TAWARAN DAN PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN (LZNK)- IJAZAH PERTAMA BAGI TAHUN 2018

Tawaran dan permohonan Online bagi biasiswa pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) - Ijazah Pertama bagi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan.


Bagi mereka yang telah mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi dalam ijazah pertama, anda diperlawa untuk membuat permohonan Biasiswa Pendidikan yang ditaja oleh lembaga Zakat Negeri Kedah.

Permohonan ini boleh dibuat bermula pada 3 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018

Calon-calon yang berlayakan boleh membuat permohonan dan biasiswa pendidikan ini hanya untuk bgai mereka yang melanjutkan pengajian di institut Pengajian Tinggi Awam di dalam negara.

PERINGKAT PENGAJIAN: Ijazah Pertama

BIDANG PENGAJIAN

i)Kejuruteraan / Bioteknologi / Sains Gunaan / Sains Kuantitatif / Sains Tulen dan Sains PerubatanSyarat Kelayakan Akademik: Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level/Asasi/Foundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

ii)Kewangan / Perbankan / Perakaunan / EkonomiSyarat Kelayakan Akademik: Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level/Asasi/Foundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

iii)Pengajian Islam / Sains Sosial Syarat Kelayakan Akademik: Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level/Asasi/Foundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.50 ke atas atau sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan bagi lepasan STAM.

KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Islam;
  2. Anak negeri Kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah;
  3. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
  4. Pelajar untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan,biasiswa atau pinjaman daripada mana-mana pihak;
  6. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian;

CARA MEMOHON

  1. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi LZNK di www.zakatkedah.com.my
  2. Klik Muat Turun Borang serta klik pada *Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara (IPTA)*.
  3. Atau terus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : http://biasiswa.zakatkedah.com.my/
  4. Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.


Setiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan, hendaklah dihantar ke:
Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf, 
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman, Aras 5, 
Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah, 
05200 Alor Setar, Kedah

pada atau sebelum 31 Oktober 2018. Tawaran biasiswa ini adalah terhad. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Lihat Juga:

Permohonan Biasiwa Online BiasiswamKerajaan Jepun 2019
Permohonan Basiswa Pendidikan(uniSHAMS) lembaga Zakat Negeri Kedah 2018/2019
Permohonan Biasiswa Daikin Ijazah Sarjana Muda 2018

Sebarang persoalan boleh hubungi :

*Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan*
Tel: 04-7331740
Alamat: LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah, 05200, Alor Setar, Kedah
Laman web : www.zakatkedah.com.my
e-mel : pendidikan@zakatkedah.com
Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah/