PERLAWAAN BAGI PERMOHONAN GURU TAHFIZ TAHUN 2019

Perlawaan bagi permohonan guru tahfiz secara interim bagi tahun 2019 di sekolah-sekolah menengah kementerian pelajaran Malaysia (KPM). bagi mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi tenaga pengajar di bawah skim perkhidmatan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) , anda adalah diperlawa untuk membuat permohonan.


KETERANGAN PROGRAM


  • Tajuk: Pengambilan Guru Tahfiz secara interim untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019.
  • Nama Perjawatan: Guru Tahfiz Secara Interim.
  • Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).
  • Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh yang ditetapkan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

-Warganegara Malaysia
-Sihat tubuh badan
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019
-Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50.
  • Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para atas.
  • Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam talian dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan dengan merujuk kepada laman sesawang Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di alamat http://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada MQA secara bertulis atas nama calon (bukan cetakan secara dalam talian) sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara.
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

-Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Secara Mod Latihan Perguruan KDC atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM.
-Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
-Calon yang diisytiharkan bankrap.
-Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau latihan.
-Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
-Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.
-Calon yang berjawatan tetap dalam Agensi Kerajaan atau badan berkanun dan belum disahkan di dalam perkhidmatan.
-Calon yang pernah disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah


CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari url IPGM bermula pada 15 Oktober 2018
- Borang permohonan tersebut boleh dikemaskini pada atau sebelum 21 Oktober 2018
- Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi  maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan
selama tempoh perkhidmatan.

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

-Pemohon boleh membuat permohonan atas talian menerusi url berikuit https://pismp.moe.gov.my/myUMUM bermula pada 15 - 21 Oktober 2018
-Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Agensi Kerajaan atau badan berkanun (bukan berjawatan tetap) dikehendaki membawa surat kebenaran dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada Ketua Jabatan semasa temu duga.

Lihat Juga:


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

21 OKTOBER 2018 (AHAD), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM

ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2, NO 2251
BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-83217307/7343/7277/7265/7366/7323/7278
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my