Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)- Bantuan Kewangan

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecacatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.

Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS


Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPM boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut :
(i)        Sijil  - 2 Tahun
(ii)       Diploma -3 Tahun
(iii)      Sarjana Muda - 4 Tahun
(iv)      Diploma Lepasan Ijazah - 2 Tahun
(v)       Sarjana  -2 Tahun
(v)       Ph.D- 4 Tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

i. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
ii. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja;
iii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
iv. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
KAEDAH BAYARAN

1. Orang Kelainan Upaya (OKU)

a. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)

Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.
Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dantidak akan dibawa ke hadapan.
Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam dalam tahun semasa.
Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.
Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlaluadalah tidak dibenarkan.

b. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :

Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlaluadalah tidak dibenarkan.

2. Program Pendidikan Khas (PPK)

i. Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil dan Diploma.
ii. Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :
RM 3660/Semester 1 sahaja.
RM 3360/Semester 2 hingga 4.

KATEGORI YURAN YANG LAYAK DAN TIDAK LAYAK DITUNTUT


Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecacatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.

Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

Nota : Bagi tuntutan lain yang tidak tersenarai dalam senarai yuran yang LAYAK atau TIDAK LAYAK seperti di atas adalah tidak layak dituntut.

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

PERMOHONAN / TUNTUTAN

Mulai tahun 2013 permohonan dan tuntutan bayaran OKU dan PPK telah dijalankan secara atas talian (online) di laman web KPM.
Permohonan perlu mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada bahagian biasiswa KPM tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.

DOKUMEN BANTUAN ELAUN WANG SAKU DAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR OKU (scan terlebih dahulu)

a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
d. Salinan surat tawaran pengajian;
e. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
f. Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja;
g. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).

Dokumen Bantuan Program Pendidikan Khas (PPK) (scan terlebih dahulu)

a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
d. Salinan surat tawaran pengajian;
e. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
f. Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja;

TATACARA PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK)

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan dalam talian (online). Permohonan dibuka mengikut sesi akademik Kolej Komuniti dan Politeknik setiap tahun;
Borang permohonan Bantuan Elaun yang telah lengkap diisi hendaklah di cetak dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing untuk dimuat naik di portal ini.

TATACARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN (OKU)

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan dalam talian (online). Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Borang permohonan bantuan Elaun Wang Saku dan Yuran Pengajian yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing untuk dimuatnaik di portal ini.

Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya
(u.p: Unit Biasiswa)
No Fax: 03-8870 6839 / 6838

E-Mail: