PROGRAM DERMASISWA B40- JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TAHUN 2019

Program Dermasiswa B40 yang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) tahun 2019. adalah terbuka untuk permohonan bagi semua pelajar-pelajar daripada golongan B40.


Disasarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil profesional daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 khususnya bidang TVET dan Sijil Profesional yang mempunyai prospek tinggi dalam industri.

Penajaan melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institusi Kemahiran Awam dan Government Linked University (GLU)

SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Menduduki SPM buat kali pertama pada tahun semasa
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama
  • Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  • Pendapatan isirumah ibu bapa/penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Bidang Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP

PERMOHONAN 


PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI

Unit Penawaran Sebelum Perkhidmatan