • Bagi pembiayaan melebihi RM100,000, penjamin hanya menjamin sebanyak 20% daripada bahagian pembiayaan yang melebihi RM100,000 sahaja (Pemilikan Tunggal dan Perkongsian)
Lain-Lain Maklumat TUS
  • Tempoh maksimum pembiayaan TUS diberikan sehingga 10 tahun atau sehingga 20 tahun (untuk bangunan/premis perniagaan sahaja).
  • Tempoh penangguhan juga boleh dipertimbangkan sehingga 48 bulan.
  • Pembiayaan maksimum boleh diberikan sehingga 95% daripada jumlah kos projek bagi pembiayaan kurang dari RM100,000 dan 90% daripada jumlah kos projek bagi pembiayaan melebihi RM100,000
  • Firma perseorangan, perkongsian dan syarikat Sendirian Berhad boleh memohon TUS.
  • Semua jenis perniagaan adalah dibenarkan kecuali pelaburan hartanah dan industri Primary Agriculture.
Cara Untuk Memohon Tabung Usahawan Siswazah
  • Bagi pemohon yang telah berniaga dan beroperasi melebihi dua tahun tidak perlu menghadiri kursus anjuran INSKEN dan proses penilaian awal di INSKEN.
  • Pemohon boleh mengemukakan Rancangan Perniagaan kepada cawangan SME Bank yang berhampiran dengan projek.
  • Bagi pemohon yang tiada pengalaman dalam perniagaan, pemohon diminta hadir kursus anjuran INSKEN.
  • Pendaftaran kursus boleh dibuat secara dalam talian www.insken.gov.my atau menghubungi INSKEN, Puan Arni /Puan Nurashikin di talian :03-88805162/5195/5171
  • Setelah menghadiri kursus, pemohon diminta mengemukakan 5 salinan Rancangan Perniagaan kepada pihak INSKEN.
  • Proses penilaian awal akan dianjurkan oleh pihak INSKEN dan pemohon diminta membuat pembentangan Rancangan Perniagaan. Pemohon yang beroperasi di Sabah/Sarawak diberikan pengecualian daripada menghadiri proses penilaian awal di INSKEN.
  • Sekiranya Rancangan Perniagaan memenuhi syarat Dana, kertas cadangan Rancangan Perniagaan akan dimajukan kepada cawangan berdekatan projek.
  • Cawangan akan menilai permohonan dan memberi maklumbalas dalam tempoh terdekat.
perhatian ini bukan website rasmi SME Bank. untuk info yang lebih lanjut sila ke laman sesawang sme bank