PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN KARANGKAF 2019

Panduan permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Karangklaf 2019, Permohonan adalah diperlawa kepada yang berkelayakan untuk membuat permohonan bagi Biasiswa Karangkaf  2019.


KUMPULAN MEDIA KARANGKAF memberikan anugerah biasiswa Dana Pendidikan kepada para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah di IPTS.

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah:

  1. Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  2. Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
  3. Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  4. Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  5. Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
  6. Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi
  7. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00

Hanya IPTS berikut sahaja yang layak memohon :


Borang permohonan boleh dicetak di laman web http://www.karangkraf.com/dana.  Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.

Di antara  dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:-

Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf.

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama);
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima);
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak     Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
  • Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung;
  • Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2;
  • Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;

PANDUAN PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat melalui IPT(Institut Pengajian Tinggi) yang layak menawarkan biasiswa ini.

Tarikh Permohonan: dibuka sehingga 31 Disember 2019

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Biasiswa Karangkraf,
Kumpulan Media Karangkraf ,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off
Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Phone:
0351013325
Email:
nurhidayati@karangkraf.com