PERMOHONAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2019

Permohonan kumpulan wang amanah palajar miskin (KWAPM) bagi sesi persekolahan 2019. adalah salah satu bantuan yang diberikan oleh kementerian pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar-pelajar miskin dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin dan memerlukan bantuan kewangan. dan permohonan bagi KWAPM ini akan dilakukan oleh pihak sekolah.


Pengenalan KWAPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1). Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.ktif

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.


JENIS DATA / STATUS KEMISKINAN

i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)
ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)
iii. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)

Sekolah Rendah = RM100 setahun
Sekolah Menengah = RM150 setahun

* Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.

KELAYAKAN

  • Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
  • Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  • Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:



  • Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai.

Lihat Juga:


Semoga artikel ini dapat membantu dan memberikan panduan kepada ibubapa dan orang ramai.

Muat turun info berkenaan KWAPM