SKIM BANTUAN ZAKAT UNTUK PELAJAR




Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].


bersesuaian dengan penubuhannya, MAIWP juga mempunyai skim bantuan zakat untuk membantu kepada mereka-mereka yang memerlukan dan antara bantuan-bantuan yang diberikan adalah seperti bantuan Am pelajaran IPT, Bantuan Am sekolah dan Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang. bagi mendapatkan keterangan lanjut anda disarankan untuk ke laman rasmi MAIWP- majlis agama Islam Wilayah Persekutuan.