PERMOHONAN DAN TAWARAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2020/2021

Permohonan dan tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Aging (BYDPA) bagi sesi 2020/2021 kini dibuka kepada yang berkelayakan untuk memohon.

Semua Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan adalah diperlawa untuk membuat permohonan Biasiswa Yang-Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2020/2021, peringkat pengajian adalah Sarjana dan Doktor Falsafah(Ph.D) di dalam dan luar negara secara sepenuh masa.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan BYDPA ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
v. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan; dan
vi. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

SYARAT-SYARAT UMUM

a) Warganegara Malaysia; dan
b) Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

a) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
b) Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
c) Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
d) Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia berdasarkan Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Colleges atau manamana universiti berprestij lain yang dipersetujui olah JPA seperti di Lampiran B2;
e) Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
f) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Baca Juga: 

Permohonan Biasiswa Tenaga Nasional 2019
Permohonan Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2019

SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN MERANGKUMI PELBAGAI BIDANG PENGAJIAN

BIDANG EKONOMI/ UNDANG-UNDANG/ SAINS DAN TEKNOLOGI

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
B. BIDANG KEWANGAN ISLAM

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
3. Universiti Malaya (UM)
4. Universiti Sains Malaysia (USM)
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
6. Universiti Putra Malaysia (UPM)
7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


KAEDAH PERMOHONAN
  • Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
  • Keterangan mengenai Program BYDPA Sesi Pengajian 2019/2020, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal eSILA JPA melalui pautan di bawah mulai tarikh iklan ini disiarkan.
  • Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal tersebut mulai jam 5.00 petang, 15 Februari 2019.
  • untuk membuat permohonan sila masuk pautan ini. permohonan online BYDPA
Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 15 Mac 2020 melalui serahan tangan atau pos ke:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Sebarang pertanyaan mengenai BYDPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3546/ 3053/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.