PERMOHONAN ONLINE BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA(YTP) MARA 2019

Permohonan secara 'online" bagi kemasukan ke  "Young talent Development Programme"  YTP atau Program Pembangunan Bakat Muda bagi Lepasan SPM 2018 dibuka selepas pihak MARA membuat pergumuman melalui portal rasmi mereka. pada tahun 2018 permohonan adalah dibuka bermula pada  10 Mac 2018 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 26 Mac 2018 sebelum jam 5.00 petang.


Bagi mereka yang mempunyai keputusan SPM 2017 yang cemerlang, anda dipelawa untuk memohon bagi mendapatkan penajaan (MARA) bagi mengikut  persediaan  bawah Kolej / institusi  yang ditetapkan oleh pihak MARA. Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM 2018 (YTP) adalah program penajaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2018 bagi melahirkan pemimpin, teknokrat, profesional dan usahawan negara.

Permohonan boleh dibuat  melalui laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online. Pemohon perlu membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Bagi yang ingin mencuba, anda dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Dan hanya pemohon yang memenuhi syarat yang akan mendapatkan pertimbangan untuk kesaringan 
seterusnya. 

SYARAT  UMUM

-Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan Warganegara Malaysia.

-Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

-Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

-Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.

-Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah tertakluk kepada Dasar dan Syarat semasa MARA.

SYARAT KHUSUS


  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali pada tahun 2018.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

untuk mengetahui syarat kelayakan program , anda diminta untuk click 



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32065 / 32098