TAWARAN PENAJAAN JPA BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PRINGKAT IJAZAH PERTAMA DI 10 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA BAGI TAHUN 2018/2019

Tawaran penajaan JPA bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di 10 Univeristi terbaik Dunia bagi tahun 2018/2019. Pemohon diminta untuk melengkapkan eprofiling mulai 26 September 2018 jam 5.00 petang sehingga 31 Oktober 2018.



Kerajaan melalui penajaan perkhidmatan awam(JPA) bersetuju bagi penaja bersetuju untuk menaja pelajar cemerlang tajaan JPA yang mendapat tempat di 10 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai universiti Times Higher Education (THE) dengan nisbah 80:20, di mana 80% ditaja oleh Kerajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan 20% dibiayai sendiri oleh pelajar.

Pelajar yang telah ditaja di peringkat persediaan di bawah Program Bursary sahaja layak memohon untuk penajaan ke luar negara sekiranya mendapat tawaran tanpa syarat bagi mengikuti pengajian Ijazah Pertama dari mana-mana 10 universiti terbaik dunia tersenarai dalam THE.

SYARAT PENAJAAN

Syarat Umum


  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • Calon tidak menerima biasiswa dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
  • Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai keadaan kesihatan yang baik.


Syarat Khusus

(i) Pelajar memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditaja di bawah Program Bursary dan Program Penajaan 9A+;

(ii) Telah mendapat tawaran tanpa syarat bagi peringkat Ijazah Pertama pada Tahun 2018 dan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Oktober 2019 di universiti yang ditetapkan atau sedang mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan di institusi pengajian luar negara yang telah ditetapkan sebagaimana di LAMPIRAN A;

(iii) Tarikh memulakan pengajian di peringkat Ijazah Pertama hendaklah tidak melebihi tempoh setahun (12 bulan) dari tarikh tamat pengajian peringkat persediaan;

(iv) Memenuhi syarat akademik dengan mendapat keputusan sekurang-kurangnya:

  1. 14 mata dalam A-Level;
  2. 35 mata dalam International Baccalaureate (IB);
  3. 85 mata bagi ATAR; atau
  4. PNGK 3.75 bagi pengajian peringkat persediaan.

Bagi pelajar telah memulakan pengajian dan telah memperoleh keputusan peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama, pelajar hendaklah melepasi syarat akademik minimum iaitu :

a. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

- Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00
atau setara.

b. Bidang Perubatan dan Pergigian:

- lulus bagi semester terkini.

dan

(vi) Bidang pengajian yang ditawarkan hendaklah diiktiraf oleh Badan Profesional yang mengawal selia bidang profesional berkaitan dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

PENAJAAN BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

Penajaan adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah dengan konsep cost-sharing di mana 80% bayaran yuran pengajian dan elaun-elaun yang ditetapkan adalah tanggungan JPA manakala
baki 20% bayaran yang tidak diliputi oleh JPA adalah tanggungjawab pelajar.

Anggaran nilai penajaan mengikut bidang bagi pengajian di luar negara:


Penajaan berkuat kuasa daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan atau daripada tarikh memulakan pengajian, yang mana terkemudian.

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

a. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

b. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

d. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

CARA MEMOHON PROGRAM PENAJAAN UNIVERSITI TERKEMUKA LUAR NEGARA

1) Pelajar tajaan JPA yang berminat perlu mengisi eprofiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja. Pelajar hendaklah memohon dengan mengisi eprofiling bagi program penajaan masing-masing di peringkat Persediaan.

2) Pelajar perlu memohon sendiri dan mendapatkan surat tawaran daripada institusi pengajian (peringkat Ijazah Pertama) sebelum melengkapkan eprofiling mulai 26 September 2018 jam 5.00 petang sehingga 31 Oktober 2018

Lihat Juga:

3) Setelah melengkapkan permohonan, pelajar perlu menghantarsalinan dokumen (softcopy) ke alamat emel iaitu penawaranlsp@jpa.gov.my. Surat tawaran penajaan JPA akan dikeluarkan selepas salinan dokumen tersebut diterima lengkap.

4) Senarai dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  • Slip Permohonan Online;
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Surat Tawaran Institusi Pengajian (Tidak Bersyarat / Unconditional Offer);
  • Keputusan terkini (peringkat Persediaan dan / atau Ijazah Pertama (yang mana berkenaan)); dan Surat kelulusan JPA berkaitan penangguhan penajaan bagi peringkat Persediaan (jika ada).


5) Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

6) Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemelkan pertanyaan / masalah teknikal ke emel penawaranlsp@jpa.gov.my.

SENARAI UNIVERSITI TERBAIK DUNIA YANG DITETAPKAN

PENAJAAN 80/20
  1. University of Oxford, United Kingdom UK
  2. University of Cambridge, United Kingdom UK
  3. California Institute of Technology, United States US
  4. Stanford University, United States US
  5. Massachusetts Institute of Technology, United States US
  6. Harvard University, United States US
  7. Princeton University, United States US
  8. Imperial College London, United Kingdom UK
  9. University of Chicago, United States US
  10. University of Pennsylvania, United States US