PERMOHONAN BAGI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMaL) PADA TAHUN 2019

Permohonan kemasukan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 program asrama Malaysia (AMaL) untuk pengambilan tahun 2019, telah dibuka untuk permohonan bagi pelajar-pelajar tahun 6 daripada sekolah (SK/SJKC/SJKT) dan semua pelajar tingkatan 3 yang berada di sekolah menengah di seluruh negara pada tahun 2018.

Program Asrama Malaysia(AMaL) dahulunya dikenali sebagai Program Asrama 1 Malaysia(AIM) telah membuka peluang kepada anak anda bagi sesi kemasukan yang terkini. Menerusi Portal Rami kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) permohonan telah dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 30 November 2018 bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan pada 29 Disember 2018 bagi tingkatan 4. 

KPM memperlawa pelajar tahun 6 (Calon UPSR tahun 2018) dan juga pelajar Tingkatan 3 ( Calon PT3 2018) dari sekolah di seluruh negara untuk mengisikan kekosongan bagi program ini.
bagi makluman kepada ibu,bapa atau penjaga, murid-murid  yang terpilih bagi program Asrama Malaysia ini mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

AMal Kuala Lumpur
Victoria Institution, Kuala Lumpur
(Lelaki Sahaja)

AMal Johor
Smk (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
(Perempuan Sahaja)

AMal Sabah
Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
(Lelaki & Perempuan)

AMal Sarawak
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri, Sarawak
(Lelaki & Perempuan)

Cara dan Panduan Permohonan Kemasukan Ke Program Asrama Malaysia (AMal) 2019

Pengambilan AMaL 
  • Pengambilan Murid AMal terbuka kepada semua bangsa dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).    
  • Permohonan AMal ke Tingkatan 1 terbuka kepada murid tahun 6 pada tahun semasa dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara dan Permohonan AMal ke Tingkatan 4 terbuka kepada murid Tingkatan 3 tahun semasa dari sekolah menengah pemohon.
  • Jawatankuasa Pemilihan Murid AMal Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
Syarat AM
  • Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  • Sekiranya Murid AMAL keluar daripada Program Asrama 1Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan dikeluarkan daripada sekolah AMAL sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM.
Dokument yang diperlukan 

Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  • Sijil lahir / Kad pengenalan  pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
  • Keputusan UPSR  bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
  • Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain.
  • Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh  Suruhanjaya  Sumpah / Ketua Kampung  atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
  • Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal.
  • Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai
 Proses Permohonan
  1. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  2. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Asrama Malaysia (AMal).
  4. Permohonan bagi murid semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid adalah bawah tanggungan sendiri.
  5. Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua atau Pentadbir sekolah semasa pemohon sebelum menghantar borang permohonan.
  6. Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.
Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2019 melalui saluran berikut:                                                                                                                                                                                                                                            A. Melalui Sekolah Semasa:

Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya

Lihat Juga:

B. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal) :

Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:

- Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; 
- SMK (P)  Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; 
- Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; 
- Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

C. Kementerian Pendidikan Malaysia :

Pemohon juga boleh menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada :

Unit Pengurusan Asrama Harian
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Borang Permohonan