SEMAKAN ONLINE DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI 2018

Semakan secara online daftar pemilih dan lokasi mengundi pada tahun 2018, Melalui suruhanjaya pilihan Raya(SPR) telah menyediakan cara yang mudah untuk menyemak nama anda dan lokasi mengundi anda melalui online.

Sebagai rakyat Malaysia yang berumur  berumur 21 tahun anda diwajibkan untuk mendaftar sebagai pemilih bagi PRU 14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. dan bagi yang sudah mendaftar sebagai pemilih anda semestinya ingin melihat di manakah lokasi mengundi anda nanti.

Semak Daftar Pemilih Secara Online

Bagi mereka yang baru mendaftar dan pertama kali mengundi pada PRU14 yang akan datang atau pun yang sudah lama jadi pemilih namun masih belum tahu bagaimana menyemak tempat mengundi, panduan ini akan membantu anda sedikit sebanyak.

Berikut adalah panduan mudah yang anda boleh ikuti:

1.Sila masuk ke laman web SEMAKAN DAFTAR PEMILIH https://pengundi.spr.gov.my/

2.Paparan berikut akan muncul. Kemudian Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa "-" atau "space")




3. Seterusnya Masukkan Aksara Captcha seperti yang diminta.

4. Dan akhir sekali klik butang SEMAK.



Anda sudah boleh menyemak Lokaliti, Daerah Mengundi, DUN, Parlimen anda.


Turut dikongsikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 dan beberapa soalan lazim bagi menjawab persoalan anda ketika musim Pilihan Raya Umum Malaysia.

LIHAT JUGA:

CARA MENYIMPAN DALAM SSPN1M-i Plus ( SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN 1 MALAYSIA)